CFF - Circle For Friends

CFF - Circle For Friends This is our official page of the Circle For Friends.

07/05/2026

MALAYSIA TRULY ASIA

“Malaysia Truly Asia” is not just a tourism slogan.

It means Malaysia represents the true face of Asia. Malaysia rich in diversity of religion, culture, food, language, traditional attire, way of life and arts, yet united as one nation.

In Malaysia, we can see the beauty of the Malay, Chinese, Indian, Siamese, Orang Asli, Sabah, Sarawak and many other communities that form the colours of this country.

No other country in the world has the same uniqueness as Malaysia, where the diversity of Asia lives, grows and is celebrated together in one nation. This is our strength. This is our identity.

The Government of Malaysia and Malaysian must continue to preserve, recognise and protect this diversity as a valuable national identity that makes Malaysia respected and admired by the world. It’s our asset, not a liability.

Every religion deserves respect.
Every culture has its dignity.
Every language carries its soul.
Every dish tells a story.
Every traditional attire carries heritage.
Every art form holds its value.

Malaysia does not belong to one race alone. Malaysia is our shared home.

That is why, when we respect the culture of others, we are actually protecting the true spirit of Malaysia.

This is the real meaning of Malaysia Truly Asia where diversity to be celebrated, not disputed; heritage to be preserved, not erased.



08/08/2025

🇲🇾PENJELASAN KEKELIRUAN STATUS ETNIK SIAM MALAYSIA DAN WARGA THAILAND SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN KE-68🇲🇾

Persatuan Siam Malaysia (PSM) ingin merujuk kepada kekeliruan yang masih berleluasa dalam kalangan masyarakat umum dan segelintir pegawai agensi kerajaan berkaitan status sebenar masyarakat Siam Malaysia berbanding warga Thailand yang menetap di negara ini.

Dalam landskap sosiopolitik Malaysia, masih ramai yang keliru antara etnik Siam Malaysia yang berstatus Bumiputera dengan warga Thailand yang menetap di negara ini atas pelbagai sebab. Kekeliruan ini sering mengakibatkan masyarakat Siam Malaysia yang merupakan penduduk asal di bumi ini sejak ratusan tahun disalah anggap sebagai “pendatang asing”.

Masyarakat Siam Malaysia ialah warganegara Malaysia yang sah, dan telah mendiami Tanah Melayu sejak ratusan tahun lalu, khususnya di negeri-negeri utara dan timur Semenanjung seperti Kedah, Perlis, Kelantan dan Perak. Kami merupakan etnik pribumi yang diiktiraf sebagai Bumiputera walaupun kami tercicir mengikut tafsiran Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan pekeliling kerajaan berkaitan keistimewaan Bumiputera bukan Melayu akibat dari ketiadaan wakil kami dalam Dewan Rakyat sejak kemerdekaan lagi. Kami hanya bergantung harap kepada Tunku Abdul Rahman, Bapa Kemerdekaan Malaysia yang berdarah Siam yang suatu ketika dahulu Siam dianggap sama seperti kaum Melayu. Malah pada hari ini, masyarakat Siam masih belum ada wakil di Dewan Negara.

Namun setelah 68 tahun kemerdekaan dan kerana persamaan bahasa, agama dan budaya dengan negara Thailand, masyarakat Siam Malaysia sering tersalah anggap sebagai warga asing atau pendatang dari Thailand. Kekeliruan ini menyebabkan pelbagai sekatan berlaku termasuk dalam mengakses bantuan kerajaan, peluang pendidikan, program pembangunan dan pengiktirafan rasmi terhadap identiti etnik dan status bumiputera kami.

📌Persatuan Siam Malaysia ingin menegaskan bahawa:

1. Etnik Siam Malaysia bukan warga Thailand, kami adalah anak watan, warganegara Malaysia dan Bumiputera yang sah.

2. Hak dan kedudukan masyarakat Siam Malaysia wajib dihormati, sebagaimana kaum-kaum Bumiputera lain.

3. Kesilapan dalam mentafsir identiti masyarakat ini perlu diperbetulkan segera bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan komuniti.

🇲🇾 Namun begitu, ramai masih mengaitkan penggunaan bahasa Thai dan pakaian tradisional kami dengan negara jiran Thailand. Akibatnya, masyarakat kami sering dinafikan hak, peluang dan identiti sebagai rakyat Malaysia. Ada yang sukar mendapat bantuan kerajaan, peluang pendidikan, dan pengiktirafan dalam pelbagai urusan rasmi.

📌Sehubungan itu, PSM menyeru agar:

• Agensi kerajaan dan pihak berkepentingan meningkatkan pemahaman tentang latar sejarah dan status masyarakat Siam Malaysia melalui latihan dalaman dan pengemaskinian garis panduan pentadbiran.

• Media tempatan memainkan peranan memperbetulkan naratif umum dan menyampaikan fakta yang tepat kepada rakyat.

• Dasar awam dan sistem pendaftaran lebih telus serta inklusif terhadap ciri-ciri masyarakat Siam Malaysia.

Kami percaya, hanya dengan pengiktirafan yang sah dan pemahaman yang mendalam, masyarakat Siam Malaysia akan dapat menyumbang dengan lebih efektif kepada pembangunan negara dalam kerangka Malaysia Madani.

🇲🇾 Kami adalah sebahagian daripada keluarga Malaysia yang sah dan berhak hidup dengan maruah, tanpa perlu menjelaskan asal-usul kami setiap kali.

Sam Maark Suvanphet
Presiden
Persatuan Siam Malaysia






Address

Kampung Tasek
Kroh
33100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when CFF - Circle For Friends posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share