04/03/2024
16 Tips ‘Gorgeous’ untuk Bakal Pengantin yang Bertudung
1. Paling utama sebagai pengantin Muslimah, pemakaian tudung yang sempurna mestilah labuh menutupi dada, tidak jarang, longgar dan tidak menampakkan bentuk telinga, tersembunyi dan menyelaputi bahu.
2. Bagi pasangan yang akan melangsungkan pertunangan atau perkahwinan, asas pemakaian tudung ialah anak tudung yang direka mengikut keselesaan dan kesesuaian si pemakainya. Jangan p**a sampai ternampak anak rambut ye.
3. Warna yang sesuai p**a, digunakan untuk majlis bertunang ialah warna biru, jingga, hijau, ungu, merah jambu, dan kelabu. Walau bagaimana padanan warna mengikut cita rasa masing-masing.
4. Pilihan terbaik untuk tudung ialah fabrik lembut yang tidak berkilat. Ini kerana wanita bertudung harus sentiasa berpegang kepada prinsip berpakaian sopan, tidak terlalu menonjol. Menyerlah sedikit daripada orang lain tidak salah agar tetamu tahu anda pengantin.
5. Elakkan memilih kain satin kerana ia berkilat dan panas, membuatkan anda kurang selesa untuk memakainya dalam tempoh yang panjang. Lagipun anda perlu melayan tetamu yang hadir dan bersalaman dengan mereka.
6. Fabrik paling sesuai untuk tudung adalah sifon, georgette, cita, sari dan lace. Ia kurang berkilat dan lembut.
7. Warna yang lembut dan tidak menjolok mata seperti merah samar, biru lembut, krim, kelabu atau putih paling sesuai.
8. Paling praktikal, padankan baju dan tudung sedondon kerana ia memperlihatkan keanggunan dan kelembutan. Walau bagaimanapun boleh menggunakan warna sebaliknya asalkan tidak keterlaluan.
9. Untuk majlis akad nikah, warna lembut seperti krim atau putih adalah pilihan terbaik. Nampak suci dan menawan.
10. Sekiranya layah (veil) yang digayakan sarat dengan hiasan jemeki atau batu permata, tudung yang dipakai mestilah ringkas, polos dan tidak perlu ada hiasan yang berat.
11. Hiasan di layah (veil) juga seharusnya tidak terlalu sarat kerana ia akan membuatkan bahagian kepala dan wajah anda serabut. Ingatlah ‘less is more’.
12. Sekiranya ingin memakai tiara, elakkan menggayakan tiara kecil atau separuh kerana ia akan kelihatan janggal untuk pengantin bertudung.
13. Jika anda ingin menghias layah(veil) dengan renda pastikan memilih renda yang berbunga kecil. Elakkan memilih renda berbunga besar kerana ia membuatkan bentuk wajah anda tidak seimbang.
14. Pemilihan batu permata atau jemeki juga perlu diambil kira. Elakkan memilih batu permata atau jemeki terlalu sarat. Hiasan yang sarat akan membuatkan diri anda tidak ubah seperti penari gelek.
15. Sekiranya majlis pernikahan diadakan di masjid, elakkan fesyen yang keterlaluan, bagi menghormati tempat dan juga majlis yang suci itu, eloklah jika tudung yang dikenakan, nampak sopan dan ayu. Selain itu, pemilihan layah p**a mestilah lebih panjang dan menutup bahagian pinggul.
16. Warna-warna pilihan majlis pernikahan adalah seperti putih mutiara, biru ais, krim, kelabu lembut, biru tirus, ungu kundang lembut dan merah jambu. Majlis pertunangan dan persandingan tidak banyak beza dari segi cara pemakaian tudung. Ia bergantung kepada pasangan untuk kelihatan anggun dan ayu sebagai pengantin Muslimah.
Pakej Perkahwinan di Jaws Crown Event Space
Nak dapatkan info serta keterangan Pakej Perkahwinan dari Jaws Event & Wedding Planner ?
Sila Hubungi https://bit.ly/42GI5n9
Kredit: PICPERFEK