Nursery Kampung Chemomoi

Nursery Kampung Chemomoi anak-anak benih pokok buah dan bunga

20/07/2023

KHASIAT POKOK MALBERI

Beberapa hari yang lalu, sahabat saya, Ustaz Dato' Ibrahim Lai bertandang. Dia bawa seranting pokok Malberi (Mulberry) atau nama saintifiknya Morus Alba. Di Indonesia dipanggil Murbei, di China dipanggil Sangye.

Di Malaysia, daun pokok Mulberry dikenali sebagai daun ulat sutera atau besaram. Kenapa p**ak? Sebabnya, daun Mulberry adalah makanan utama ulat sutera. Tanpa makan daun ini, ulat sutera tidak akan menghasilkan sutera yang baik. Orang belah utara panggil pokok ni BAYAM BATU.

Beriya-iya Ustaz Ibrahim Lai bercerita tentang khasiat pokok Malberi ini Apa tidaknya, dah lama dia mengidap karang dan tekanan darahnya juga tinggi dan kencing tak lawas. Baru-baru ini semasa berada di Pulau Pinang, karangnya menyerang kuat. Dia sakit tak tertahan. Kawannya yang juga berbangsa Cina rebuskan air daun ini. Keesokan hari sakit karangnya hilang. Kencingnya juga lawas.

Kemudian dia buat pemeriksaan darah. Doktor pun tanya apa dia makan sebab darahnya dah normal. Isterinya yang mengidap sakit pinggang juga lega, dah tak sakit. Seorang lagi sahabat yang stroke dah boleh angkat tangan selepas makan air rebusan ini.

Itu yang diceritakan dengan penuh semangat.

Sebenarnya orang Cina termasuk di tanah besar dah lama amalkan iaitu sejak 1800 tahun yang lalu di mana keseluruhan pokok Malberi ini telah dimanfaatkan. Dari buah, ranting, daun dan juga akarnya ada unsur-unsur untuk rawatan penyembuhan.

Buah Mulberry mengandungi asid sitrik, gula dan vitamin C. Daun Mulberry p**a mengandungi adenin, amilas, asid suksinik, karotena dan kolin. Biji Mulberry mengandungi ureas.Kulit akar pokok mulberi mengandungi beta-amirin, minyak meruap, resinotanol dan sitosterol.

Tak hairanlah penggemar ulam menjadikan pucuk daun Malberi sebagai ulam. Rasanya lebih kurang seperti kangkung. Pucuk ni jugak boleh dimasak lemak cili api

Jangan tak tahu, daun mulberi juga boleh dibuat teh. "Teh daun mulberi"...wowww. Teh mulberi ni rasa manis-manis buah walau pun tanpa gula.

Pokok ini telah dikaji oleh pakar kimia. Mereka mendapati daun Mulberi mengandung beberapa ekstrak kimia untuk tubuh seperti ecdysterone, inokosterone, lupeol, betasitosterol, rutin, moracetin, isoquersetin, scopoletin dan pelbagai lagi.

Khasiatnya yang dikata oleh Ustaz Ibrahim betul belaka. Tapi itu cuma beberapa jenis penyakit sedangkan banyak lagi khasiat pokok ini.

Saya turunkan sekali lagi khasiat pokok malberi ini iaitu antara lain dapat membantu mengatasi atau mengurangkan penyakit berikut :

๐Ÿ‘‰Penawar dan mencegah penyakit kencing manis (diabetes)
๐Ÿ‘‰Mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah
๐Ÿ‘‰Mengawal serta mengurangkan tekanan darah tinggi
๐Ÿ‘‰Membantu mengelakkan serangan sakit jantung
๐Ÿ‘‰Membantu dalam kehilangan berat badan
๐Ÿ‘‰Mengurangkan keadaan asma yang teruk
๐Ÿ‘‰Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kekuatan anda
๐Ÿ‘‰Mengurangkan risiko kerapuhan tulang kerana kandungan kalsium yang tinggi
๐Ÿ‘‰Meredakan batuk, perasaan cemas dan kegelisahan
๐Ÿ‘‰Mengurangkan kesakitan ketika datang haid
๐Ÿ‘‰Membantu perjalanan haid yang tidak teratur
๐Ÿ‘‰Menambahkan tenaga
๐Ÿ‘‰*Meningkatkan produksi susu badan*
๐Ÿ‘‰Membantu mengurangkan migraine, s**ar tidur malam (insomnia) dan hipertensi

Pokok malberi mempunyai semua 18 asid amino dan mengandungi vitamin B, B1, B2, C, asid folik, potassium yang amat diperlukan oleh badan kita.

Apa kata kalau kita tanam sepokok dua sebab pokok malberry senang ditanam iaitu hanya dengan keratan batang. Setelah muncul pucuk, buahnya akan menyusul.

Walaupun terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan Mulberry, namun perlulah mendapatkan nasihat daripada pengamal perubatan bagi mengelakkan kemudaratan.

Nak apa2 info tambahan, pls google ya

Rujukan dan kredit pada : Nadzir Shafie

09/07/2023
05/07/2023

Tut guna air hujan.

1. Buang kulit dalam 2cm.
2. Sapukan dengan penggalak akar.
3. Tangkupkan dengan botol mineral, isi air hujan/mineral tanpa klorin.
4. Tutup dengan plastik hitam.
5. Akar banyak dan sedia untuk di semai selepas 4-6 minggu.

Kredit : KGTTS

27/06/2023

Hebahan kursus PERCUMA untuk Pekebun Kecil RISDA.

Kursus Kemahiran Cendawan, Fertigasi, Akuakultur dan Ternakan Ruminan.
Tempoh kursus 4 hari dan wajib dilengkapkan sebanyak 5 siri.
Elaun Sara Diri disediakan.

ANJURAN RISDA Bahagian Program Khas.
Scan untuk pendaftaran segera.

26/06/2023

Orkid berada di dalam family botani orchidaceae. Ia telah wujud sejak lebih 100 juta tahun yang lalu.
Di Asia mempunyai lebih 6000 spesis dan seantero dunia mempunyai lebih kurang 24,000 spesis. Di Malaysia terdapat lebih 1000 spesis orkid dan salah satunya adalah orkid varieti Mokara.
Berdasarkan pemerhatian Jabatan Pertanian, didapati orkid varieti Mokara sangat sesuai dijadikan bunga keratan untuk pasaran tempatan dan eksport. Ini kerana keratan Orkid Mokara tahan lebih lama iaitu selama 14 hari.
Pengeluaran Orkid Mokara yang ditanam di Malaysia lebih berkualiti dari segi panjang tangkai dan jumlah bunga berbanding negara-negara jiran seperti Thailand. Ini kerana iklim di Malaysia lebih sesuai untuk pengeluaran Orkid dan memenuhi keperluan kualiti eksport.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang potensi Orkid Mokara Sebagai Komoditi Eksport, saksikan temubual bersama Ts. Mohamad Nizam Malik, Ketua Unit Industri Florikultur, Bahagian Pembangunan Industri Tanaman, Jabatan Pertanian dalam rancangan Apa Khabar Malaysia di BERNAMA TV saluran Astro 502 pada 27 Jun 2023 (Selasa), jam 9.00 pagi.



Info terkini Jabatan Pertanian : https://t.me/mydoa_hq

YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu
YB Tuan Chan Foong Hin ้™ˆๆณ“็ผฃ
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
BPIT Putrajaya

09/05/2023

๐‰๐„๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐‘๐”๐Œ๐€๐‡ ๐“๐„๐‘๐๐”๐Š๐€ ๐€๐ˆ๐ƒ๐ˆ๐‹๐…๐ˆ๐“๐‘๐ˆ ๐ƒ๐”๐ ๐๐„๐‹๐€๐๐†๐€๐ˆ 2023๐Œ/1444๐‡

๐“๐€๐‘๐ˆ๐Š๐‡ : 13 ๐Œ๐„๐ˆ (๐’๐€๐๐“๐”)
๐Œ๐€๐’๐€ : 0230 - 0500
๐“๐„๐Œ๐๐€๐“ : ๐ƒ๐„๐–๐€๐ ๐…๐„๐‹๐ƒ๐€ ๐Š๐„๐Œ๐€๐’๐”๐‹

๐๐Ž๐“๐€ :
๐‹๐„๐‹๐€๐Š๐ˆ - ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ฑ๐‘ผ ๐‘ฒ๐‘ฌ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘บ๐‘จ๐‘จ๐‘ต/๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘น๐‘บ๐‘ฌ๐‘บ๐‘ผ๐‘จ๐‘ฐ๐‘จ๐‘ต
๐–๐€๐๐ˆ๐“๐€-๐‘ฉ๐‘จ๐‘ฑ๐‘ผ ๐‘ฒ๐‘ผ๐‘น๐‘ผ๐‘ต๐‘ฎ/๐‘บ๐‘ถ๐‘ท๐‘จ๐‘ต

Johari Harun Pelangai "Bersuara Bersama" Dato' Sri Johari Harun

Follow โค๏ธ Like Tiktok KAMPUNG CHEMOMOI
https://vt.tiktok.com/ZS8E7S9TL/

DEGIL2 PUN BANYAK MANFAATNYA TAU..Assalamualaikum sahabat syurga, saya nak share salah satu jenis tumbuhan yang semua or...
30/09/2022

DEGIL2 PUN BANYAK MANFAATNYA TAU..
Assalamualaikum sahabat syurga, saya nak share salah satu jenis tumbuhan yang semua orang tak pandang pokok ni walau pun sebelah mata. Sebab apa?? Mungkin sebab dia adalah tumbuhan yang menyebabkan sahabat2 semua rasa meluat dengan kedegilannya. Buang nanti akan tumbuh lagi, buang tumbuh lagi, kalau tumbuh lagi mesti dah buang.. Kan kan kan???
Siapa pernah tengok pokok rumput ni? Tumbuh subur dimana sahaja tanah yang sahabat2 semua selalu pijak. Saya perkenalkan, inilah Pokok Rumput Sambau, Rumput Degil, Rumput Liat, Rumput Kucing dan tah apa lagi nama orang panggil..
Tepi rumah, belakang rumah, dalam longkang, dalam pasu, tepi jalan, dalam garaj.. Pendek kata semua tempat dia ada. Tebas nanti tumbuh lagi, walaupun diracun, selang 2 minggu Insyaallah dia tumbuh balik.
Biarlah dia dengan caranya yg Allah SWT cipta malinkan untuk manfaat hambanya yang bernama manusia. Sebenarnya kita tak tahu khasiatnya sebeb itu kita meluat, rimas dan menyumpah bagai betul dak?
Bila dah tahu nanti boleh lah amal ya, bila dah tahu jugak nanti jangan la pi cari benih dan tanam p**ak ya hehe.. Jom kita baca dan ambil tahu semua khasiatnya.
๐Ÿ‘‰ AKAR direbus tiada s**atan, ikut selera masing2.
- Kecutkan perut dan usus, kalau rasa perut tak selesa dan sedikit besar kedepan tu boleh lah amal ya.
- Merawat cirit birit, tak kira lah salah makan atau memang rutin mingguan atau bulanan terkena cirit ni. Amal je Insyaallah..
- Bagus untuk turunkan suhu panas yang melampau, selalu demam panas pada kanak2 lah. Bagi je anak minum..
- Penyakit hati bengkak atau apa2 sahaja masaalah pasal hati, bagus untuk amal. Tapi bukan Penyakit Hati yg s**a hantar saka santau kat orang tu ya. Yang tu mau bagi 3x2 atau parang terbang je. Baru dia ada akai..
- Ada orang selalu atau mudah keluar peluh, baru angkat tangan nak suap nasik dan berpeluh, sila amal dengan rela.. Insyaallah.
๐Ÿ‘‰ DAUN..
- Pernah tengok kucing makan daun rumput, haaa ni la antara rumputnya. Dia makan sebab perutnya rasa tak selesa, mungkin jeracunan atau sebagainya. Lepas dia makan, tak lama kemudian dia akan muntah makanan berserta daun rumput yang dia makan. Kita pun boleh cuba kalau keracunan, itu pun kalau sanggup la hehe.
- Segenggam daun dikisar dengan secawan air untuk dijadikan jus. Bagus untuk anak2 yang kecacingan, sama ada cacing pita atau cacing ramu. Try la..
๐Ÿ‘‰ Ni khasiat keseluruhan POKOK bila direbus, rebus akar, batang dan daun ya..
- Merawat sistem salurang kencing, menyah toksin yang melekat atau mengganggu saluran perkumuhan anda.
- Kalau ada masalah kencing tak puas, kejap2 masuk tandas, kejap2 raja air kencing terkeluar. Boleh amal untuk melawaskan kencing, Insyaallah dengan izinnya akan mujarab.
- Bagi yang ada masalah sakit sendi, tak kiralah sendi bahagian mana pun. Bengkak ke, merah2 ke, boleh cuba amalkannya Insyaallah..
- Menurunkan suhu badan yang panas, selalunya bil demam suhu badan akan tunggi kan? Boleh amalkannya. Bukan panas baran yaaa.. Panas baran ni ubat dia pelempang hehe..
- Bagi yang ada masaalah angin pasang, boleh amalkan
air rebusan rumput ni. Tahu angin pasang?? Bukan air pasang tau.
- Yang makan tanpa fikir makanan tu bersih atau sudah rosak, sila stnby dengan segelar air rebuisan rumput sambau ya.. Rasa memulas je perut tu terus minum. Kalau belum berkesan sila amal lagi sampai nampak kesannya..
- Deman kuning selalunya pada bayi yang baru lahir, jadikan air mandian atau titskan kedalam mulut. Insyaallah..
- Penyakit hati bengkak atau apa2 sahaja masaalah mengenai hati, bagus untuk amal.
- Bagi yang ada masalah gigi dan gusi berdarah, boleh amal air rebusan dengan cara berkumur atau meminumnya.. Insyaallah dengan berkat amalan akan sembuh.
Sekian perkongsian pasal Rumput Degil ni, seliat-liatnya pun ada manfaat pada manusia dan haiwan. Manusia ni kalau liat agak susah nak berubat melinkan.. Haa hampa tambah la sendiri hai hai hai...
Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua hingga ke anak cucu, Aminn. Wallahuaqlam..





Kredit : Kamal Fj

JARAK TANAMAN DURIAN.1 ekar = 43,560 kpsJarak tanaman: 43,560 รท (Jarak tanaman yg disyorkan)3 jarak tanaman yg disyorkan...
29/09/2022

JARAK TANAMAN DURIAN.

1 ekar = 43,560 kps
Jarak tanaman: 43,560 รท (Jarak tanaman yg disyorkan)

3 jarak tanaman yg disyorkan:-
1. 40x40 kaki: 27 pokok
2. 35x35 kaki: 36 pokok
3. 30x30 kaki: 48 pokok

Jika ada slope/kecerunan: jarak antara baris pokok boleh buat dekat di antara 20-25 kaki. Sebab bila ada cerun cahaya boleh kena kepada kanopi pokok.

Contoh:
Ada slope/CERUN sekitar 10ยฐ-15ยฐ: jarak yg di pilih 35 kaki (antara pokok) x 25 kaki (antara baris)
Bil. anak pokok yg dpt ditanam = 50 pokok

Selamat Berkebun Durian.
Sumber Kekayaan Baharu Malaysia.

INFO PERTANIAN ๐ŸŒฑ๐ŸชดJabatan Pertanian di bawah program Pendaftaran Varieti Tanaman Kebangsaan telah mendaftarkan beberapa v...
29/09/2022

INFO PERTANIAN ๐ŸŒฑ๐Ÿชด

Jabatan Pertanian di bawah program Pendaftaran Varieti Tanaman Kebangsaan telah mendaftarkan beberapa varieti nanas iaitu bermula dari nanas varieti Moris (AC1) sehingga nanas varieti Cobek (AC13).

Sumber Infografik : Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia





Address

Kampung Chemomoi, Pelangai
Kampong Manchis
28310

Telephone

+60139903126

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nursery Kampung Chemomoi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share