Kursus Kahwin Kuala Lumpur

Kursus Kahwin Kuala Lumpur Pusat Kursus Kahwin Idaman dilantik oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengadakan Kursus Pra Perkahwinan di kalangan umat Islam.

PENGENALAN :

Pusat Kursus Kahwin Idaman dilantik oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). ALAMAT :

Lot 3.9, Tingkat 3, Pertama Kompleks,
50100 Jalan Tengku Abdul Rahman,
Kuala Lumpur. Kursus di sini tiada sebarang ujian. Peserta hanya mendengar ceramah yang disampaikan oleh penceramah dari JAWI/JAIS/JAKIM. Kebiasaannya sijil siap 3 hari selepas tamat kursus (hari bekerja). Sijil tiada tarikh luput dan boleh digunakan di seluruh Malaysia. Waktu Kursus :

Sabtu 8.30pg – 6.00ptg
Ahad 9.30pg – 4.00ptg


CARA TEMPAHAN KURSUS/BOOKING –

SMS/WHATSAPP hantar ke 0122009741.

31/08/2026

Tahniah Pengantin Merdeka!

24/08/2026

Sempena Maulidur Rasul, berikut empat amalan yang boleh dijadikan pengisian bersama keluarga.

1. Maulidur Rasul: Perbanyakkan Membaca Al-Quran
Al-Quran merupakan wahyu yang disampaikan kepada Nabi Muhammad SAW dan menjadi petunjuk untuk seluruh umat manusia.

Justeru, antara cara terbaik menghayati Maulidur Rasul ialah kembali mendekati kitab Allah SWT.

Allah SWT berfirman:

إِنَّ هَٰذَا الْقُرْآنَ يَهْدِي لِلَّتِي هِيَ أَقْوَمُ

Maksudnya: “Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul.” (Surah al-Isra’: 9)

Jadikan bulan Rabiulawal sebagai titik permulaan untuk membaca al-Quran secara lebih konsisten, bukan sekadar ketika Maulidur Rasul.

2. Maulidur Rasul: Perbanyakkan Selawat Kepada Nabi SAW
Antara amalan yang sangat dekat dengan kecintaan kepada Rasulullah SAW ialah memperbanyakkan selawat.

Allah SWT sendiri memerintahkan orang beriman supaya berselawat dan mengucapkan salam kepada Baginda.

Allah SWT berfirman:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan.” (Surah al-Ahzab: 56)

Rasulullah SAW juga bersabda:

مَنْ صَلَّى عَلَيَّ وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا

Maksudnya: “Sesiapa yang berselawat kepadaku sekali, Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali.” (Riwayat Muslim)

Maka, Maulidur Rasul boleh dihidupkan dengan memperbanyakkan selawat pada waktu lapang dan mengajarkannya kepada anak-anak.

3. Maulidur Rasul: Dalami Sirah Bersama Keluarga
Mengenali Rasulullah SAW akan membantu kita memahami pengorbanan, kesabaran dan akhlak Baginda.

Oleh itu, Maulidur Rasul juga boleh dijadikan masa untuk ibu bapa berkongsi kisah sirah bersama anak-anak.

Pilih kisah yang sesuai dengan usia mereka, kemudian bincangkan pengajaran yang boleh diamalkan dalam kehidupan.

Allah SWT berfirman:

لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ

Maksudnya: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik.” (Surah al-Ahzab: 21)

4. Maulidur Rasul: Hidupkan Sunnah Dalam Kehidupan
Kecintaan kepada Nabi SAW tidak sepatutnya berhenti pada sambutan tahunan.

Sebaliknya, Maulidur Rasul menjadi peringatan supaya sunnah Baginda terus diterapkan dalam kehidupan.

Antaranya ialah menjaga solat, bercakap benar, berbuat baik kepada keluarga, membantu orang lain, menjaga adab dan memperbanyakkan zikir.

Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ أَحْيَا سُنَّتِي فَقَدْ أَحَبَّنِي وَمَنْ أَحَبَّنِي كَانَ مَعِيَ فِي الْجَنَّةِ

Maksudnya: “Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia mencintaiku, dan sesiapa yang mencintaiku, dia akan bersamaku di dalam syurga.” (Riwayat al-Tirmizi)

Kesimpulannya, Maulidur Rasul seharusnya menjadi titik untuk memperbaharui kecintaan kepada Rasulullah SAW, bukan sekadar satu acara tahunan.

Perbanyakkan membaca al-Quran, berselawat, mendalami sirah dan menghidupkan sunnah dalam kehidupan.

Cinta kepada Baginda bukan hanya dilafazkan, tetapi dibuktikan melalui amalan.

Semoga Maulidur Rasul menjadi ruang untuk kita mendidik diri dan keluarga agar semakin dekat dengan ajaran Nabi Muhammad SAW.

21/08/2026

Hukum restu ibu bapa dalam perkahwinan

14/08/2026
10/08/2026

Berbahagialah dengan cara kita tak perlu nak bandingkan dengan orang lain

03/08/2026

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Sedekat-dekat hamba kepada Tuhannya, ialah di kala hamba itu sedang sujud (di hadapan Allah), oleh itu perbanyakkanlah doa dalam sujud". (Hadith Riwayat Muslim 1/350)

Manfaatkanlah sujud dalam setiap solat kita sebaik mungkin dengan merintih dan memohon ampun kepada Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mendengar permintaan serta keluhan hambaNya.

Semoga dengan memperbanyakkan berdoa dalam sujud menjadikan diri kita lebih dekat dengan Allah SWT.

20/07/2026

Doaku

16/07/2026

Bulan Safar untuk tahun 2026 (1448 Hijriah) dijangka bermula pada 16 Julai 2026 dan akan berakhir pada 14 Ogos 2026.

29/06/2026

DOA DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN

اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً، وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً

“Ya Allah! Tiada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikannya sebagai kemudahan. Dan Engkaulah yang menjadikan perkara yang sukar itu jika Kamu kehendaki dengan kemudahan.”

Mulakan pagi dengan berdoa, semoga Allah mudahkan setiap satu urusan kita semua. Doa adalah senjata orang mukmin. Teruskan berdoa untuk saudara-saudara kita juga yang sedang diuji. Semoga mereka diberikan kekuatan, kesabaran, dan bantuan yang sewajarnya.

Address

Kursus Kahwin Idaman, Lot 3. 9, Tingkat 3, Jalan Tuanku Abdul Rahman
Kuala Lumpur
50100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kursus Kahwin Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kursus Kahwin Kuala Lumpur:

Share