Nan's Garage

Nan's Garage Menyediakan perkhidmatan sewaan tapak perniagaan.

Kini sudah beroperasi dari Nan's Garage Jomm kita terjah..
06/05/2023

Kini sudah beroperasi dari Nan's Garage
Jomm kita terjah..

17/12/2019

*FADHILAT AYATUL KURSI*

Ayat Kursi adalah seutama-utama ayat dalam Al-Quran. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Fadhilat dan kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam 99 hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain. Antaranya adalah:
1. Orang yang selalu membaca ayat Kursi
dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW.

Sesiapa berwudhuk lalu membaca ayat Al-Kursi sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para
malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.
Sesiapa membaca Al-Qursi sebelum keluar rumah, maka Allah mengutuskan 70 000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan untuknya.
Sesiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.
Membacanya dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi bala bencana dan gangguan syaitan.
Sesiapa membacanya ketika dalam
kesempitan nescaya Allah azza wa jalla akan memberikan pertolongan kepadanya dan jika seseorang itu miskin akan menjadi kaya.
Sesiapa p**ang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya.
“Sesiapa dikalangan umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat , kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah memelihara daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”
Sesiapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari,
Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh
khusyuk , InsyaAllah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.
👍🏻 Sesiapa membaca ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali:
1. Di tengah malam atau dikuti solat Hajat, Insya Allah berhasil hajatnya.

Memperolehi hidayah dan petunjuk dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Meningkatkan kecerdikan dan terang hati.
Terlepas dari masalah dan kes**aran serta dimudahkan rezeki dan cita-cita.
👍🏻Sesiapa membaca ayat Al-Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas solat fardhu, ia akan:
1. Berada dalam lindungan Allah hingga solat yang lain dan terpelihara daripada tipudaya dan ganguan syaitan.

Allah menganugerahkannya hati-hati orang yang bersyukur , setiap perbuatan orang yang benar, pahala para nabi juga dilimpahkan padanya rahmat.
Allah akan mengambil rohnya seperti orang yang berperang bersama para nabi sehingga mati syahid.
Terpelihara dari kekerasan malaikat maut dan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya.
Allah Azza Wa Jalla tidak menegah akan dia daripada masuk syurga .
Dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala balasan amal orang-orang siddiqin iaitu syurga.
👍🏻 Sesiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya:-
1. Allah SWT. mewakilkan dua Malaikat memeliharanya dan menjaga selama tidurnya hingga subuh.

Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke Subuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya.
Terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
Allah mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran- jirannya.
Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati Syahid.
👍🏻Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan:-

Mendapat pertolongan serta
perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.
Terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.
Allah akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya
ﻭﺍﻟﻠﻪ ﺃﻋﻠﻢ ﺑﺎﻟﺼﻮﺍﺏ
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Bilik rawatan paranormal di NANS GARAGE...Setiap penyakit ada penawarnya.Sakit fizikal atau pun sakit rohani..kami Insya...
17/12/2019

Bilik rawatan paranormal di NANS GARAGE...Setiap penyakit ada penawarnya.Sakit fizikal atau pun sakit rohani..kami Insyallah bisa menolong dengan bantuan Nya. @ PUSAT RAWATAN AS SYIFA .Kami menggunakan kayu dan tingkap dari mesjid lama ..masih utuh dan halus seni buatannya.

05/12/2019

RAWATAN AS SYIFA @ NANS GARAGE



Fakta Hangat...Info Menarik Orang Bunian - Beza Jin Pari & Pintu Alam Bunian
Beberapa hari ini, blog post saya berkaitan bunian mula menerima trafik yang agak tinggi dari enjin carian. Ini mungkin disebabkan oleh kes kehilangan seorang peserta larian berdekatan Gopeng, Perak yang dikaitkan dengan orang bunian. Samada ia benar atau tidak, s**ar untuk dibuktikan melainkan 'mangsa' ditemui dalam keadaan selamat.

Cerita mengenai orang bunian ini telah lama wujud sejak beratus-ratus tahun. Ia bukan kisah tempatan, malah kisah orang bunian ini turut diceritakan di negara-negara lain termasuk negara barat. Bezanya, ia disebut dengan nama lain.
Info Menarik Berkaitan Orang Bunian - Beza Dengan Jin Pari Dan Petunjuk Pintu Alam Bunian
Rahsia alam bunian
Saya dah dengar kisah bunian ini sejak dari bangku sekolah lagi. Ada dua kategori, satu kisah seram dan satu kisah yang seronok.

P. Ramlee pun ada buat filem mengenai bunian ini, iaitu filem Sumpahan Orang Minyak (1958). Dalam filem itu, orang bunian digambarkan sebagai makhluk cantik yang mempunyai kelebihan tertentu untuk menukarkan seseorang dari buruk menjadi cantik, dari miskin menjadi kaya dan sebagainya.

Filem yang ditulis oleh Teuku Jaafar, P. Ramlee dan S. Sudarmadji ini memang hebat, malah telah mendapat anugerah di Festival Filem Asia Pasifik ke 5 (1958, Manila) dalam kategori Sinematografi Hitam Putih Terbaik. Filem berkaitan Bunian dan Orang Minyak ini diterbitkan oleh Malay Film Production Ltd (Singapore).

Dek kerana filem ini, telah terpahat dalam kepala saya bahawa orang bunian adalah makhluk Allah S.W.T yang sangat cantik menawan selain mempunyai kuasa tertentu.



Fakta Atau Rekaan Mengenai Bunian?
Benarkah?

Benarkah orang bunian ini mempunyai keistimewaan seperti dalam filem Sumpahan Orang Minyak?

Dalam satu perkongsian oleh saudara Hafeez Dean Aaron di laman web Remaja, beliau cuba menjelaskan mengenai beberapa info menarik berkaitan Orang Bunian ini, khususnya beza dengan Jin Pari.

Menurut beliau, perkataan bunian itu berasal dari perkataan BANI'AN.

Bani = kaum, keturunan, atau anak seseorang
'An = merujuk kepada nama seseorang.
Beza BUNIAN Dengan "JIN PARI"
Melayu dibahagikan kepada dua kump**an. Yang pertama, orang awam dan yang kedua, yang telah dijadikan tidak kelihatan dan terpencil oleh Allah S.W.T dari bersekutu dengan orang awam seperti kita.

Mereka mencapai tahap karamah, karamah adalah satu keajaiban tetapi untuk orang bukan nabi (iaitu doa mereka tidak terbatas, doa mereka dipenuhi oleh Allah S.W.T secara langsung seperti sejarah "Kutukan Mahsuri di Langkawi", boleh juga lihat sejarah wali 7, dan sejarah Tok Kenali) sementara untuk keajaiban nabi, kita menyebutnya sebagai Mukjizat.

Mereka juga dikenali sebagai orang yang tidak kelihatan (atau Bunian). Mereka bukan jin, Mereka orang biasa cucu Nabi Adam A.S dan Siti Hawa.

[Dah Baca?] Mitos Kembangnya Bunga Bakawali Waktu Tengah Malam
Sejarah Kewujudan Bunian
Sejarah kewujudan mereka bermula di kep**auan Nusantara, di mana lelaki yang bernama 'An, (seorang Waliyullah) yang memiliki tingkat taqwa yang tinggi, karena ia tidak dapat hidup dalam masyarakat dengan banyak orang yang menyinggung, menipu, tidak peduli, tidak memenuhi janji, dan orang yang s**a memanip**asi seperti kita.

Akhirnya, dia telah berdoa kepada Allah S.W.T supaya kewujudannya dan anak-anak serta keturunannya terpencil dan tidak dapat dilihat dari pandangan umum. Jadi, anak-anak dan keturunannya dikenali sebagai bani, yang bermaksud kaum atau keturunan dan anak.

Sekiranya anda sentiasa belajar dengan guru silat terutama di kampung dan sentiasa bersekutu dengan dukun Melayu Islam di Malaysia, anda akan mengetahui dan terdedah kepada cerita ini.
Kenyataan Bunian, mereka adalah orang biasa, mereka berkongsi dunia yang sama seperti kita tetapi di tempat terpencil dan berpagar (dengan doa) menjadi tidak kelihatan.

[Dah Baca?] Apa Maksud Melayu? Benarkah Bangsa Ini Cabang dari Bani Israel?
Beza Bunian Dan Jin (Pari)
Ada perbezaan antara sikap mereka dengan kita, mereka tenang dan kita p**a terburu-buru. Ramai di antara kita yang salah faham tentang "apa bunian" dan "apa jin", apabila anda dibawa ke tempat mereka, anda akan diajar ilmu agama, hikmah beberapa ayat sehingga apabila anda kembali ke tempat asal, anda berkebolehan untuk merawat orang sakit. Kebanyakan kita menyamakan Bunian dengan jin.

Satu lagi, kehilangan bayi di rahim adalah dari kerja jin, bukan Bunian!

Jin tersebut dikenali sebagai Jin Pari, mereka berwujud seperti sosok manusia, hidup bermasyarakat.



Ada antara manusia yang dipermainkan oleh mereka, seperti apabila kita tiba di satu warong, apabila kita order makanan. Pada awalnya, ia kelihatan seperti makanan tetapi tiba-tiba ia berubah menjadi tahi, ulat, daun, kayu-kayu reput dan sebagainya. Apabila anda dibawa dan dibawa ke tempat mereka, apabila kembali, anda menjadi gila.

Di dalam Al-Quran tidak menyebut keberadaan bunian, ia hanya menyebut tentang kewujudan manusia, jin, binatang dan malaikat. Tidak ada keperluan bagi Al-Quran untuk menyebutnya kerana mereka adalah "orang biasa" dan nama bunian hanya tajuk direka oleh masyarakat Melayu dahulu kala kepada manusia yang telah dijadikan oleh Allah S.W.T supaya mereka tidak dilihat oleh manusia lain (orang awam seperti kita).

Di dalam Al-Quran, terdapat ayat pelindung diri sehingga kita tidak dapat dilihat oleh musuh dan orang lain. Ayat Al-Quran yang dimaksudkan ialah untuk tidak dilihat oleh orang lain.

"Dan apabila kamu membaca al-Quran kami akan membuat antara kamu dan orang-orang yang tidak percaya di akhirat, dinding tertutup," (Al-Israa ': 45)
Kenapa Lelaki Selalu Jadi Pilihan
Ada orang bertanya, kenapa lelaki selalu jadi mangsa orang bunian? Kenapa pilih lelaki dan bukannya perempuan?

Dalam Islam, untuk berkahwin, perempuan perlu wali, tidak lelaki. Jadi, jika mereka ambil perempuan, mereka juga kena ambil ayah, abang, atau adik lelaki perempuan itu untuk jadi wali.

Andai perempuan diambil orang bunian, kemungkinan lebih ramai lagi terpaksa diambil orang bunian ni.

Menurut Hafeez Dean Aaron lagi, jin mempunyai 3 golongan iaitu golongan jin dari kalangan Muslim yang soleh, kedua dari Muslim yang fasiq dan ketiga dari golongan yang kafir, iaitu yang menyekutukan Allah S.W.T.

Kecantikan dan kehodohan wajah jin ini sentiasa berubah-ubah. Jasad mereka tidak seperti manusia. Peraturan dalam dunia mereka amat ketat.
Jin Muslim yang soleh, semakin baik amalannya, semakin bertambah cantik wajahnya
Jin Muslim yang fasiq, semakin buruk amalannya, semakin bertambah hodoh wajahnya. Tetapi jika dia bertaubat, wajah dan tubuhnya akan berubah semakin cantik.
Jin kafir memang muka dia akan sentiasa hodoh. Bahkan semakin hodoh.

Maksudnya, wajah dan kecantikan/kehodohan mereka sentiasa berubah-ubah. Tidak tetap.
Pintu Ke Alam Bunian
Pintu Ke Alam Bunian
Menurut beberapa perkongsian lain mengenai orang bunian ini, ada yang menyenaraikan beberapa tips untuk ketahui pintu ke alam bunian. Jika ternampak tanda-tanda berikut, eloklah dijauhkan atau dielakkan terutama ketika masuk ke dalam hutan.
Kawasan hutan atau laluan ada buluh kuning. Ramai percaya ia satu petanda mengenai kewujudan pintu masuk ke alam bunian.
Adanya pokok besar yang kawasan bawah perdunya sangat bersih, seolah disapu dan dijaga. Elok elakkan diri dari berehat di bawah perdu pokok besar tersebut.
Jika di kawasan gunung, tempat di mana adanya batu-batu besar dipercayai adalah pintu ke dunia bunian.

Tips Bila Berhadapan Bunian
Satu tips yang sampai sekarang menjadi ikutan ramai bila masuk hutan atau ke tengah laut ialah, jangan sesekali bercakap besar atau bersikap bongkak kerana golongan bunian ini tidak s**a dengan manusia seperti itu.

Kalau berada di dalam hutan, dan nampak lembaga atau susuk tubuh .. lepas tu tak pasti samada ianya manusia atau jin, maka bacalah surah An-Nas sebanyak 3 kali.

05/12/2019

Mengata dan Campur Tangan

Ya akhi. Ya ukhti!!! Ittaqillah! Bertaqwalah pada Allah!

Jangan kita mengumpat, menghina, mengkeji, menyindir dan berkata buruk tentang seseorang berhubung dgn hal ehwal peribadi dan rumahtangga orang..

Saya sedih bila lihat ramai golongan agamawan dan orang yg faham agama atai berlatarbelakang agama, sedap mulut dan sesedap rasa hati mengata dan mengkeji agamawan lain yg sesemestinya beliau sedang diuji oleh Allah dlm hal peribadi dan rumahtangga.

Jadi-jadilah duk mengata.

Cukup-cukuplah menghina orang.

Hentikanlah menyindir orang.

Kerana apa? Kerana kita belum tentu mampu mengharungi ujian yang sama andai Allah uji kepada kita.

Bahkan, kita juga belum diuji dgn ujian yg sama. Maka, jangan kita terlampau mendabik dada.

Ya Allah... andailah kita ini mampu melihat catatan amalan kita, semestinya kita malu dgn aib diri kita. Kita malu dgn kesalahan yg kita buat.

Namun, hari ini, berapa ramai yg sedap dan s**a membuka aib orang lain? Hatta aib abang kandung tersendiri?

Dengan membuka aib abang atau adik beradik di media sosial, maka apakah solusi yg mahu dituntut sebenarnya?

Adakah dengan bercerita semuanya pada media sosial, maka segala permasalahan akan selesai?

Tidak! Sama sekali tidak akan selesai!

Membuka aib orang lain, tidak aka menyelesaikan masalah! Bahkan, ianya akan memberi ruang kepada masalah yang lain p**a.

Masalah fitnah, caci mencaci, keji, memaki hamun, bersangkan buruk, mengata hal orang dan sebagainya akan timbul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan akibat drp perbuatan membuka aib orang tersebut!

Ingatlah!

Sekali kita mengata dan mengutuk orang lain, maka kita sudah menempah nama kita supaya Allah menurunkan bala atau ujian yg sama ke atas diri kita kelak.

Berhati-hatilah!

Supaya diri kita dan anda semua terpelihara..

03/12/2019

Koleksi Ilmu Dulu-Dulu


Di manakah letak duduknya KEHEBATAN SILAT MELAYU Adakah pada ILMU...

Seni Mempertahan Diri: Satu Tuntutan Ugama
Amalan Agar Tidak Lupa
Ibu Doa dan Cara Memasinkan Doa
Cara Menangkis Ilmu Hitam
Di manakah letak duduknya KEHEBATAN SILAT MELAYU?

Adakah pada ILMU dan AMALANnya?
Adakah pada GURU dan PENGAMALnya?
Adakah pada NAMA SILAT itu sendiri?
Adakah pada BANGSA yang menjadi pelopornya?
Adakah pada senjata KERISnya? Ataupun pada FALSAFAHnya?

Majoriti yang akan memberi jawapan bahawasanya yang HEBAT itu hanya ALLAH SWT semata. Tiada yang hebat selainnya. NOKTAH!

Bila ditanya p**a PERBANDINGAN di antara SILAT dengan BELADIRI ASING, jawapan biasa didengar adalah SEMUAnya HEBAT kerana ILMU itu milik ALLAH SWT. NOKTAH!

Inilah jawapan-jawapan yang BIASA diterima dari mulut bangsa kita yang sememangnya malas untuk berfikir, malas untuk buat kajian, malas belajar,malas merenung kehebatan Maha Pencipta, serba serbi malas dan hanya menerima sahaja sesuatu perkara itu TANPA MAHU MENILAI adakah ianya baik/ memberi manfaat dan apa Rahsia disebaliknya.

Untuk mengetahui jawapannya, sang faqir akan kongsikan sedikit pengetahuan tentang SILAT MELAYU ini dan diakhirnya InsyaAllah tuan/puan akan mampu bertemu jawapannya.

BAIAH/SUMPAH/IKRAR/PERLIMAU/PINANG

Dalam ADAT dan ADAB SILAT MELAYU, sebelum murid diterima belajar atau mempelajari sesuatu ILMU dalam Silat, mereka perlulah melalui suatu Majlis yang mana mereka perlu MENGADAP GURU dan menyatakan hasrat hati mereka untuk belajar dan sanggup menjadi murid serta akur pada ketetapan/ peraturan yang telah digariskan oleh GURU. Pada saat dan ketika itu, bermulalah suatu AKAD dan terjalinlah secara ROHANInya suatu IKATAN HUBUNGAN antara GURU dan MURID.


Makanya, murid tersebut dikatakan telah mengambil BAIAH dan mendapat SANAD yang jelas. SANAD ILMU merupakan ROH kepada sesuatu ILMU. Pengajian secara berSANAD amat dititikberatkan kerana banyak ROH ILMU itu berkesinambungan sehingga kepada GURU YANG ASAL. ADAB BERGURU adalah KUNCI kejayaan bagi seseorang murid. Seseorang murid itu akan sedaya upaya akur dan mengikut tanpa banyak soal apa yang diajar oleh Guru.

Persoalannya; DARI MANAKAH DATANGNYA AMALAN SEPERTI INI?

Kata Kunci: ADAB BERGURU, BAIAH, SANAD ROH ILMU, AKAD

FIZIKAL DAN SPRITUAL

Dalam Keilmuan Silat terdapat 2 elemen utama yang merangkumi ILMU FIZIKAL dan ILMU SPIRITUAL. Sesuai dengan ALAM ini yang dicipta secara berpasang-pasangan. Ilmu Fizikal terdiri daripada pelbagai disiplin Ilmu seperti ;

1. SENAMAN MELAYU – Amat sesuai diamalkan dikesemua peringkat umur dan ada yang khusus kepada lelaki dan perempuan. Senaman Melayu ini walaupun nampak “simple” tetapi impaknya begitu berkesan sekali. Diamalkan beserta PERNAFASAN MELAYU yang mampu membangkitkan TENAGA DALAM si pengamalnya. Maka, tidak hairanlah walaupun pengamal senaman Melayu tidak berotot dan tegap seperti mat saleh yg berlatih di gym, tetapi mereka lebih KUAT, lebih FLEKSIBEL, lebih SIHAT dan lebih TANGKAS.

2. TARIAN SILAT – Antara ILMU yang tiada dalam mana-mana Ilmu beladiri asing. Ia mampu melatih pergerakan sendi dan “minor muscles” yang amat jarang digunakan dlm kehidupan seharian. Minor muscles yang utuh akan memberi kuasa tambah kepada kump**an otot utama badan. Akhirnya, latihan TARIAN SILAT akan menjadikan pengamalnya dapat menguasai ELEMEN LEMBUT dan KERAS (di sinilah RAHSIA pengamal Silat dalam kehebatannya mengemudi pelbagai jenis senjata terutamanya Seni Kain (Cendai).

Dalam Tarian Silat juga diselitkan dengan cerita-cerita dan falsafah tentang Ketuhanan dan Alam. Kepada yang benar-benar menghayati dan memahaminya, tatkala jari-jemari bergerak tari, sebenarnya mereka sedang MEMUJI dan MENGINGATI akan SANG PENCIPTA ALAM. Gerak ALIF, Gerak LAM ALIF sebagai PENAFIAN GERAK DIRI, Gerak ALAM dan segalanya mempunyai cerita yang tersendiri.


3. PERGERAKAN DAN BUAH SILAT – Ianya diciptakan sesuai dengan GERAK FITRAH MANUSIA. Kemampuan dalam penguasaan ELEMEN LEMBUT dan KERAS memberi kelebihan dalam melaksanakan pergerakan-pergerakan Tempur terutama dalam SENI KUNCIAN. Boleh dikatakan setiap kelebihan yang ada pada setiap seni beladiri asing, ianya turut ADA DALAM SILAT MELAYU. Sbg contohnya;;

1. Aikido dengan seni sendi – ADA DALAM SILAT malah lebih lagi.
2. Muay Thai dengan seni siku dan lutut - ADA DALAM SILAT malah lebih lagi.
3. Karate dengan KATA nya – ADA DALAM SILAT malah lebih lagi.
4. Taekwondo dengan seni kakinya – ADA DALAM SILAT malah lebih lagi.
5. Ninja dengan kecepatan dan tipu helah - ADA DALAM SILAT malah lebih lagi.
6. Samurai dengan seni pedangnya - ADA DALAM SILAT malah lebih lagi.
7. Silambam dengan seni tongkatnya - ADA DALAM SILAT malah lebih lagi.
8. Capoeira dengan kelincahan dan akrobatik - ADA DALAM SILAT malah lebih lagi.
9. Judo dengan seni jatuhan dan humbanan - ADA DALAM SILAT malah lebih lagi.
10. Jujitsu dengan seni kunci dan pergelutan - ADA DALAM SILAT malah lebih lagi.
Cukup setakat ini contohnya.

4. PETUA – Merupakan “PAKAIAN” buat GURU-GURU SILAT MELAYU. Petua merupakan Keputusan Ilmu berdasarkan PENGALAMAN atau ILHAM Guru-Guru silam. Ia mampu untuk memendekkan masa pengamalnya untuk menguasai sesuatu Ilmu yang dipelajari. Bahkan melalui PETUA juga Ilmu yang dipelajari menjadi lebih EFEKTIF dan MERBAHAYA. Pernahkah tuan/puan dengar cerita-cerita yg mana seorang Guru Silat Melayu yang cuma berbadan kecil tetapi mampu menewaskan musuh yg bersaiz besar?

Hanya menggunakan satu jari tapi mampu menjatuhkan lawan dgn mudah? Hanya berkain sarung tetapi mampu menewaskan sekump**an musuh yang ramai dan siap bersenjata lagi? Itulah hebatnya PETUA. Tetapi yang lebih hebat adalah sikap seorang GURU SILAT yang mampu MENYIMPAN RAHSIA ini! Mereka hanya curahkan Petua ini pada yang benar-benar layak sahaja. Itulah yang dikatakan seorang yang berADAB dengan ILMU dan AMANAH dalam menyimpan Rahsia. DARI MANAKAH DATANGNYA AJARAN YANG MURNI INI?

SPIRITUAL

Dalam bab spritual ini, Bangsa Melayu memang amat terkenal dengan kehebatannya. Banyak hal yang ingin sang faqir kongsikan, cuma pada post kali ini, sang faqir nak senaraikan ILMU-ILMU HIKMAH yang telah diwarisi sejak zaman-berzaman. Antaranya

1. Ilmu Pembias – Kalau tembak peluru terkalih bila hampir sampai ke tubuh.
2. Ilmu Kebal – Tak lut bila ditetak, tak terpotong bila dihiris, tak luka bila ditikam.
3. Ilmu Kunci Senjata – Bila nak tembak tak boleh nak tekan picu.
4. Pasak/Pasung Bumi – Kunci segala gerak sendi musuh.
5. Lipat Bumi – Cepat sampai ke destinasi,ada yang Cuma sekelip mata.
6. Telepati – Berkomunikasi tanpa suara.
7. Jurus Angin/Kipas Nandung – Pukulan jarak jauh.
8. Ilmu Pembisa – Setiap pukulan akan lekat bisa pada musuh.
9. Ilmu Pemantas/halilintar– Pergerakan tangan kaki jadi cepat pada pandangan musuh.
10. Ilmu Pelimun – Ghaib pada pandangan musuh.
11. Ilmu Meraga Sukma – Mampu keluar dari Jasad (Roh idhofi tetap ada dlm jasad)
12. Ilmu Terawangan – Mampu meneroka melalui kuasa minda.
Dan pelbagai lagi.

Sekelian Ilmu di atas merupakan PENGETAHUAN BANGSA MELAYU AKAN RAHSIA DIRI DAN ALAM. Ianya juga mampu untuk diterangkan secara saintifik dan juga secara metafizik. Sememangnya tiada unsur yg melibatkan campurtangan jin pada asalnya. Cuma, bila mana ada segelintir manusia yang MALAS BERAMAL dan MENGAJI dengan PENDITA GURU, maka mereka mengambil jangan yg singkat (ditipu oleh jin) supaya dapat mencapai sepertimana ILMU-ILMU diatas.

Sifu Pak Lang Nordin melakukan urutan kaki reflexology .Insyallah pesakit akan menjalani rawatan urutan seluruh badan se...
03/12/2019

Sifu Pak Lang Nordin melakukan urutan kaki reflexology .Insyallah pesakit akan menjalani rawatan urutan seluruh badan selepas ini.Health is wealth...

03/12/2019

PERGURUAN SENI TEMPUR "MIX MARTIAL ART "AKAN DI BUKA DI NANS GARAGE
NANTIKAN ......

03/12/2019

SENI MEMPERTAHANKAN DIRI

Seni Pertahanan Diri merupakan satu kaedah yang wujud bagi seseorang mempertahankan diri
daripada serangan musuh.
Ia merupakan kaedah berlawan secara tradisi dengan atau tanpa menggunakan senjata.
Seni Pertahanan Diri telah lama wujud sejak berkurun abad dahulu.
Pada zaman dahulu, adalah menjadi satu amalan setiap orang terutamanya kaum lelaki harus
mempelajari dan mempunyai ilmu pertahanan diri.
Boleh dikatakan hampir setiap negara mempunyai seni pertahanan diri yang berkembang hasil
cetusan tempatan atau diubah suai daripada seni bela diri luar yang meresap masuk
seterusnya menjadi budaya sesuatu kaum atau masyarakat.

Seni Persilatan Melayu

Seni silat begitu sinonim dengan bangsa Melayu. Ia wujud sejak zaman-berzaman.
Ada yang menganggarkan seni ini telah berusia beratus-ratus tahun dan diperturunkan
dari generasi ke generasi Silat berbeza dengan seni beladiri yg lain kerana
Silat merupakan ilmu kependekaran(beladiri) hak milik orang-orang Melayu yang bukan hanya
terkandung ilmu beladiri semata-mata tetapi dalam ruang lingkup yg lebih luas
iaitu merangkumi adat dan adab bangsa Melayu dan nilai-nilai Islam yang tersemai di dalamnya.
Antara senjata-senjata Melayulama yang sering digunakan oleh pesilat adalah seperti
keris, badik, kerambit, parang, pedang,lading, Tumbuk Lada, tekpi, tongkat, tembongdan sundang.
Silat terbahagi kepada tiga secara umum iaitu Silat pulut adalah biasanya dipersembahkan
pada majlis rasmi dan majlis keramaian seperti majlis perkahwinan manakala silat dari jenis
buah pukul atau seni tempur p**a lebih banyak disorokkan dari pandangan ramai atas
dasar-dasar memelihara seni, muslihat permainan dan beberapa alasan yang lain.
Silat sehingga kini sudah banyak yang dipecahkan alirannya, seperti mana pecahnya silat Gayung
(Gayung Laksamana, Gayung Laksamana Pahang dan lain-lain lagi).
Di Malaysia sahaja terdapat hampir 500 Perguruan Silat

Silambam Seni Pertahanan Diri Kaum India

Silambam merupakan seni mempertahankan diri yang berasal dari negara India.
Dipercayai, ia telah bermula sejak 5,000 tahun lalu di India.
Ia menggunakan tongkat yang diperbuat daripada tongkat buluh bagi mempertahankan diri
daripada serangan binatang buas.

02/12/2019

Bacalah ayat kursi untuk pagar diri dan buang jin, saka, sihir
Baca ayat kursi wakaf 9
sebanyak 11 kali
Setiap kali bacaan lengkap ayat kursi, ulang ayat 8,9 sebanyak 11 kali.
Maksudnya:
Wakaf
1) Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya).
2) Yang tidak mengantuk usahkan tidur.
3a) Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi.
4) Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya.
5) Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka,
6) sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
7) Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi
8) dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya.
9) Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya

02/12/2019

HAKIKAT BUNGA MAWAR

Kitab: Kashf Al-Ghaibiyyat
Oleh: Syeikh Zainal Abidin Al-Fathani

Setiap kali melihat bunga ros / mawar, hendaklah kita berselawat. Begitu juga apabila mencium mahupun tercium wangian bunga ini kerana ianya mengingatkan kita kepada Baginda Rasulullah SAW.

Saiyyidatuna Fatimah Al-Zahra itu adalah daripada Rasulullah SWT. Maka beliau mewarisi lambang bunga mawar ini terhadap Baginda Rasulullah. Dan Fatimah itu sendiri bermakna, Tidak Akan Disentuh Api Neraka.

Al-Zahra = Bunga yang kembang segar mewangi
Al-Zahra = Juga bermakna putih. Maka selayaknya Ros/Mawar putih itu adalah lambang Al-Batul Saiyyidatina Fatimah Al-Zahra’.

Mengikut lagenda Arab, bunga mawar pada asalnya berwarna putih. Satu masa burung Bulbul telah jatuh cinta kepada kecantikan bunga ini sehingga terlalu asyik, lalu burung Bulbul yang tidak pandai bersiul itu mula menyanyi. Oleh kerana terlalu kasih akhirnya Burung Bulbul tertusuk duri bunga mawar ini ke hatinya lalu menjadi merahlah bunga itu.

Setiap tahun, Ka’abah di basuh dengan air bunga mawar ini. Salahuddin Al-Ayyubi selepas menakluk semula Baitul Muqaddis dari penguasaan Kristian telah membasuh seluruh Haram Sharif dengan air Bunga Mawar. D khabarkan 500 ekor unta digunakan untuk membawa air Bunga Mawar ini dari Damsyik.

Bunga Mawar adalah lambang Tasawwuf. Tangkainya yang berduri ialah jerih payah Mujahadah melawan nafsu. Dan bunganya yang harum mewangi cantik ialah hasil kemuncak Mujahadah apabila telah sampai waktunya (Ahli Wusul).

Bunga Mawar juga di gelar sebagai Raja segala bunga atau Ratu Bunga. Mengikut ahli Sufi, bauan Mawar boleh membersih serta meningkatkan kesihatan badan, emosi dan rohani.

Kembang, layu dan kecantikan bunga mawar ini boleh mendekatkan diri kita kepada Allah dan mengenal-Nya, berzikir kepada-Nya.

Hidup Bunga ini mengingatkan kita kepada Al-Hayy. Kembangnya bunga ini mengingatkan kita kepada Al-Muhyi. Cantiknya bunga ini mengingatkan kita kepada Al-Jamil. Indahnya bentuk bunga ini mengingatkan kita kepada Al-Musawwir. Harumnya bunga ini mengingatkan kita Kepada Al-Razzaq. Layu dan matinya bunga ini mengingatkan kita kepada Al-Mumit. Dan begitulah seterusnya tiada pnghujung sehingga Liqa’ Allah.

Address

Nans Garage, Jalan Hj Ahmad Badawi, Kg Paya
Kepala Batas
13200

Telephone

+60194215952

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nan's Garage posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Nan's Garage:

Share

Category