One Sabah Education

One Sabah Education Pakar Perunding/Penasihat profesional anda.

Sebuah syarikat pengurusan acara & bakat baharu yang berdaftar akan memberi perkhidmatan dan pengurusan yang terbaik kepada anda.

PERHATIAN !!! 📣PERHATIAN !!! 📣📣PERHATIAN !!! 📣📣📣Kepada pelajar lepasan SPM masih lagi keliru mahu sambung belajar dimana...
03/07/2023

PERHATIAN !!! 📣
PERHATIAN !!! 📣📣
PERHATIAN !!! 📣📣📣

Kepada pelajar lepasan SPM masih lagi keliru mahu sambung belajar dimana? 😱

Takut salah pilih program pengajian nanti menyesal tiada guna?😯

Takut program yang anda ikuti tidak mendapat diakreditasi dan tidak diluluskan oleh pihak berkuasa?😨😨😳

Program yang kami sarankan adalah program yang diiktiraf oleh kerajaan menerusi Kementerian Pengajian Tinggi serta mendapat pengakreaditasian oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan untuk program sijil kemahiran p**a diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Bukan itu sahaja, program-program yang terpilih mempunyai peluang pekerjaan yang sangat luas setelah tamat pengajian kerana permintaan tinggi daripada pihak industri.

Hubungi pihak OSE sekarang menerusi wa.me/601128716567 untuk mendapatkan khidmat nasihat manakah program yang sesuai untuk anda.

Bah kata "Yang Dikejar Tak Dapat, Yang Dikendong Berciciran"

Keputusan UPU diumum Rabu iniOleh Mohd Nasaruddin Parzibhnews@bh.com.myKUALA LUMPUR: Keputusan permohonan bagi lepasan S...
31/05/2020

Keputusan UPU diumum Rabu ini

Oleh Mohd Nasaruddin Parzi
[email protected]

KUALA LUMPUR: Keputusan permohonan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk kemasukan ke program pengajian asasi, sijil, diploma dan ijazah sarjana muda akan diketahui Rabu ini.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam kenyataannya memaklumkan ia membabitkan kemasukan ke universiti awam (UA), Institusi Pendidikan Guru (IPG), Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Individu yang memohon boleh menyemak status bermula jam 12 tengah hari, pada hari berkenaan melalui saluran hebahan di UPUPocket 2.0.

"Sebanyak 205,972 permohonan bagi Lepasan SPM diterima dan calon ini terdiri daripada mereka yang layak dan melepasi syarat am serta syarat khas program pengajian bagi kemasukan ke UA, IPG, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA," kata kenyataan itu.

Selain menerusi UPUPocket 2.0, mereka juga boleh menyemak status menerusi pautan (di komen).

"Surat tawaran akan dikeluarkan oleh pihak UA, IPG, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA dan semua calon yang berjaya dikehendaki membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh ditetapkan.

"Tawaran tempat adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran adalah tidak dibenarkan," katanya.

Katanya, pemohon yang gagal menerima sebarang tawaran ke UA, IPG, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA boleh mengemukakan rayuan.

"Bagi permohonan ke UA, IPG, Kolej Matrikulasi, rayuan boleh dibuat melalui UPUOnline Rayuan di pautan http://upu.moe.gov.my dalam tempoh lima hari bekerja mulai 3 Jun hingga 10 Jun, jam 12 tengah hari hingga 5 petang.

"Bagi permohonan ke Politeknik Premier, Politeknik Konvensional / METrO, Kolej Komuniti dan ILKA, rayuan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan terus kepada agensi berkaitan," katanya.

Kenyataan itu menjelaskan, dasar pemilihan rayuan adalah untuk mengisi kekosongan tempat mengikut program pengajian di UA, IPG, Kolej Matrikulasi, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA selepas pendaftaran pelajar baharu.

"Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA Jabatan Pendidikan Tinggi (BKPA JPT) akan membuka kemudahan 'Hotline' mulai 3 Jun hingga 10 Jun dari jam 8.30 pagi hingga 4 petang untuk memudahkan pemohon membuat semakan dan mendapatkan khidmat runding cara.

"Pemohon boleh menghubungi BKPA JPT di talian telefon 03-8870 8200 untuk bantuan," katanya.

Berdasarkan lampiran disediakan, pendaftaran kemasukan ke 17 UA akan bermula pada 13 Julai hingga 4 Oktober depan sementara kategori lain bermula pada 5 Julai hingga 4 Januari tahun depan.

Sumber : Berita Harian

Kursus Induksi PP-PPD-PPBSyarat penyertaan-Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atasSiapa yang patut menghadiri kurs...
06/04/2019

Kursus Induksi PP-PPD-PPB

Syarat penyertaan
-Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas

Siapa yang patut menghadiri kursus ini ?
- Individu yang ingin bekerja di kolej / pusat latihan kolej kemahiran swasta dan kerajaan. Individu / syarikat / badan / pertubuhan yang ingin membuka kolej / pusat latihan kemahiran.

Siapa yang diwajibkan untuk menghadiri dan mempunyai sijil Kursus Induksi PP-PPD-PPB ?

-Pegawai Penilai (PP) - Individu yang akan menjadi Pegawai Penilai (tenaga pengajar) di kolej / pusat latihan kemahiran swata dan kerajaan.

-Pegawai Pengesah Dalaman (PPD) - Individu yang akan menjadi Pegawai Pengesah Dalaman (penyelia tenaga pengajar) di kolej / pusat latihan kemahiran swasta dan kerajaaan.

-Pengurus Pusat Bertauliah (PPB) - Individu yang akan menjadi Pengurus Pusat Bertauliah (pengurus) di kolej / pusat latihan kemahiran swasta dan kerajaan.

-Pegawai Pengesah Luaran - Individu yang ingin menjadi Pegawai Pengesah Luaran (penyelia luar) untuk Persijilan Kemahiran Malaysia.

Itulah sebabnya mengapa One Sabah Education dibangunkan agar dapat membantu anda kerana pihak kami adalah professional d...
22/02/2019

Itulah sebabnya mengapa One Sabah Education dibangunkan agar dapat membantu anda kerana pihak kami adalah professional dalam memberikan nasihat dan gambaran yang lebih jelas kepada anda agar tidak silap memilih Institusi Pengajian Tinggi terutamanya di sektor swasta.

Hubungi OSE sekarang di wa.me/601116161941

Perkongsian mengenai tip dan panduan memilih IPTS yang terbaik untuk sambung belajar. Antara tip yang dikongsikan adalah cara memilih dengan tepat dimana keputusan dipengaruhi oleh kursus pengajian, lokasi pengajian, fasiliti yang disedaiakan. perkhidmatan kelayakan dan sebagainya.

Address

Alamesra
Kota Kinabalu
88400

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 12:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+601128716567

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when One Sabah Education posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to One Sabah Education:

Share

Pusat Pengambilan Pelajar Luar Sabah (Borneo), Malaysia dibawah One Sabah Education Consultation

Sebuah pusat yang menguruskan hal ehwal perundingan pendidikan tinggi khususnya di Sabah supaya para pelajar dan ibubapa dapat membuat keputusan yang terbaik untuk anak-anak, untuk masa depan mereka.