27/09/2022
===========
🍽🍽 SAMURAI BEEF BURGER
Bahan2 utk sos :
- 1 cawan nenas masak ranum segar dicincang.
- 1/2 cawan kicap pekat manis.
- 3 sudu besar gula merah / gula perang .
- 2 ulas bawang putih dicincang.
- 1 inci halia dicincang (20gm).
- 1/2 sudu kecil cuka.
- 1/2 sudu kecil minyak bijan.
- 1 sudu besar tepung jagung.
- 1 sudu besar air ais untuk bancuh tepung jagung.
Cara-caranya:
1. Dalam balang blender adunkan kicap, nenas, halia, bawang putih, gula perang, cuka arab, minyak bijan. Kisar semua bahan ini sehingga halus. Nenas akan meninggalkan hampas maka perlu ditapis sos ini.
2. Ambil sebuah cawan kecil bancuh tepung jagung dan air ais. Adunkan dengan baik.
3. Masukkan sos teriyaki yang telah tapis ke dalam kuali dan panaskan sehingga mendidih. Tutup api dapur dan masukkan bancuhan tepung jagung tadi. Adunkan adunan tepung jagung pada sos ini sehingga semua kesan tepung jagung hilang dan sos menjadi pekat.
4. Kalau nak buat burger samurai 'ala McD's daging ayam...ambil dada ayam, ketuk daging sampai ketebalan l***r yang dikehendaki, gunting bulat ikut size roti anda, bakar (grill) dengan marinate apa yg patut..selepas daging m masak, keluarkan dan celupkan daging bakar ayam dalam sos dan aturkan menjadi burger dengan tambah sayuran di atas roti burger.
SELAMAT MENCUBA ❤
✅ Tapi kalau tak ada masa nak masak, datang je ke atau untuk menikmati resepi dapur kami.