09/09/2020
Selamat malam.
Sekiranya anda merancang untuk menganjurkan kenduri atau majlis tolong jangan ulangi kesilapan ini 🙏🏼
Baru baru ini, pejabat kesihatan terpaksa menjejak semua tetamu kenduri kahwen secara manual kerana kegagalan tetamu untuk mengimbas MySejahtera. Seorang tetamu telah dikesan positif covid dan semua kontak rapat pada majlis tersebut perlu dijejaki.
Majlis perkahwinan “wedding of the year” baru baru ini juga telah menunjukkan bagaimana tetamu tetamu bergambar sakan dengan jarak dekat & kegagalan tetamu yang sudah bersolek cantik memakai pelitup muka.
Kita masih dalam tempoh pandemik, kelonggaran telah diberikan oleh MKN untuk mengadakan majlis sosial tetapi sila patuhi sop yang telah ditetapkan 🙏🏼
Rujuk SOP MKN utk Majlis Sosialhttps://asset.mkn.gov.my/web/wp-content/uploads/sites/3/2020/08/SOP-Majlis-Sosial-6-Ogos-2020.pdf