๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ท๐—ฒ๐—ธ ๐— ๐˜†๐—ž๐—ฎ๐—ต๐˜„๐—ถ๐—ป - ๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—ž๐—”๐—›๐—ช๐—œ๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐—•๐—”๐—›๐—ฅ๐—จ, ๐—ฆ๐—ž๐—จ๐——๐—”๐—œ & ๐— ๐—”๐—ฆ๐—”๐—œ

  • Home
  • Malaysia
  • Johor Bahru
  • ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ท๐—ฒ๐—ธ ๐— ๐˜†๐—ž๐—ฎ๐—ต๐˜„๐—ถ๐—ป - ๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—ž๐—”๐—›๐—ช๐—œ๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐—•๐—”๐—›๐—ฅ๐—จ, ๐—ฆ๐—ž๐—จ๐——๐—”๐—œ & ๐— ๐—”๐—ฆ๐—”๐—œ

๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ท๐—ฒ๐—ธ ๐— ๐˜†๐—ž๐—ฎ๐—ต๐˜„๐—ถ๐—ป - ๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—ž๐—”๐—›๐—ช๐—œ๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐—•๐—”๐—›๐—ฅ๐—จ, ๐—ฆ๐—ž๐—จ๐——๐—”๐—œ & ๐— ๐—”๐—ฆ๐—”๐—œ DAFTAR ->> www.projekmykahwin.com
Call/whatsapp +6012-4701252

"๐—ž๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฎ๐—บ๐—ถ ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐˜๐˜‚ ๐—ฏ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—น ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ป ๐˜‚๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐˜๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ถ๐—ท๐—ถ๐—น ๐—ธ๐˜‚๐—ฟ๐˜€๐˜‚๐˜€ ๐—ฝ๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ต๐˜„๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฑ๐—ถ๐—ถ๐—ธ๐˜๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—ณ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ต ๐—น๐˜‚๐—ฝ๐˜‚๐˜. ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ธ๐—ต๐—ถ๐—ฑ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐—ป๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐˜ ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐—ต๐˜„๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐˜๐˜‚ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฒ๐˜†๐—ฎ๐—ธ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—น๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ฝ ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—บ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฟ๐˜‚๐—บ๐—ฎ๐—ต๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ"

JOM SERTAI KURSUS PRA PERKAHWINAN 2025 DI JOHOR BAHRU, SKUDAI & MASAI!Khas untuk bakal pengantin! Lengkapkan persiapan a...
06/05/2025

JOM SERTAI KURSUS PRA PERKAHWINAN 2025 DI JOHOR BAHRU, SKUDAI & MASAI!
Khas untuk bakal pengantin! Lengkapkan persiapan anda dengan kursus kahwin yang diiktiraf.
โœ” Penceramah bertauliah & berpengalaman.
โœ” Sijil kursus ini boleh digunakan untuk proses nikah di seluruh Malaysia.
โœ” Dewan kuliah selesa & berhawa dingin.
โœ” Kemudahan surau & tempat letak kereta.
โœ” Makanan & minuman disediakan sepanjang kursus.
โœ” Sijil diberikan selepas kursus selesai.
Tempat TERHAD setiap minggu! Jom daftar SEKARANG untuk tarikh terdekat. Jangan tunggu saat akhir!
Layari sekarang:
www.projekmykahwin.com
Untuk pendaftaran & maklumat lanjut.








Jodoh itu cerminan diri kita.Jadi, mulakan dengan memperbaiki diri dan serahkan pilihan kepada yang Maha Mengetahui. Sem...
18/11/2024

Jodoh itu cerminan diri kita.
Jadi, mulakan dengan memperbaiki diri dan serahkan pilihan kepada yang Maha Mengetahui. Semoga kita semua ditemukan dengan pasangan yang terbaik untuk dunia dan akhirat.. Aamiin ๐Ÿคฒ




Kalau kita nak memilih seseorang untuk dijadikan pasangan hidup. Maka pilihlah dia yang paling bersungguh nak menghalalkan kita. Effort dia untuk ke next step tu ada. Kita nampak semua usaha dia. Baik jumpa mak ayah, buat kerja lebih masa dan sebagainya. Bukan hanya dia pandai cakap I love You tapi lembu pun boleh terbang. Nak kahwin tapi persiapan masih zero.

Dah datang berjumpa mak ayah tapi masih lagi tak bersungguh nak berkahwin. Sekarang bukan lagi satu kepastian kalau seseorang tu dah datang berjumpa kedua mak ayah kita. Dia akan berkahwin dengan kita. Dia ikhlas nak dekat kita. Kerana hanya akad yang indah menjadi bukti cinta sebenar. Perasaan cinta dan sayang saja masih tak cukup. Cinta tak boleh menghilangkan rasa lapar disaat kamu kelaparan. Apatah lagi ketika kau tengah kebuluran sebab tak makan.

Kita bukan hidup dalam alam fantasi, atau hidup dalam novel cinta yang penuh dengan rekaan. Sedarilah kita berdiri pada bumi yang nyata.

Dan satu lagi.

Nak pilih dia jadi pasangan hidup kita. Biar dia sayang kita lebih dari kita sayangkan dia. Sebab itu adalah tanda dia ikhlas mahu hidup berdua dengan kita. Tapi kalau kita ni dah tak lagi diperlukan. Menghargai tapi dihargai. Better angkat kaki je. Kenapa kita nak menghargai seseorang yang tak menghargai kita? Move on. Usah terus berharap pada hati yang dah tak sudi menerima kita.

Last but not least,

Carilah pasangan hidup yang boleh menjadikan kehidupan kita lebih baik. Boleh sama-sama berusaha untuk perbaiki diri. Bukan hanya kehidupan untuk dunia saja. Tapi juga kehidupan untuk akhirat. Bila kita tak solat dia mengingatkan kita tentang solat, jangan tinggalkan solat 5 waktu walau sibuk mana pun kita dengan dunia.

Dan jangan memilih pasangan hidup semudah kita nak membeli kangkung di pasar pagi. Sedang kangkung yang kita pilih pun belum tentu masih elok. Apatah lagi nak mencari pasangan hidup. Memilih pasangan hidup ni ibarat kita nak membina sebuah rumah. Jika tiang yang kita bina utuh maka potensi untuk rumah tu bertahan lama adalah sangat tinggi. Maka begitu juga sebaliknya jika kita hanya mencari pasangan hidup sekadar tangkap muat. If you know what i mean.

Hidup berdua ni kalau boleh biar jodoh kita dan dia kekal sampai syurga Allah, kalau terputus di dunia kita berharap dan berdoa, minta supaya Allah satukan di akhirat sana. Itu tujuan kita berkahwin. Bukan sekadar berkahwin untuk hidup berdua di dunia saja.

Dan kepada kalian yang dah bercinta bertahun-tahun. Dah kenal lama bukan satu jaminan yang kamu dah kenal diri dia yang sebenar. Nak kenal diri dia yang sebenar bagaimana. Nikahi dia. Jangan sangka apa yang kita rasa baik untuk kita itu adalah baik buat kita. Sebab boleh jadi dia yang kita anggap jodoh kita. Sebenarnya adalah jodoh orang lain. Jadi bersederhanalah dalam berkasih.

Buat kalian yang tengah menanti hari bahagia. โ€œSirru Ala Barakatillahโ€ berjalanlah di atas keberkatan Allah SWT. Binalah hubungan rumahtangga kalian dengan taqwa dan rasa takut yang tinggi kepada Allah. Dan buat kalian yang masih single, usah lah merasa diri tak laku di mata orang lain. Kerana kita ada bahagia kita masing-masing.

Allah knows what is the best for you. ๐Ÿ˜Š

Kredit : The Muhammad Shafri

Pasangan suami isteri yang telah bercerai dengan talak 1, di mana talak ini bukanlah perceraian yang muktamad. Berikut a...
07/10/2024

Pasangan suami isteri yang telah bercerai dengan talak 1, di mana talak ini bukanlah perceraian yang muktamad. Berikut adalah huraian lanjut:

1. Status Suami Isteri:
Setelah talak 1, suami isteri tersebut masih dianggap sebagai suami isteri dari segi hukum Islam kerana mereka berada dalam tempoh iddah (tempoh menunggu). Pada waktu ini, mereka masih boleh kembali bersatu (rujuk) tanpa perlu melakukan akad nikah yang baru, selagi mana tempoh iddah belum tamat.
2. Tempoh Iddah:
Iddah adalah tempoh menunggu yang ditetapkan oleh syariat Islam selepas perceraian atau kematian suami. Dalam konteks talak 1, tempoh iddah ini berlangsung selama tiga kali suci bagi isteri (bagi yang masih haid). Tempoh ini mempunyai hikmah tersendiri, iaitu memberi peluang kepada suami dan isteri untuk muhasabah (merenung dan menilai kembali) keputusan yang diambil, serta memikirkan dengan baik tentang masa depan mereka.
3. Muhasabah dan Fikiran Matang:
Tempoh iddah juga berfungsi sebagai masa untuk pasangan menenangkan diri, berfikir secara matang tentang hubungan mereka, serta mempertimbangkan sama ada ingin merujuk kembali dan memperbaiki perkahwinan atau meneruskan perceraian. Ia merupakan peluang untuk merenung kelemahan dan kesilapan masing-masing, serta mencari penyelesaian yang terbaik.
Kesimp**annya, talak 1 bukanlah akhir hubungan suami isteri, sebaliknya satu fasa yang memberikan ruang untuk mereka membuat keputusan yang lebih baik demi masa depan perkahwinan mereka.

Dengan izin Allah, setiap pekerjaan yang dilakukan dengan ikhlas dan penuh dedikasi akan mendapat ganjaran yang besar.Se...
01/05/2024

Dengan izin Allah, setiap pekerjaan yang dilakukan dengan ikhlas dan penuh dedikasi akan mendapat ganjaran yang besar.
Selamat Hari Pekerja, teruskan usaha anda dalam mencari keredhaan Allah.



Selamat menyambut Nuzul Al-Quran kepada semua umat Islam. Marilah kita bersyukur atas nikmat petunjuk yang Allah kurniak...
27/03/2024

Selamat menyambut Nuzul Al-Quran kepada semua umat Islam. Marilah kita bersyukur atas nikmat petunjuk yang Allah kurniakan kepada umat manusia. Semoga kita sentiasa mendapat hidayah dan rahmat-Nya.


๐Ÿฒ ๐—ง๐—ถ๐—ฝ๐˜€ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ท๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฅ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—”๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—น๐—ณ๐—ถ๐˜๐—ฟ๐—ถ! Hari Raya Aidilfitri semakin hampir, persediaan adalah kunci untuk mem...
22/03/2024

๐Ÿฒ ๐—ง๐—ถ๐—ฝ๐˜€ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ท๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฅ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—”๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—น๐—ณ๐—ถ๐˜๐—ฟ๐—ถ!
Hari Raya Aidilfitri semakin hampir, persediaan adalah kunci untuk memastikan perayaan ini berjalan lancar dan tersusun. Untuk membantu anda bersedia dengan lebih baik, berikut adalah 6 tips penting yang boleh anda ikuti sebelum menyambut kedatangan Hari Raya yang dinanti-nantikan!
Perlu beringat, bersederhanalah dalam membuat persiapan dan mengikut dengan kemampuan anda. Hari Raya adalah tentang berkongsi kegembiraan dan kasih sayang, bukan tentang kemewahan.
Anda ada lain-lain tips dan pendapat, boleh berkongsi bersama kami. Terima kasih..









"Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosa kami dan terimalah akhirat kami dengan rahmat dan keampunan-Mu. Berikanlah kami ke...
14/03/2024

"Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosa kami dan terimalah akhirat kami dengan rahmat dan keampunan-Mu. Berikanlah kami kekuatan untuk menjalani kehidupan ini dengan penuh ketaatan kepada-Mu, agar pengakhiran kehidupan kami di dunia ini diberkati dan diterima di sisi-Mu. Lindungilah kami dari siksa kubur dan berikanlah kami tempat yang mulia di sisi-Mu di akhirat kelak. Ya Allah, terimalah kami dalam rahmat-Mu yang luas. Aamiin.." ๐Ÿคฒ

Nabi saw berkata,
apabila kita dimasukkan ke dalam kubur,
badan kita bersandar dengan batu, tanah dan kain kapan..

Akhirnya dihadapkan ke arah kiblat..
Dibuka muka kita,
p**i kita akan kena tanah..
Duduk dalam kubur menghadap kiblat.

Suami, isteri, anakยฒ menangis..
Selepas itu,
diambil papan lalu ditutup..

Tanah pun diturunkan secara perlahanยฒ..
Bila sudah sampai separuh kubur,
tukang kubur pun naik melompat ke atas..
Bila melompat naik ke atas, tutup..!
Dipijakยฒnya kubur.

Nabi saw berkata,
bila orang yang hantar kita ke kubur mula berpaling muka ke belakang,
kita mendengar bunyi derapan tapak kaki mereka p**ang..
Derapan kakiยฒ mereka kita boleh dengar..
Maka pada saat itulah,
roh kita akan duduk..
Duduknya roh dan kaki melunjur..
Badan tegak.

Maka pada masa itulah,
kita akan memanggil orangยฒ yang menghantar kita ke kubur..
Kalau adik yang hantar,
kita akan memanggil adik kita.

"Adik, jangan tinggalkan abang, abang takutโ€ฆ"

Suami memanggil si isteri,
โ€œSayang, jangan balik..tunggu abang Pahโ€

Isteri tak mendengar..
Isteri membawa cerek dan daun pandan balik sambil lap air mata..

Sayang macam mana pun isteri kita,
dia akan balik..
Dia tidak akan tengok..
Dia tetap balik.

Selepas itu,
kita akan melihat anakยฒ kita balik..
Kita panggil anakยฒ,
tapi tak dengar..

Selepas mereka semua pergi,
datanglah dua malaikat..
yang hitam keduaยฒnya..
yang biru keduaยฒnya..
Dan kita dengar langkah kaki malaikat lebih kuat daripada langkah kakiยฒ orang yang balik tadi..
Siap dengar bunyi rantai yang dibawa lagi..
Lagi menakutkan.

Yang tak pernah senyum dan ketawa,
malaikat masuk terus menghadap dan memanggil kita,

"Hai manusia!"

Malaikat tak kata,
"Hai ustaz, hai ustazah".
Malaikat tak panggil begitu.
Malaikat pun tak kenal kita.
Malaikat tak memanggil hajjah atau haji, Datuk Datin tapi memanggil "Hai manusia!โ€

"Hai manusia, apa pendapat kamu tentang Muhammad bin Abdullah..?"
Itulah pertanyaan dia..

Maka kita akan menjawab,
"Dia itu adalah hamba Allah, dia adalah pesuruh Allah..
Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allahโ€.

Kalau itulah jawapan kita,
selamatlah kita..
Dia tak bertanya lagi,
"Ma Robbuka..? Ma Nabiyyuka..?".

Kalau lulus pertanyaan ini,
maka lepaslah pertanyaanยฒ lain..
Maka, malaikat tadi mendengar apa yang kita jawab..
Malaikat berkata,
"Kami sudah tahu kamu akan jawab seperti itu. Kami tanya untuk pastikan bahawa kamu orang yang baik".

Maka, kata malaikat kepada kita,
"Tidurlah kamu di dalam kubur ini seperti tidurnya pengantin".

Nabi Muhammad S.A.W kata,
kalau kamu orang yang baik,
akan diluaskan kuburnya seluas 70 hasta,
dilebarkan 70 hasta dan dicerahkan kubur kamu.

Walaupun mayat tak boleh beritahu kita,
Nabi sudah khabarkan pada kita.
Itulah untungnya kita menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W.

Sesungguhnya bekal yang paling baik adalah taqwa.

Jagalah solat kita.

Allahuakbar!

Rasulullah S.A.W bersabda:

"Barang siapa yang menyampaikan 1 ilmu sahaja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala."
(HR. Al-Bukhari)

Yang ucap aamiin semoga akhir hidup kita semua berada di dalam Husnul Khotimah.

Aamiin Ya Robbal'aalamiin.

Semoga bermanfa'at.

โ€œHari ini kita sedekahkan Al-Fatihah untuk orang lain, esok lusa mungkin orang p**a sedekahkan Al-Fatihah untuk kitaโ€.

Semoga rahmat dan redha Allah swt kepada semua pembaca..

Masih boleh mencuba variasi cara memasak telur untuk mengekalkan kepelbagaian dalam hidangan dan memudahkan persiapan sa...
12/03/2024

Masih boleh mencuba variasi cara memasak telur untuk mengekalkan kepelbagaian dalam hidangan dan memudahkan persiapan sahur..
Tapi tengok menu macam lebih kurang sama.. ๐Ÿ˜‰

๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜‰
25/01/2024

๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜‰

๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜‰
14/01/2024

๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜‰

NI BARU CALON ISTERI..............

LELAKI: saya nak bagi RM6000 untuk mas kahwin awak..

PEREMPUAN: RM6000? semurah itukah saya ?

LELAKI: errrmmm..ok ,RM10 ribu ..

PEREMPUAN: kalau RM10 ribu..rantai leher saya pon rm10 ribu . kiranya saya ini hanya seperti rantai leher ? yang akan awak hancurkan bentuknya dan buat lain apabila puas dengan bentuk yg lama ?

LELAKI: ok !!! RM20 ribu ..

PEREMPUAN: kereta VIVA saya berharga 40 ribu..bermakna saya lebih murah dari kereta VIVA disisi awak ?

LELAKI: ok,,,RM50 ribu

PEREMPUAN: adakah itu harga saya ? bangunan KLCC tupun berharga jutaan ringgit

LELAKI: ok,,,baiklah , awak letaklah sendiri berapa harga awak .saya akan bayar

PEREMPUAN: awakkkkk .. diri saya TERLALU mahal..sehingga awak x dapat nak BELI . cukuplah awak bagi 100 ringgit sahaja..bukan kerana harga saya . tapi kerana perintah Agama yg mewajibkan mas kahwin .. mas kahwin or hantaran mahal belum tentu boleh menjamin kebahagiaan . cukup sekadar mengikut KEMAMPUAN dan BUKAN MEMBEBANKAN .

*how sweet ?so dear girl jgn sesekali jual diri walaupun semasa hantaran and dear boys jgn sesekali beli perempuan

๐—”๐—น๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—ฑ๐˜‚๐—น๐—ถ๐—น๐—น๐—ฎ๐—ต.. ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐—ป๐—ถ๐—ฎ๐—ต! kepada Syarikat Pulai Utama Management atas penerimaan permit penganjuran Kursus Pra Perkahwina...
23/12/2023

๐—”๐—น๐—ต๐—ฎ๐—บ๐—ฑ๐˜‚๐—น๐—ถ๐—น๐—น๐—ฎ๐—ต..
๐—ง๐—ฎ๐—ต๐—ป๐—ถ๐—ฎ๐—ต! kepada Syarikat Pulai Utama Management atas penerimaan permit penganjuran Kursus Pra Perkahwinan Islam dari Bahagian Undang-Undang Syariah Jabatan Agama Islam Negeri Johor.
Kepercayaan yang diberikan menunjukkan pengiktirafan terhadap komitmen syarikat dalam menyokong persediaan perkahwinan dalam masyarakat islam di Malaysia umumnya dan Negeri Johor khususnya.
Semoga kursus ini memberi manfaat yang besar kepada mereka yang menghadirinya. Tahniah sekali lagi!
---------------------
PENDAFTARAN Kursus Kahwin Negeri JOHOR 2024 Semudah "3 LANGKAH", Layari www.projekmykahwin.com









**aiutamamanagement

Address

62-02, Jalan Padi Emas 4/1, Bandar Baru Uda
Johor Bahru
81200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ท๐—ฒ๐—ธ ๐— ๐˜†๐—ž๐—ฎ๐—ต๐˜„๐—ถ๐—ป - ๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—ž๐—”๐—›๐—ช๐—œ๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐—•๐—”๐—›๐—ฅ๐—จ, ๐—ฆ๐—ž๐—จ๐——๐—”๐—œ & ๐— ๐—”๐—ฆ๐—”๐—œ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to ๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ท๐—ฒ๐—ธ ๐— ๐˜†๐—ž๐—ฎ๐—ต๐˜„๐—ถ๐—ป - ๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—ž๐—”๐—›๐—ช๐—œ๐—ก ๐—๐—ข๐—›๐—ข๐—ฅ ๐—•๐—”๐—›๐—ฅ๐—จ, ๐—ฆ๐—ž๐—จ๐——๐—”๐—œ & ๐— ๐—”๐—ฆ๐—”๐—œ:

Share

Our Story

Tempahan kursus kahwin semudah "3 LANGKAH", layari www.kursus-kahwin.blogspot.com atau whatsapp En Razis 012-7991252 @ klik ->> http://projekmykahwin.wasap.my . Tqvm :)