15/07/2020
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.
Pertamanya aku nak berterima kasih kepada geng-geng Penunggu dan Ocularities kerana melayan perangai terkejal aku yang tetiba nak collab cover lagu acah-acah split screen. Habis berduyun "PACK OF LIES" kat grup whatsapp. Hahaha. Kesian Ary Hussin, busy kerja gila-gila punya lepastu kena teran suara James Labrie muda-muda, amik kau! Berlecak ketir.
Christopher Mohd Yusuf Brown ni macam biasa lah, masa-masa MCO mmg duduk dalam gua sambil record playing bass, apa-apa pun, tahniah kat beliau sebab Bunuhdiri dah keluar lagu baru. Paling jem sekali masa ni, Haizeel Hashnan, sebab dia berjauhan dengan isteri dan anak tercinta, hari-hari dia cakap rindu family. Tahniah jugak kat beliau sebab sekarang Penunggu tengah recording lagu baru, yang ni kena tunggu sebab produksi gempak ni.
Faris Ijard pulak sebagai ketua keluarga, kena korbankan sedikit masa untuk mix lagu ni yang kitorg dah record sendiri. Hahahahaha. Aku sorang je weyh record pakai handphone, sound cam setan, kesian Panjang. Hahahaha. Dia ni pun kita kena ucap tahniah sebab Ocularities nak keluar lagu baru gak, tunggu masa je nak tengok Dream Theater + Symphony X + BTBAM Malaysia.
Terima kasih gak kat abam Chef Fariz "Chef" Azmi yang membantu indirectly dengan memberikan kuasa telepathy beliau. (Sorry bang, aku lupa buang watermark. Babhahahaha)
Dengan bangganya, PENUNGGULARITIES REVENGE mempersembahkan Winter Rose - I'll Never Fall In Love Again, lagu awek-awek. Jangan memain, Hair Metal/Glam Rock tau ni. Bahahaha. Ape kau ingat Mat Metal kena cekik itik je 24 jam ke. Seorang musician yang baik adalah musician yang kena kurung masa MCO 3 bulan. bahahahaha.
Enjoy dan Have Fun guys!!! Thank you.