Kopi Nanas Ngencess HQ

Kopi Nanas Ngencess HQ Keunikan rasa COFFEE NGENCESS membuatkan hidup anda penuh makna dan ceria. Sehari tidak berCOFFEE NGENCESS, tidur tak lena. Dasyat penangan COFFEE NGENCESS

Layan kopi nanas waktu hujan rintik pon layan jugak..Syok oooo
01/09/2025

Layan kopi nanas waktu hujan rintik pon layan jugak..
Syok oooo

[ RISIKO PINDAH MILIK HARTA KETIKA HIDUP ]Kaedah yang paling sesuai jika ingin mewariskan hartanah/rumah kepada anak-ana...
20/08/2024

[ RISIKO PINDAH MILIK HARTA KETIKA HIDUP ]

Kaedah yang paling sesuai jika ingin mewariskan hartanah/rumah kepada anak-anak adalah dengan pindah milik. Kebanyakan mak ayah kita buat macam ni kan? Mungkin anda juga berfikiran yang sama, terus pindah milik di Pejabat Tanah.

Tapi ingat !

Lihat situasi semasa anda, kenali anak anda, ketahui waris anak anda jika sudah berkahwin dan sebagainya. Antara risiko yang bakal dihadapi jika melakukan pindah milik harta ketika hidup :

1. Adalah hak mutlak si anak untuk menjual hartanah/rumah tanpa perlu meminta izin kepada pemilik asal kerana ianya adalah milik sempurna kepada si anak.

2. Jika pemilik baru p**a meninggal dunia terlebih dahulu, maka hartanah/rumah tersebut akan diwarisi oleh waris kepada pemilik baru tersebut. Manakala pemilik asal cuma akan mewarisi sebahagiannya sahaja.

3. Tidak boleh menukar hak milik tanpa keizinan daripada pemilik baru. Sudah ada kes yang dilaporkan apabila si anak menghantar ibunya ke rumah orang tua disebabkan pasangan tidak sehaluan dengan mertuanya.

Jadi, sebenarnya ada kaedah terbaik untuk mewariskan hartanah/rumah kepada si anak tersebut tanpa mengabaikan kebajikan si pemberi iaitu dengan DOKUMEN HIBAH. Kenapa perlu gunakan kaedah hibah?

a) Jika menepati rukun dan syaratnya, maka hibah akan terlaksana dengan sempurna. Pemberian dilakukan ketika hidup, pertukaran hak milik berlaku selepas kematian si pemberi.

b) Kebajikan pemberi lebih terjamin, kasih sayang akan terjalin di atas pemberian tersebut di antara penerima dan pemberi tersebut.

c) Hibah kepada anak, cucu dan ke bawah seterusnya boleh ditarik balik.

d) kos perkhidmatan untuk turun milik lebih rendah berbanding pindah milik.

Jadi, yang mana satu pilihan nak pindah milik atau nak hibah kan?

Selamat Hari Kopi Sedunia..
30/09/2021

Selamat Hari Kopi Sedunia..

Hari Kopi Sedunia: 10 fakta mengejutkan tentang kopi

Tarikh 1 Oktober tahun ini telah dipilih sebagai Hari Kopi Sedunia oleh Pertubuhan Kopi Antarabangsa. Ia dianjurkan sebagai meraikan kopi sebagai antara minuman paling digemari masyarakat.
Sempena sambutan ini, mari kita lihat 10 fakta menarik tentang kopi yang mungkin mengejutkan anda.
1. Sekump**an masyarakat etnik di Ethiopia dikatakan antara yang pertama mengesan khasiat kafein dalam kopi. Ia terjadi apabila kambing peliharaan mereka mula menunjukkan keaktifan luar biasa selepas diberi kopi.
2. Anda biasa minum kopi sebaik sahaja bangun tidur? Tak perlu! Ini kerana manusia menghasilkan sejenis hormon dipanggil cortisol apabila bangun daripada tidur. Hormon ini sudah lebih dari cukup untuk menyedarkan anda daripada rasa mengantuk. Sebaiknya, minum kopi selepas kira-kira sejam anda bangun.
3. Buah kopi dipanggil coffee berries. Ia sejenis buah yang boleh dimakan dengan biji kopi di dalamnya. Ramai memanggilnya sebagai bean atau kacang kerana bentuk buah itu yang menyerupai kacang.
4. Turki, pada satu ketika dahulu, pernah melaksanakan undang-undang yang menyatakan seorang isteri boleh menuntut cerai jika suaminya tidak memberikannya bekalan kopi yang mencukupi!
5. Kopi berada di tempat kedua dalam senarai minuman paling pop**ar di dunia, selepas air kosong (plain water).
6. Kesan kopi boleh dirasai selepas hanya kira-kira 10 minit selepas meminumnya.
7. Antara kebaikan kopi adalah mencegah penyakit Alzheimer, Demensia, Parkinson dan jantung. Ia juga membantu anda membakar lemak.
8. Kopi paling mahal di dunia adalah Black Ivory Coffee, dan ia diperbuat daripada najis gajah. Harga kopi ini secawan adalah kira-kira AS$50 (RM220).
9. Minum 100 cawan kopi sehari cukup untuk membunuh seorang manusia.
10. Kopi segera (instant coffee) dicipta oleh lelaki bernama George Washington pada tahun 1906. Ia bagaimanapun tidak mendapat sambutan kerana rasanya yang teruk.

Jangan lupa temu janji kita esok 1 Oktober 2021 (Jumaat) bersama meraikan Hari Kopi 2021 Jabatan Pertanian.





☕️NAK CARI KOPI DENGAN RASA YANG AWESOME DAN KHASIAT?☕️Rasailah aroma dan khasiat   dengan ekstrak buah NANAS dan arabic...
14/09/2020

☕️NAK CARI KOPI DENGAN RASA YANG AWESOME DAN KHASIAT?☕️
Rasailah aroma dan khasiat dengan ekstrak buah NANAS dan arabica white coffee ! Pastinya tidak mengecewakan selera anda!
Dapatkan sekotak Kopi Nanas Ngencess dengan harga mampu dimiliki, juga boleh di jadikan hadiah cenderamata kerana Kotak nya yang exclusive kecil dan mudah dibawa.
Nikmati kesedapan Kopi Nanas Ngencess dalam setiap cawan yang sentiasa yakin dengan Gabungan Buah Kopi Dan Nanas Yang Premium.
Klik link ini untuk info produk >> http://www.wasap.my/601123304796/agen

Air Nanas Panas boleh menyelamatkan andaNanas Panas >< dapat membunuh sel kanser!✓Potong 2-3 serpihan nanas tipis dalam ...
10/10/2019

Air Nanas Panas boleh menyelamatkan anda

Nanas Panas >< dapat membunuh sel kanser!

✓Potong 2-3 serpihan nanas tipis dalam secangkir, tambahkan air panas, itu akan menjadi "air alkali", minum setiap hari, itu baik untuk siapa saja.
✓Air Nanas Panas melepaskan zat anti kanker, yang merupakan kemajuan terbaru dalam pengobatan kanker yang efektif di bidang medis.
✓Sari buah nanas panas memiliki efek untuk membunuh kista dan tumor.
✓Air Nanas Panas dapat membunuh semua kuman dan racun dari dalam tubuh akibat dari alergi
✓Jenis pengobatan dengan ekstrak nanas hanya menghancurkan sel-sel ganas, itu tidak mempengaruhi sel-sel sehat.
✓Selain itu, asam amino dan polifenol nanas dalam jus nanas dapat mengatur tekanan darah tinggi, efektif mencegah penyumbatan pembuluh darah dalam, menyesuaikan sirkulasi darah dan mengurangi pembekuan darah.

Setelah membaca, beri tahu yang lain, keluarga & teman.
Jaga Kesehatanmu Sebelum Sakitmu Datang...!
Semoga Bermanfaat.

Kredit : ai ni

Selamat Menyamubut Hari KEMERDEKAAN ke-62Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih
31/08/2019

Selamat Menyamubut Hari KEMERDEKAAN ke-62
Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih

IKRAR RUKUN NEGARA

Bahawasanya Negara kita, Malaysia mendukung cita-cita hendak:
mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya;
memelihara satu cara hidup demokratik;
mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama;
menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak; dan
membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN;
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA;
KELUHURAN PERLEMBAGAAN;
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG;
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

Selamat Menyamubut Hari KEMERDEKAAN ke-62
Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih

PENCEMARAN PASIR GUDANGPembangunan Pasir Gudang yang TIDAK dirancang untuk kekal lama dan tidak dipelihara ternyata memb...
28/06/2019

PENCEMARAN PASIR GUDANG

Pembangunan Pasir Gudang yang TIDAK dirancang untuk kekal lama dan tidak dipelihara ternyata memberi kesan jangka panjang yang NEGATIF terhadap alam sekitar.

Pada ketika ini, Pasir Gudang mempunyai sebanyak 2,005 buah kilang berlesen dan 250 daripadanya adalah kilang berasaskan bahan kimia.

✅ Kepadatan industri kimia yang TINGGI menyebabkan sisa buangan ke persekitaran termasuk udara, tanah dan sungai.

✅ Alam sekitar juga menjadi TEPU dengan pelbagai gas atau wap yang terampai di udara

✅ Pelepasan sisa buangan yang tidak dikawal rapi ke perparitan dan saliran sekali gus menyebabkan persekitaran menjadi AMAT SENSITIF

✅ TIADA zon penampan (buffer zone) antara industri berasaskan bahan kimia dengan kawasan sekolah, perumahan dan pusat aktiviti masyarakat

✅ Selain itu, terdapatnya sekolah yang kedudukannya amat dekat dengan kilang-kilang ini.

Bagi menangani isu ini MESTECC akan mengambil langkah SEGERA untuk mewujudkan satu sistem yang mampu memberi analisa dan pencerapan gas automatik yangn yang dapat memberi amaran awal bencana kimia yang lebih cekap dan pantas.

Kejadian ini membuktikan kepentingan untuk memastikan pembangunan sesebuah kawasan perlu seiring dengan penjagaan alam sekitar.

Alam sekitar yang "dikhianati" dan dicemari manusia akhirnya akan membawa BENCANA kepada manusia sendiri.

Sumber: 𝗣𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗘𝗦𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛 𝗛𝗢𝗟𝗜𝗦𝗧𝗜𝗞 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗠𝗜𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗝𝗔𝗛𝗧𝗘𝗥𝗔𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗡𝗔𝗠𝗕𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗘𝗞𝗢𝗡𝗢𝗠𝗜 𝗗𝗜 𝗣𝗔𝗦𝗜𝗥 𝗚𝗨𝗗𝗔𝗡𝗚, MESTECC

Menu baru harus cubaSale paling tinggi adalah chocolate jadi kami olah untuk kepuasan tekak korang..Yang nak rasa buah N...
17/02/2019

Menu baru harus cuba

Sale paling tinggi adalah chocolate jadi kami olah untuk kepuasan tekak korang..

Yang nak rasa buah Nanas yg power boleh try Fantasy.. terawan awangan beb!!!

BOLEH DAPATKAN DI LOKASI BERHAMPIRAN ANDA ANTARANYA:-

1. FOODTRUCKS DESA TEBRAU
2. FOODTRUCKS U SENTRAL MASAI
3. KIOSK KIPMART MASAI
4. CAFE UTHM BATU PAHAT
5. KIOSK SKS MALL BANDAR PENAWAR
6. EVENT2 SEKITAR JB

Address

9, Jalan Padi Mahsuri 12, Bandar Baru Uda
Johor Bahru
81200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kopi Nanas Ngencess HQ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kopi Nanas Ngencess HQ:

Share