15/05/2022
Local Vibe Global merupakan syarikat perkongsian yang mula ditubuhkan pada 12 Januari 2022, di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Local Vibe menjalankan perniagaan menjurus kepada bidang pengurusan Majlis serta Servis Makanan dan Minuman.
Disamping menceburi dalam bidang tersebut, Local Vibe turut menjalankan perniagaan dalam bidang pembinaan bangunan dan pemasangan pendawaian elektrik.
Walaupun masih baru, Local Vibe komited dalam mempelbagaikan operasinya sejajar dengan pembangunan ekonomi negara yang pesat membangun selepas Pandemik Covid-19 melanda.
Anjuran terkini Local Vibe adalah Pesta Lampu dan Pameran Dinosaur yang dijalankan selama dua bulan bertempat di Downtown Johor Jaya.