13/02/2026
📢 MAKLUMAN & JEMPUTAN SARINGAN KESIHATAN PERCUMA 📢
Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah (PKDSPT) dengan kerjasama penganjur Karnival Cinta Rasul: Karnival Ihya’ Ramadhan Peringkat Permatang Pauh 2026 akan membuka Booth Saringan Kesihatan Percuma khas untuk orang ramai.
🗓 Tarikh: Sepanjang 2 hari program
⏰ Masa: 9.00 pagi – 3.00 petang
📍 Tempat: Masjid Tengah Berapit (Tapak Karnival Cinta Rasul: Karnival Ihya’ Ramadhan Peringkat Permatang Pauh 2026)
Antara perkhidmatan saringan kesihatan percuma yang disediakan:
✅ Pemeriksaan tekanan darah
✅ Pemeriksaan BMI
✅ Pemeriksaan paras gula
✅ Pemeriksaan paras kolesterol
✅ Konsultasi kesihatan
bersama petugas perubatan
Sehubungan itu, seluruh masyarakat setempat, khususnya penduduk sekitar Permatang Pauh dan Seberang Perai, dijemput hadir beramai-ramai bagi memanfaatkan peluang ini untuk membuat pemeriksaan kesihatan awal demi kesejahteraan diri dan keluarga.
✨ Kesihatan teras kesejahteraan hidup – Jom saring, jom sihat!
Link Channel Rasmi Karnival Cinta Rasul:
https://whatsapp.com/channel/0029VaFAxUn6rsQqCJyOqS2y