02/07/2026
2 Julai 2026
Kelas Fardu Ain Wanita
Anjuran KOPKETA
📍 Laman Acara KOPKETA, Bandar Seri Impian, Kluang, Johor
Alhamdulillah, memasuki tahun ke-2 penganjuran program CSR KOPKETA ini.
Tiba-tiba rasa sebak melihat sambutan daripada komuniti setempat yang begitu menggalakkan. Kehadiran yang semakin bertambah menjadi bukti bahawa usaha kecil ini memberi manfaat dan mendapat tempat di hati masyarakat.
Semoga setiap langkah, ilmu yang disampaikan, dan masa yang diluangkan menjadi amal jariah buat semua yang terlibat. Terima kasih kepada semua peserta yang sentiasa menyokong dan memeriahkan program ini. Insya-Allah, semoga kita terus istiqamah menyebarkan ilmu yang bermanfaat.