23/12/2025
MVP SERIES 2025 โ Exclusively at Cyberjaya
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kami tujukan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan MVP Series 2025 Exclusively at Cyberjaya.
Terima kasih kepada para peserta, mentor, caster, kru produksi, urusetia, rakan kolaborasi, penaja, penyokong serta komuniti esukan yang hadir dan memberi sokongan sepanjang acara berlangsung. Komitmen, kerjasama dan semangat yang ditunjukkan telah menyumbang kepada kelancaran serta kejayaan penganjuran acara ini.
Sokongan anda semua bukan sahaja memeriahkan acara, malah memperkukuhkan lagi ekosistem esukan tempatan, khususnya di Cyberjaya.
Kami amat menghargai setiap sumbangan tenaga, masa dan idea yang diberikan.
Sekali lagi, terima kasih atas sokongan padu anda semua.
Jumpa lagi di acara seterusnya.