02/06/2026
MAJLIS PERKAHWINAN SUFEA & ZIKRY ✨
Alhamdulillah, selesai sudah sebuah majlis yang penuh indah dan bermakna di Sekamat Grand Palace Event Hall Kajang.
Ribuan terima kasih kepada Puan Siti Salasiah sekeluarga atas kepercayaan yang diberikan kepada Melisa Wedding Event untuk menguruskan hari istimewa ini. Kerjasama dan layanan yang baik daripada pihak keluarga amat kami hargai.
Semoga pasangan pengantin, Sufea & Zikry, dikurniakan rumah tangga yang bahagia, mawaddah wa rahmah, serta dipenuhi keberkatan hingga ke akhir hayat. 🤍
Terima kasih kerana memilih Melisa Wedding Event sebagai sebahagian daripada kenangan terindah anda.
“Mencipta Detik Indah, Mengukir Kenangan Abadi.”
💍✨