25/06/2025
Detik Aku Jatuh Cinta dengan Dunia Silap Mata
Aku Tarmizi. Semuanya bermula pada usia aku 11 tahun, selepas aku terpaku menonton David Copperfield di TV dia hilangkan patung liberty. Time tu aku terus macam biar betul patung tu hilang, power betullah. Magik! Selepas habis rancangan tu, ayah panggil aku ke sofa ruang tamu.
Dengan senyum misteri, dia tunjukkan beberapa trik magik. Time ni excited betul. Ye la baru tengok magik dalam tv kan.
First sekali ayah aku buat magic kad, dia suruh aku pilih kad, dan masuk semula dalam dek, dan apabila dia tunjuk satu-satu sampai la tiba-tiba dia berhenti dan dia cakap ni kad kau kan. Pergh!!!! Terkejut aku dibuatnya.
And seterusnya, dia mula keluarkan sebatang rokok dari kotak rokoknya, dia tunjuk pada aku, dia gosok-gosok puff! Rokok tadi hilang dalam sekelip mata,di tangannya. Wahhhh! Lepas tu rokok tu dia keluarkan semula dari tangannya. Giler kau! time tu memang rasa mindfreak!
Last sekali dia tunjuk aku, satu syiling 50sen, dia cakap perhatikan syiling ni, ayah akan gosok dia di peha dan lengan bagi dia asah supaya……… "Hosh!" Syiling tu masuk ke dalam kulit lengan dia. Arghhhhh! Ini memang betul-betul giler magik ni.
Aku terbeliak. "Ayah pun pandai buat magic?!”
Dari detik itu, bermulalah dunia magic meresap ke dalam jiwa aku ini. Tak sangka, keajaiban sebenar bukan hanya di TV—tapi di depan mata, dibawakan oleh orang yang paling aku sayangi.
Kalau s**a dengan penulisan aku ni, nanti aku sambung lagi. 😊