Sukarelawan Budaya Perak

Sukarelawan Budaya Perak Sukarelawan Budaya Perak ialah perkumpulan komuniti yang diperkenalkan oleh JKKN bertujuan membangunkan "culture volunteerism" dalam kalangan masyarakat.

FUNGSI DAN PERANAN SUKARELAWAN BUDAYA JKKN PERAK:

1. ‘Mata’ dan ‘telinga’ JKKN dalam aspek seni budaya.

2. Duta kecil JKKN dalam penyebaran dan perkongsian maklumat berkaitan seni budaya.

3. Menjadi ahli produksi, barisan hadapan, bagi program/aktiviti seni budaya JKKN di merata tempat dan peringkat.

4. Menjalinkan jaringan pintar dengan JKKN Negeri, agensi kerajaan dan swasta, komuniti sete

mpat, persatuan penduduk, persatuan seni budaya, pelajar IPTA/IPTS.

5. Menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan sosio-ekonomi setempat.

6. Membangunkan modal insan melalui latihan bersesuaian yang diberikan secara percuma oleh JKKN. KELEBIHAN MENJADI SUKARELAWAN BUDAYA JKKN PERAK:

1. Bagi yang mendaftar sebagai sukarelawan budaya JKKNsecara langsung menjadi ahli sahabat seni budaya JKKN.

2. Sijil penyertaan dari JKKN selepas tamat sesuatu program dan sijil penghargaan kepada sukarelawan contoh.

3. Makan minum/kebajikan disediakan bagi program-program atau aktiviti yang disertai.

4. Mendapat diskaun/potongan harga tiket untuk sebarang pementasan/persembahan di JKKN Perak sebanyak 10% - 30%.

5. Dapat melahirkan sukarelawan budaya yang berkualiti dan memiliki nilai budaya murni yang tinggi.

6. Berpeluang menyertai pelbagai aktiviti secara percuma seperti menjadi peserta kursus, rombongan lawatan, melancong, acara/produksi dan sebagainya.

7. Berpeluang memperolehi cenderamata khas seperti topi, t-shirt, alat tulis dan sebagainya dari penganjur acara.

8. Ahli berdaftar akan diberikan Kad Keahlian Sukarelawan Budaya JKKN Perak dan seorang penggera kawasan (daerah) atau ketua sukarelawan budaya akan dilantik melalui persetujuan dan komitmen.

Address

Urus Setia Sukarelawan Budaya
Ipoh
30350

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 22:00

Telephone

+6052537001

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sukarelawan Budaya Perak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sukarelawan Budaya Perak:

Shortcuts

Share