17/07/2022
Segala yang ada di dunia ini bukan milik kita. Yang kita sayang, yang kita pelihara dan segalanya bukan milik kita. Itu hakikat sebenar yang kita banyak tidak perasan ataupun buat-buat tak perasan.
Tetapi ada cara untuk membuatkan ia milik kita dengan izin Allah SWT. Kita infaqkan harta kita dijalan Allah. Kita berikan dengan penuh keikhlasan harta pinjaman dunia yang kita kumpul ini tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
Harta boleh jadi dari segi wang ringgit, tenaga, ilmu yang bermanfaat dan apa juga yang boleh berikan impak positif pada kehidupan orang lain. Selagi mana niat kita kerana Allah SWT, selagi itulah ada balasan yang sedang menunggu. Syarat utamanya adalah ikhlas kerana Allah.
Maka kita mulakan hari kita dengan menginfakkan keistimewaan kita kepada orang sekeliling kita kerana Allah SWT.
Alhamdulillah.
[DS MIRA]