Kursus Kahwin Johor HQ

Kursus Kahwin Johor HQ Menyediakan khidmat kursus kahwin. Terdapat 5 lokasi kursus sekitar Johor.

โ€ผ๏ธTIPS PERKAHWINAN : PROSEDUR NIKAH ๐Ÿฅฐ1. Bagi bakal pengantin lelaki dan perempuan, mereka haruslah menghadiri KURSUS PRA...
27/12/2023

โ€ผ๏ธTIPS PERKAHWINAN : PROSEDUR NIKAH ๐Ÿฅฐ
1. Bagi bakal pengantin lelaki dan perempuan, mereka haruslah menghadiri KURSUS PRA-PERKAHWINAN terlebih dahulu samada secara โ€˜onlineโ€™ atau ke lokasi kursus.
2. WAJIB membuat UJIAN HIV dimana-mana klinik/hospital kerajaan bagi kedua-dua pasangan didalam tempoh 6 bulan sebelum majlis pernikahan berlangsung.
3. Mengisi borang permohonan pernikahan secara online dalam tempoh 3 bulan sebelum tarikh majlis.
4. Borang permohonan pernikahan diisi dengan lengkap dan dokumen sokongan dilampirkan sekali.
5. Dapatkan pengesahan dari Penolong Pendaftar Nikah Qariah.
6. Dapatkan kebenaran berkahwin dari Pejabat Agama Islam Daerah.
7. Akad nikah berlangsung.
8. Surat perakuan nikah boleh diambil di Pejabat Agama Islam Daerah.
PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN OLEH PEMOHON BAKAL PENGANTIN LELAKI ๐Ÿ‘‡๐Ÿป
1. Isikan borang
2. Dapatkan borang pemeriksaan ujian darah/HIV dari klinik/hospital kerajaan yang berhampiran.
3. Lampirkan dokumen sokongan seperti berikut :
โ€ข SALINAN KAD PENGENALAN/PASSPORT (Jika pemohon warganegara asing)
โ€ข SALINAN KAD PENGENALAN 2 ORANG SAKSI/PASSPORT
(Jika saksi warganegara asing)
โ€ข SALINAN SIJIL KURSUS PRA PERKAHWINAN
(Diiktiraf oleh JAKIM/ JAIS/JAWI/JAIN dan Jabatan Agama Islam Negeri)
โ€ข KEPUTUSAN UJIAN SARINGAN HIV
โ€ข SALINAN BORANG PERMOHONAN 2A (Jika pemohon nikah luar daerah/Negeri/Negara)
โ€ข SURAT PENGESAHAN MASTAUTIN PEMOHON DARIPADA PENGHULU/KETUA KAMPUNG/NAZIR MASJID/PENGERUSI JKKK/PENGERUSI JAWATANKUASA PENDUDUK TAMAN PERUMAHAN
(Bagi pemohon yang mempunyai perbezaan alamat tempat tinggal dengan alamat didalam kad pengenalan).
โ€ข SURAT PERAKUAN CERAI/KEMATIAN PASANGAN DAN SALINANNYA.
(Jika pemohon duda)
โ€ข SURAT ATAU KAD PERAKUAN ISLAM DAN SALINANNYA.
(Jika pemohon Saudara Baru)
โ€ข SURAT KELULUSAN DARI KAGAT/PDRM.
(Jika pemohon anggota Tentera/ Polis)
โ€ข SURAT KEBENARAN BERKAHWIN DARIPADA KONSULAT ATAU KEDUTAAN DAN IMEGRESEN.
(Jika pemohon warganegara asing)
4. Jadi, bila borang dan dokumen sokongan dah lengkap, maka bakal pengantin lelaki boleh la mula mendapatkan pengesahan daripada Penolong Pendaftar Nikah Qariah. Tetapi harus diingat, bakal pengantin lelaki perlu membawa bersama 2 orang saksi.
5. Pemohon juga boleh pergi ke Pejabat Agama Islam Daerah jika Penolong Pendaftar Nikah Qariah sedang bercuti ketika itu. Pastikan borang-borang tersebut telah dicop rasmi dan disertakan tarikh sekali oleh penolong pendaftar nikah/pegawai di Pejabat Agama Islam Daerah.
6. Okey, dah settle bab borang.
Pemohon hendaklah mendapatkan kebenaran berkahwin dari Pejabat Agama Islam Daerah. Tetapi, harus diingat, permohonan nikah yang telah diluluskan oleh Pejabat Agama Islam Daerah hanya boleh digunakan selama 3 bulan sahaja.
7. Setelah semua urusan oleh pihak lelaki telah selesai, semua borang ni boleh di serah kepada pihak perempuan.
Kenangan SEKALI SEUMUR HIDUP mesti nak yang TERBAIK.
Credit : Ariff Magika
โ€œNak Kursus Kahwin ? Ingat Kursus Kahwin Johor Hqโ€ ๐Ÿ˜
SEAT TERHAD PADA 100 ORANG PESERTA YG TERAWAL SAHAJA SETIAP SESI. KLIK LINK DI BAWAH UNTUK BOOKING SEKARANG! ๐Ÿ”ฅ
-----> www.wasap.my/601111116055/Daftar kursuskahwin2024

Kursus Kahwin Paling Syiok Di Johor๐Ÿ”Š๐Ÿ”Š๐Ÿ”Š ๐ŸŒน๐ŸŒนWarga Johor, inilah masa sesuai untuk anda mengikuti kursus pra perkahwinan di ...
27/12/2023

Kursus Kahwin Paling Syiok Di Johor๐Ÿ”Š๐Ÿ”Š๐Ÿ”Š

๐ŸŒน๐ŸŒนWarga Johor, inilah masa sesuai untuk anda mengikuti kursus pra perkahwinan di sekitar Johor ....๐ŸŽˆ๐ŸŽˆ๐ŸŽˆ

Jika anda inginkan sijil sepantas kilat, disinilah anda boleh dapatkan sijil selepas tamat sahaja kursus nanti, caranya amat mudah & senang sahaja..๐Ÿ’—๐Ÿ’—๐Ÿ’—
Yang dah ada pasangan boleh ajak pasangan, yang masih single mana tau jumpa jodoh mase kursus nanti๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„

๐Ÿ’ต๐Ÿ’ตYuran hanya RM150 (selaras & ditetapkan Pejabat Agama Johor)

๐Ÿ“ฑ๐Ÿ“ฑTempahan boleh dibuat dengan hanya whatsapp
>nama
>no ic
>tarikh kursus pilihan

Ke
http://www.wasap.my/601111116055/DaftarKursusKahwin2024

Facebook : Kursus Kahwin Johor HQ
Website : http://www.daftarkursuskahwin.com

โš โš Peringatan : Jom cepat buat tempahan kerana tempat adalah TERHAD setiap sesi...

Dipersilakan kawan kawan yang belum ambil kursus kahwin. TQ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Hukum lelaki memakai inai.- Lelaki tidak boleh pakai inai (henna) dijari kerana menginai kuku adalah feminis. Fiqh Syafi...
27/12/2023

Hukum lelaki memakai inai.

- Lelaki tidak boleh pakai inai (henna) dijari kerana menginai kuku adalah feminis. Fiqh Syafi'iy mengharamkan lelaki berinai di kuku (Al-Nawawi, Al-Majmu' : 1/292).

P/S: Perkahwinan sekalipun, inai utk lelaki tetap tak boleh ye. Take note.

**Kepada yg masih ragu2 betul ke tidak lelaki blh pakai inai? blh klik link ni utk keyakinan dan kepastian. jgn gaduh2 ok.

pencerahan dari Ustaz Azhar idrus, Klik:
1. https://youtu.be/ztseqHUv8Do

2. https://www.youtube.com/watch?v=9_A99e71qgA

  BARANG RUMAH YANG SEBAIKNYA ADA BILA MULA NIKAH!1. Bila mula hidup, sediakan keperluan asas dalam rumah tangga kita. J...
11/08/2022



BARANG RUMAH YANG SEBAIKNYA ADA BILA MULA NIKAH!

1. Bila mula hidup, sediakan keperluan asas dalam rumah tangga kita. Jangan samakan zaman mak ayah kita dan zaman kini.

2, Elakkan buat hutang beli perabot rumah, jauhi hutang perabot ini. Semua ada susut nilai.

3. Belajar beli sikit sikit waktu bujang juga baik sebenarnya jika dah ada calon.

4. Kualiti hidup kita mesti lebih baik zaman hidup bujang dari kehidupan lepas kahwin. Ada yang tak kena kalau lepas kahwin kualiti hidup makin merosot.

5. Jangan fokus pada majlis kahwin, fokus pada kehidupan lepas kahwin. Jika majlis kahwin RM10,000, kehidupan lepas kahwin juga lebih mahal dari itu.

6. Jangan bazirkan majlis kahwin beli bunga, hias pelamin yang makan belanja dan hanya untuk 5-6 jam sahaja sedangkan boleh dapat sebuah mesin basuh untuk pakai lama.

7. Sewa rumah lepas kahwin sahaja jika sebulan RM800, deposit 2+1 sahaja sudah RM2400 belum deposit api air dan selengara lagi.

adik adik,

Rancang kehidupan dengan baik dan jangan hanya berserah pada takdir. Tadbir dengan baik

Untuk dapatkan kursus pra-perkahwinan boleh klik link di bawah

Www.wasap.my/60177015102/nakdaftar

Kursus Kahwin Paling Syiok Di Johor๐Ÿ”Š๐Ÿ”Š๐Ÿ”Š ๐ŸŒน๐ŸŒนWarga Johor, inilah masa sesuai untuk anda mengikuti kursus pra perkahwinan di ...
22/06/2021

Kursus Kahwin Paling Syiok Di Johor๐Ÿ”Š๐Ÿ”Š๐Ÿ”Š

๐ŸŒน๐ŸŒนWarga Johor, inilah masa sesuai untuk anda mengikuti kursus pra perkahwinan di sekitar Johor secara online sahaja...DUDUK RUMAH JER.๐ŸŽˆ๐ŸŽˆ๐ŸŽˆ

Jika anda inginkan sijil sepantas kilat, disinilah anda boleh dapatkan sijil selepas tamat sahaja kursus nanti, caranya amat mudah & senang sahaja..๐Ÿ’—๐Ÿ’—๐Ÿ’—
Yang dah ada pasangan boleh ajak pasangan, yang masih single mana tau jumpa jodoh mase online nanti๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„

๐Ÿ’ต๐Ÿ’ตYuran hanya RM120 (selaras & ditetapkan Pejabat Agama Johor)

๐Ÿ“ฑ๐Ÿ“ฑTempahan boleh dibuat dengan hanya whatsapp
>nama
>no ic
>tarikh kursus pilihan

Ke
http://www.wasap.my/60177015102/jomkursuskahwin2021

Facebook : Kursus Kahwin Johor HQ

โš โš Peringatan : Jom cepat buat tempahan kerana tempat adalah TERHAD setiap sesi...

Dipersilakan kawan kawan yang belum ambil kursus kahwin. TQ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

PESAN USTAZ EBIT BUAT SUAMI YANG LAYAN HANDPHONEsoalan paling banyak dari wanita dan ramai mereka menangis bertanya baga...
17/05/2021

PESAN USTAZ EBIT BUAT SUAMI YANG LAYAN HANDPHONE
soalan paling banyak dari wanita dan ramai mereka menangis bertanya bagaimana nak tarik perhatian suami supaya suami tidak sibuk tengok whassap dan hp jer? 7pagi keluar rumah balik 7 petang.
Tengok hp 8mlm sampai 2 pagi.
Betapa mereka rindukan suami yang mereka telah dinikahkan dan yang mereka cintai. Mereka sibuk urus keluarga dan anak-anak 24 jam. Sampai rumah sibuk pegang hp.
Lepas tu baru sekejap di rumah dah keluar rumah. Asyik mengadap phone jer. Bila panggil suami tak pernah menyahut. Bila bercakap tak mahu dengar. Anak-anak semua kena marah bila ajak bermain. Begitulah sehingga isteri bawa anak-anak tidur.
Suami main gadget Takde langusung bantu kerja rumah. Takde langsung nak gurau-gurau dengan anak. Isteri macam orang gaji.
Tidak dibelaidisayangi dan diberi perhatian..
Betapa hebat wanita seperti ini.
Wanita bila diambil diakad nikah mereka serahkan semuanya setia buat suaminya sampai mati..ya Allah bantulah wanita yang diuji begini.
Buat suami dan diri saya sendiri.
Fikirkanlah isteri berusaha nak menambat hati kita. Kita juga haruslah fikir untuk menambat hati mereka. Menawan hati mereka. Hargai dan sayangi mereka.
Beli buku hadis di kedai dan baca bersama isteri dan anak-anak. Al-Quran dan Hadis membuat hidup keluarga kita tenang..rumah kita menjadi seperti Bintang yang bercahaya disisi pe ghuni langit. Beli dulang makan bersama-sama satu bekas paling kurang sehari sekali.
Suapkan isteri dan anak-anak..
Berkasih sayang semasa makan.
Sebuah keluarga selalu bergaduh Nabi saw ajar makan berjemaah. Hati jadi rapat.
Makan dan rasa air tangan satu sama lain.
Tiada jurang lagi. Rasa satu hati. Satu jiwa. Satu keluarga. Beli beg masa bersama keluarga ambil semua hp simpan dalam beg manggakan. Ilmu dan semua cerita boleh bincang bersama keluarga..
Allah merahamti keluarga berkasih sayang. Allah beri rezeki melimpah ruah dan rezeki kesihatan dan panjang umur. Waktu Maghrib beli kain kapan balut tv sampai 9.30mlm. Innalilahi wa inna ilaihi rajiun. Itu masa berharga bersama keluarga.
Prime time bukan untuk tv tapi untuk kenal Allah dan Nabi saw kepada ahli keluarga melalui Ta'lim dan Majlis ilmu.. Ayah ajar anak-anak bantu ibunya di rumah. Sama-sama gotong royong.
Semua orang soleh rajin dan s**a memasak.
S**a cuci tandas. S**a khidmat.
S**a khidmat anak-anak.
S**a mudahkan urusan isteri. S**a dahulukan orang lain atas diri sendiri. Inikan p**a isteri kita..sentiasa nak gembirakan suami dan anak-anak.
Malam-malam tidurkan anak-anak dengan cerita-cerita Nabi saw sahabat rhum dan kisah teladan. Setelah itu belai isteri. Picit dan peluk mereka dan ucap i love u sayang. Terima kasih jadi isteri tercinta. Yang setiap hari berkorban. Seorang ketua tidak akan tidur sehingga memastikan semua ahli keluarganya dengan lena..
Pastikan semua selamat. Baru tidur dan bangun awal berdoa bersyukur atas nikmat keluarga ini. Menangis depan Allah. Adukan kegembiraan kesedihan kesusahan kepada Allah.
Kemudian kejut isteri dan anak-anak bangun Tahajud paling kurang 2 rakaat dan Solat subuh awal waktu.
- Ebit Lew

Kursus Kahwin Paling Syiok Di Johor๐Ÿ”Š๐Ÿ”Š๐Ÿ”Š ๐ŸŒน๐ŸŒนWarga Johor, inilah masa sesuai untuk anda mengikuti kursus pra perkahwinan di ...
17/05/2021

Kursus Kahwin Paling Syiok Di Johor๐Ÿ”Š๐Ÿ”Š๐Ÿ”Š

๐ŸŒน๐ŸŒนWarga Johor, inilah masa sesuai untuk anda mengikuti kursus pra perkahwinan di sekitar Johor.๐ŸŽˆ๐ŸŽˆ๐ŸŽˆ

Jika anda inginkan sijil sepantas kilat, disinilah anda boleh dapatkan sijil selepas tamat sahaja kursus nanti, caranya amat mudah & senang sahaja..๐Ÿ’—๐Ÿ’—๐Ÿ’—
Yang dah ada pasangan boleh ajak pasangan, yang masih single mana tau jumpa jodoh di tempat kursus nanti ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„

๐Ÿ’ต๐Ÿ’ตYuran hanya RM120 (selaras & ditetapkan Pejabat Agama Johor)

๐Ÿ“ฑ๐Ÿ“ฑTempahan boleh dibuat dengan hanya whatsapp
>nama
>no ic
>tarikh kursus pilihan
>lokasi pilihan

Ke
http://www.wasap.my/60177015102/jomkursuskahwin2021

Facebook : Kursus Kahwin Johor HQ

โš โš Peringatan : Jom cepat buat tempahan kerana tempat adalah TERHAD 150 orang sahaja setiap sesi...

Dipersilakan kawan kawan yang belum ambil kursus kahwin. TQ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Ingat ye ๐Ÿ˜‰Semua benda kena kongsi bila dah berkahwin  ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜
15/04/2021

Ingat ye ๐Ÿ˜‰
Semua benda kena kongsi bila dah berkahwin ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜

Sedikit pesananKredit: Rumahtangga Bahagia Selamanya
15/04/2021

Sedikit pesanan
Kredit: Rumahtangga Bahagia Selamanya

Isteri Diam BukanTanda Semua "OK"Hari ini saya mahu cerita. Mungkin suara segelintir isteri. Ya mungkin juga bukan suara...
15/04/2021

Isteri Diam Bukan
Tanda Semua "OK"
Hari ini saya mahu cerita. Mungkin suara segelintir isteri. Ya mungkin juga bukan suara semua. Dulu, apabila saya penat semua saya cerita dengan suami. Saya membebel dan bercakap pasal semua penat saya.
(MEMBEBEL ya. Bukan MELUAHKAN. MELUAHKAN sangat positif. MEMBEBEL negatif. Baca terus hingga perenggan akhir nanti).
Apabila saya mula mendidik anak sepenuh masa, saya p**a belajar komunikasi teknik Nabi SAW dalam parenting, saya jadi bercakap
perkara-perkara yang penting dan bagus saja. Walaupun hari itu saya lalui dengan teruk sekali. Ia bagus supaya minda saya kekal positif.
Apabila saya asyik merungut dan menyebut-nyebut perkara negatif, saya akan jadi lebih negatif.
Suami, isteri kalau yang pandai kawal emosi mereka banyak diam. Mereka telan dan selesaikan.
Semua masalah hiruk pikuk di rumah
semua selesai sendiri. Daripada tak dapat makan dengan tertib, mandi dan urus diri dengan sempurna, semua dia diam.
Diam dia bukan dia OK dengan semua ini. Diam dia kerana dia mahu kekal POSITIF menjalankan tugas dia sebagai isteri dan ibu.
Suami, tak banyak pun perlu buat. Apabila balik kerja, beli makanan kegemaran dia.
Hari-hari pun tak apa. Suami saya selalu beli nescafe ais ikat tepi kegemaran saya walaupun kadang-kadang lupa. Suami kata tak elok.
Tapi saya teringin juga
Air sejuk itu buat saya gembira dan kurang penat. Kalau isteri gemar makan mahal-mahal, dan kalau hari-hari beli pokai juga
, beli hadiah kecil-kecil yang comel. Di kedai Hinode pun banyak.
Suami, apabila balik kerja, nampak isteri sibuk kalut, terus ambil anak-anak, suruh isteri masuk bilik rehat 30 minit, biar urus diri.
Atau
kalau anak-anak sudah besar, bawa keluar jalan-jalan. Sekurang-kurangnya dapat isteri tadi bersosial dengan whatsapp group kawan- kawan solehah dia atau buat posting ilmiah di FB.
JGN LOKEK PUJI ISTERI...
Itu sebagai BOOSTER untuk tenaga dia sampai keesokan hari.
Suami, apabila balik, tak banyak, sekali puji dan ucap terima kasih.
Ya Allah, isteri, sekali tuan-tuan cakap โ€œTerima kasih jaga anak-anak,
sayang memang isteri dan ibu yang bagusโ€. Percayalah walaupun dia macam malu-malu kucing, dalam hati dia macam ada gendang yang
dipalu-palu. Gitu.
Suami, apabila malam sudah tenang-tenang, tanya soalan, โ€œHarini sayang okay?, Sayang buat apa?โ€ Walaupun tuan-tuan tahu hari-hari buat benda sama. Ya Allah tak tahu kata apa, isteri walaupun dia jawab nak tak nak tapi dia s**a.
Kalau dia stress masa ini dia luah semua.
Ini baru komunikasi positif. Sebenarnya, isteri mahu rasa diberi perhatian saja. Rasa diambil tahu.
Dia bukan minta rumah 10 biji, emas 1
tempayan, dia mahu PERHATIAN, SECURE dan SAYANG.
Barulah jadi suami isteri positif, mendidik anak-anak positif, lahir keluarga positif. Apa-apa kita jumpa di Bangi nanti. Kita story banyak lagi.
Benar Ummu Ilham
(Yang sentiasa mohon Allah jadikan diri yang positif)

Kursus Kahwin Paling Syiok Di Johor๐Ÿ”Š๐Ÿ”Š๐Ÿ”Š ๐ŸŒน๐ŸŒนWarga Johor, inilah masa sesuai untuk anda mengikuti kursus pra perkahwinan di ...
15/04/2021

Kursus Kahwin Paling Syiok Di Johor๐Ÿ”Š๐Ÿ”Š๐Ÿ”Š

๐ŸŒน๐ŸŒนWarga Johor, inilah masa sesuai untuk anda mengikuti kursus pra perkahwinan di sekitar Johor.๐ŸŽˆ๐ŸŽˆ๐ŸŽˆ

Jika anda inginkan sijil sepantas kilat, disinilah anda boleh dapatkan sijil selepas tamat sahaja kursus nanti, caranya amat mudah & senang sahaja..๐Ÿ’—๐Ÿ’—๐Ÿ’—
Yang dah ada pasangan boleh ajak pasangan, yang masih single mana tau jumpa jodoh di tempat kursus nanti ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„

๐Ÿ’ต๐Ÿ’ตYuran hanya RM120 (selaras & ditetapkan Pejabat Agama Johor)

๐Ÿ“ฑ๐Ÿ“ฑTempahan boleh dibuat dengan hanya whatsapp
>nama
>no ic
>tarikh kursus pilihan
>lokasi pilihan

Ke
http://www.wasap.my/60177015102/jomkursuskahwin2021

Facebook : Kursus Kahwin Johor HQ

โš โš Peringatan : Jom cepat buat tempahan kerana tempat adalah TERHAD 150 orang sahaja setiap sesi...

Dipersilakan kawan kawan yang belum ambil kursus kahwin. TQ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Address

Johor Bahru
86000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kursus Kahwin Johor HQ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share