Catering Cikgu Ezaa

Catering Cikgu Ezaa Terbuka untuk tempahan makanan, even, majlis, tahlil, sekolah, meeting syarikat, lunch staff office d sebagainya.

Tempahan :
Kawasan penghantaran : Selangor | Kuala Lumpur | Putrajaya | lain-lain kawasan boleh bincang
Whatsap : 0176765061

Nak rasa sambal hitam pahangDaging Hitam pun adaboleh dapatkan di shopee ya
14/03/2025

Nak rasa sambal hitam pahang
Daging Hitam pun ada
boleh dapatkan di shopee ya

Sambal Hitam Pahang memang menjadi kegemaran ramai. Enak dimakan bersama nasi panas, ada lauk telor/ikan goreng sahaja p...
14/03/2025

Sambal Hitam Pahang memang menjadi kegemaran ramai. Enak dimakan bersama nasi panas, ada lauk telor/ikan goreng sahaja pun sudah cukup untuk membuka selera.
tak percaya sila cuba!

RESIPI SAMBAL HITAM PAHANG

Bahan-Bahan:

Cili api
Belimbing buluh
Bawang merah
Ikan bilis
Minyak masak
(Sukatan bahan ikut s**a hati anda ya! Resepi ni sangat fleksibel, boleh tambah atau kurangkan ikut selera)

Cara-Cara Penyediaan:

1. Tumis bahan kisar semua, goreng sampai garing dan kehitaman
hingga bahan hampir kering tapi menggunakan api yang sederhana and sentiasa kacau jangan hangit tau

2. Saya prefer guna chopper dari blender, sebab kalau guna blender korang perlu tambah air nanti lambat kering.
belimbing akan keluarkan air sendiri bila dimasak.
Pastikan jangan terlalu hancur, lebih sedap kalau ada tekstur kasar.

3. Jangan tambah garam terus banyak sebab bahan tadi dah ada rasa.

Dah siap boleh la hidang untuk berbuka atau bersahur
Selamat mencuba, jangan lupa share tau

12/03/2025
12/03/2025

puas hati tgk bersarang haa 😁😁

🐜3 biji telur
🐜1 cawan tepung gandum
🐜1 cawan gula
🐜1 cawan air panas
🐜3sdb marjerin(cairkan dulu yaa)
🐜5sdb susu pekat
🐜1sdk soda bikarbonat
🐜esen vanilla

-masak gula sehingga menjadi warna perang.. kemudian masukkan air panas sedikit demi sedikit sambil kacau.

-dalam bekas lain pecahkan telur kemudian kacau perlahan menggunakan whisk, masukkan susu pekat, esen vanilla dan marjerin yg dh di cairkan..kacau sehingga sebati.

-masuk tepung yg siap di ayak dgn soda bikarbonat..kacau sehingga hilang ketulan tepung, akhir sekali tuang air gula td..kacau sehingga sebati adunan.

-loyang jgn lupa sapu marjerin ok.

-sy bakar dalam periuk..panaskan dulu periuk lebih kurang 7 minit kemudian baru letak loyang, tutup tudung tunggu sehingga kek masak..siappp!

-pastikan guna api kecik yaa ♨️♨️
-adunan ni sy x perap sy terus bakar.
-air gula masukkan panas2 dlm adunan tepung.

kredit: siti hadirah

11/03/2025

Pesamah(SAMAH)daging nie cukup top la sebelah Utara kalau ada kenduri kahwin baru ada.. Pesamah daging & Nasi minyak kuning...

RESEPI PESAMAH DAGING

1 kg daging - potong 10 ketul

Bahan tumis:-
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar minyak sapi
3 ulas bawang merah - mayang
3 ulas bawang putih - mayang
3 cm halia - potong mancis
Batang kulit kayu manis
Biji buah pelaga
Kuntum bunga lawang
Kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan -simpul
3 tangkai daun kari

Bahan kisar :-
2 labu besar bawang besar
5 ulas bawang putih
5 cm halia
1 sudu teh serbuk lada hitam kasar

Bhn lain:
1½ bungkus rempah KARI daging
Segenggam gula merah/ 1 keping gula kabung
1 cawan santan pekat
1 cwn susu cair
3 sudu mkn kerisik
Air asam jawa secukup rasa
Sedikit Garam

Cara-caranya:-
Daging digaulkan dengan bahan kisar, rempah daging, gula merah, serbuk lada hitam kasar dan kerisik....

Panaskan minyak masak tambah minyak sapi. Tumiskan bahan tumis tadi sampai wangi dan agak garing...

Masukkan daging yg digaul tadi. Tambah air untuk empukkan daging. Masak sampai daging lembut dan betul² pecah minyak. Part nie mengambil masa yg lama dlm sejam lebih, Sbb nak reneh daging sampai lembut.

Bila daging dah lembut dan pecah minyak, masukkan santan, susu cair, air asam jawa dan garam...

Masak lagi dgn api perlahan sampai betul² pecah minyak dan kuah menjadi pekat... Okey dah siap..

Ops! resepi Nasi: Nasi minyak masak mcm nasi mnyak biasa, cuma letak perwarna kuning sikit...

Kredit Owner Resepi

Fb Menu Orang Kampung

11/03/2025

Biskut cornflakes crunchy ni, senang sangat tau. Boleh ajak anak-anak buat sekali.

Tahun lepas dah pernah share resepi tapi tahun ni Cik Tom tambah chocolate chips, ikut selera anak-anak pulak. =
Resepi Biskut Cornflakes Crunchy Chocolate Chips
=

Bahan-bahan :

250g buttercup atau boleh guna planta
1 cawan gula aicing
1 sudu kecil esen vanila
3/4 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
Cornflakes secukupnya ( Cik tom letak dalam 3 cawan, kasi ramas sikit ye)
Chocolate chips
Chocolate rice (optional)
Almond cincang (optional)

Cara-cara: • Kacau sebati butter, gula aicing dan esen vanila. Guna senduk je. Jangan pukul sampai kembang. •

Kemudian masukkan tepung jagung dan tepung gandum sikit-sikit ye. Tak payah ayak bagai. Kacau sebati. Adunan memang lembik ye, jangan panik. •

Masukkan cornflakes, chocolate chips dan almond, gaul sebati. • Sudukan adunan atas loyang yang dah disapu butter/ planta. Nak cubit-cubit guna jari jemari pun boleh. Lepastu nak golek-golekkan dalam baki cornflakes yang ada pun terserah d**g. Bisa aja. •

Jarakkan sikit ye, biskut akan mengembang. Tapi dia punya kembang tu biasa-biasa je sebab kita tak guna soda bikarbonat dan baking powder. • Sebelum tu, boleh panaskan oven dulu ye dalam 5-10 minit.

Kemudian baru boleh bakar biskut kita, suhu 160’c masa 20minit atau ikut oven masing-masing ye (api atas bawah). *

Mula-mula keluar dari ovan biskut memang lembut, lepastu baru akan keras. Sejukkan dulu baru susun dalam balang.

Selamat mencuba

Kredit: nurul syuhada che din




11/03/2025

🍪Cookies Coklat Rice🍫

250 butter
1 cawan gula halus(150-160g)
1sk esen vanila
1 biji kuning telur
1 sb shortening
Kacau rata semua bahan di atas.
Tambahkan 1/2 cawan atau 100g minyak jagung.
Tambah 2-3 sb serbuk koko dan 1 sb emalco coklat.
Masuk juga 1sk baking powder.
Tambahkan 1 cawan(110g) tepung susu ke dalam adunan, gaul sebati.
Tambahkan 1 cawan tepung jagung(110g)
Last masuk tepung gandum 400g-440g lebih kurg 4 cawan +-
Uli sampai jadi doh lembut
Canaikan doh dan terap
Susun atas tray
Panaskan oven, bakar suhu 170 masa 20 mnt.
Biar dia sejuk dulu.

Untuk dressing:
250g dark coin
1sb shortening
*Cairkan (double boil)
Boleh masuk piping beg atau sudu, letak ganach atas cookies.
Tabur coklat rice.
Dan biar dia sejuk baru susun dalam balang ok

Kredit : Empunya resepi 🌹💕

11/03/2025

KUIH CARA BERLAUK

Bahan-bahan:
Bahan inti:
1 cawan daging kisar
1 labu bawang besar (potong dadu)
1 ulas bawng putih….cincang halus
1 sudu makan rempah kurma
1 sudu teh minyak
Garam secukup rasa
Daun bawang (hiris)
Cili merah (hiris)

Bahan untuk kuih:
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
2 cawan air
1 biji telur
Garam secukup rasa
Pewarna kuning

Cara membuatnya :
Untuk inti:
Tumis bawang dan rempah sehingga wangi.
Masukkan daging dan garam.
Kacau dan biarkan mendidih hingga kering.
Angkat dan sejukkan.

Untuk kuih:
Kisarkan semua bahan untuk kuih hingga sebati dan tapis.
Sapu rata acuan bahulu dengan minyak masak dan panaskan.
Tuangkan adunan ke dalam acuan.
Masukkan sesudu kecil inti yang telah disediakan.
Taburkan hirisan cili merah dan daun bawang.
Tutupkan adunan dgn tudung periuk.
Setelah bahagian tepi kekuning-kuningan bolehlah diangkat.
Ambil dua biji kuih cara dan tangkupkan ketika hendak dihidangkan
Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba🥰

Kredit empunya resepi

11/03/2025
10/05/2024

Hari ni masak utk doa selamat,
5kg daging masak hitam

Ramai guna tisu ni mudahkan main tarik je gantung siap2, kenduri ke open house pn ramai guna ni
06/05/2024

Ramai guna tisu ni mudahkan main tarik je gantung siap2, kenduri ke open house pn ramai guna ni

Product Features: 1. One carton have four packs. One pack consists of 320 draws x 4ply soft tissue. 2. High quality 4 layers thickness tissue, extra absorbent and more durable structure which result in easier wiping even when wet. 3. Made of virgin wood pulp which makes it soft with strength, gentle...

Address

Klang
42000

Telephone

+60176765061

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Catering Cikgu Ezaa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category