Ruhani Catering

Ruhani Catering Perkhidmatan katering untuk majlis bersama keluarga, sahabat-handai dan juga korporat. Menu dan ser Antara faktor yang membezakan kami:

1.

Resipi masakan yang diwarisi turun temurun

2. Hanya menggunakan bahan bahan yang Halal dan Baik (halalan thoyyiban)

3. Sajian tidak menggunakan bahan perasa MSG

4. Menu penyajian yang sihat dan seimbang, baik untuk kesihatan

Aku dapat dah ! DOUBLE X dengan NEW & IMPROVED FORMULAAnda nak cuba ? Usia 40 tahun ke atas wajib ambik nutrisi tambahan...
03/09/2022

Aku dapat dah ! DOUBLE X dengan NEW & IMPROVED FORMULA

Anda nak cuba ?

Usia 40 tahun ke atas wajib ambik nutrisi tambahan dari suplimen yang terbaik dari alam & terbaik dari sains . Kalau tidak anda sendiri yang rugi.

Rugi ! Kesian tau .

BENARKAH SANTAN atau MINYAK KELAPA MENINGKATKAN KOLESTEROL?Santan kelapa adalah satu bahan masakan yang digunakan oleh m...
14/11/2017

BENARKAH SANTAN atau MINYAK KELAPA MENINGKATKAN KOLESTEROL?

Santan kelapa adalah satu bahan masakan yang digunakan oleh masyarakat di Malaysia sejak dari dahulu lagi. Masakan seperti rendang dan lemang yang popular semasa sambutan hariraya menggunakan santan dalam penyediaannya. Bagi masyarakat di Negeri Sembilan, masak lemak cili api diamalkan hampir setiap hari juga menggunakan santan. Bukan hanya masyarakat melayu, masyarakat India juga banyak menggunakan santan dalam masakan mereka. Kebanyakan penduduk di Asia Tenggara dan Kepulauan Pasifik adalah pengguna santan dalam masakan harian mereka. Santan selalu dikatakan sebagai lemak yang tidak sihat dan boleh menyebabkan masalah kolesterol tinggi.

Adakah pendapat ini benar dan bersandarkan kajian saintifik yang betul?

Kita selalu dinasihatkan untuk mengurangkan penggunaan santan dalam masakan seharian kita kerana ia mengandungi lemak tepu yang tinggi dan dikatakan boleh menyebabkan masalah peningkatan paras kolesterol dalam darah. Ada juga pakar pemakanan yang mencadangkan penggunaan susu sebagai ganti kepada santan dalam makanan. Dahulu, saya juga selalu menasihati pesakit saya yang mempunyai masalah kolesterol untuk meninggalkan makan santan kerana dahulu saya berpendapat lemak tepu dalam santan boleh menjadi punca meningkatnya paras kolesterol dalam darah.

Setelah membaca pelbagai kajian terkini dalam jurnal-jurnal perubatan saya mendapati kajian-kajian berkenaan penggunaan santan atau minyak kelapa merumuskan fakta yang agak berlainan.

Ironinya terdapat kajian sains mendapati masyarakat yang mengambil santan selalu dalam makanan mereka mempunyai kadar penyakit jantung yang rendah dan paras kolesterol yang rendah juga. Diantara kajian yang dilaporkan dalam jurnal perubatan Asia Pasific pada tahun 2011, yang dijalankan di Filipina mendapati pengambilan minyak kelapa dalam makanan seharian dikalangan wanita pra menopaus meningkatkan kolesterol baik HDL-c dan menurunkan kolesterol ‘jahat’ jenis LDL dan Trigliserida. Oleh itu ia mempunyai faedah kesihatan yang baik menurunkan risiko sakit jantung.

Yang lebih menarik lagi adalah, data dari negara Filipina yang dilaporkan oleh Philipine National Nutrition Survey (PNNS) pada 2003 juga mendapati relatif insiden yang rendah untuk masalah kolesterol berlebihan (hypercholesterolemia), darah tinggi (hypertension), angin ahmar (stroke) dan sakit jantung (angina) dikalangan penduduk di Daerah Bicol yang mengambil santan dan minyak kelapa yang tinggi berbanding daerah lain di Filipina dalam makanan seharian mereka.
Prof Philippe Legrand dari Peranchis yang merupakan seorang pakar biokimia dari Makmal Biokimia dan Pemakanan Manusia di Universiti Agronomidi, Rennes, Peranchis mempunyai pendapat yang sama berkenaan santan dan kesannya kepada paras kolesterol. Beliau menyatakan bahawa bahan didalam santan atau minyak kelapa iaitu asid laurik dan asid miristik iaitu asid lemak dalam kumpulan asid lemak rantaian sederhana (MCFA) lebih cepat dimetabolismakan dalam hati manusia dan menurunkan paras kolesterol oleh itu ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Disamping itu juga santan atau minyak kelapa ini mempunyai kesan positif yang lain seperti anti fungal, anti virus, anti mikrobial dan anti protozoa. Menurut beliau , santan boleh menjadi sebahagian dari diet yang sihat jika diambil secara sederhana dan tidak menyebabkan peningkatan kolesterol dalam darah.

Terdapat juga satu kajian yang dijalankan di Kerala , India yang dilaporkan dalam Indian Journal of Biochemistry pada tahun 2009 yang memberikan kesimpulan yang positif kepada kesihatan dengan pengambilan santan dalam makanan. Kajian ini membandingkan pengambilan minyak kelapa dengan pengambilan minyak bunga matahari dalam pemakanan seharian dan perbezaannya dengan paras kolesterol diantara keduanya. Hasil kajian ini merumuskan bahawa tiada perbezaan diantara pengambilan diantara kedua-dua jenis minyak masak ini dengan paras kolestrol dalam darah. Oleh itu , pendapat yang menyatakan pengambilan santan menyebabkan peningkatan paras kolestrol dalam darah adalah suatu pendapat yang kurang tepat.

Satu lagi kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan pada tahun 1981 berdasarkan kajian yang dibuat di Pulau Puka-puka dan Tokelau di lautan Pasifik yang menunjukkan penduduk di kedua pulau ini tidak mempunyai pesakit jantung koronari lansung, sedangkan sumber pemakanan mereka adalah 64% berasaskan kelapa disamping penduduk pulau ini makan lebih banyak ikan dan karbohidrat dari sumber ubi (keledek, keladi dan ubikayu). Walaupun penduduk di pulau ini mempunyai paras kolesterol yang agak tinggi, tetapi tidak ada seorang pun yang menghidap penyakit jantung. Jelas disini penduduk ini dilindungi daripada penyakit jantung koronari kerana mengambil minyak yang bersifat anti keradangan yang terdapat dalam minyak kelapa iaitu asid laurik dan ikan iaitu Omega 3. Oleh itu adalah pelik apabila minyak kelapa dan santan dipersalahkan selama ini.

Jika kita mengkaji pemakanan penduduk di Malaysia beberapa ratus tahun dulu, kita dapati corak pemakanan yang hampir serupa sebenarnya. Oleh itu jelas masalah sakit jantung koronari yang tinggi sekarang adalah kerana corak pemakanan penduduk Malaysia yang telah berubah dengan pengambilan banyak karbohidrat proses, gula dan asid lemak trans.

Terdapat banyak juga kajian lain yang merumuskan fakta yang bertentangan, tetapi kajian-kajian yang terbaru menunjukkan santan bukanlah faktor utama yang menyebabkan masalah kolesterol yang tinggi. Kajian juga mendapati penduduk dunia yang makan santan setiap hari mempunyai kadar penyakit jantung yang lebih rendah berbanding dengan masyarakat moden yang mengambil makanan segera dan makanan proses.
Kajian-kajian terkini mendapati pengambilan karbohidrat dan gula yang tinggi adalah lebih berkait rapat dengan masalah penyakit kardiovaskular dan peningkatan paras kolesterol berbanding pengambilan lemak atau minyak dalam makanan. Kajian juga mendapati pesakit kencing manis selalunya mempunyai paras kolesterol yang lebih tinggi kerana paras gula yang tinggi dalam darah walaupun tidak makan santan setiap hari.

Walaubagaimanapun, bersederhana dalam pengambilannya santan adalah baik dan mengawal pengambilan GULA yang berlebihan adalah strategi yang lebih baik mengawal paras kolesterol dalam darah dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, Insyaallah.

Wassalam

Dr Norman Mohd Norawi
(MBBS, FAGE, MScAARMAM)

06/11/2017

Sesuatu yang mempunyai kadar gula yang rendah dan bertindak mencuci perut.

Good for you & Good for us.

Sama sama kita amalkan untuk kesejahteraan diri, keluarga dan umat islam keseluruhannya.

01/11/2017

Sayangi buah pinggang kita.

23/10/2017

Air kelapa. Bagus ke Bagus ?

23/10/2017

Tak nak lutut hilang lubricant ?

Lakukan 👇 di bawah.

Pengalaman berjaya.

Satu tip mudah untuk turunkan berat badan | Tip dari Dr Norman.Minum Teh Hijau selalu.Kajian menunjukkan minum teh hijau...
23/10/2017

Satu tip mudah untuk turunkan berat badan | Tip dari Dr Norman.

Minum Teh Hijau selalu.

Kajian menunjukkan minum teh hijau akan meningkatkan metabolisma tubuh kita dan meningkatkan pembakaran lemak oleh bahan aktif dalamnya iaitu katechin.

Paling kurangkan pun biasanya kita minum teh hijau tanpa GULA, oleh itu secara tidak lansung ia mengurangkan pengambilan kalori.

Teh Hijau juga mengandungi bahan anti oksidan dan bahan anti keradangan EGCG yang sangat baik untuk kesihatan umum dan mencegah pelbagai penyakit kronik seperti penyakit kardiovaskular, diabetes dan kanser.

Insyaallah

Tips sihat semasa cuaca panas
23/10/2017

Tips sihat semasa cuaca panas

28/09/2017

Dah Makan ?

Jangan buat perbuatan ni lepas makan. Tabiat amat buruk.

Lihat video.

18/08/2017

STROKE

Nak Awet Muda ? Ambil air kosong
06/08/2017

Nak Awet Muda ?

Ambil air kosong

15/07/2017

Sesuatu yang amat berharga pada limau kasturi yang tubuh kita perlu.

Check it out!

Address

Hulu Langat

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ruhani Catering posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ruhani Catering:

Share

Category