03/05/2026
Karnival Bolasepak Piala Prima Bidayuh 2026: N18 Serembu Cemerlang Selaku Tuan Rumah, Edisi Ke-6 Bakal Berlabuh di Bukit Semuja
BAU – Karnival Bolasepak Piala Prima Bidayuh 2026 melabuhkan tirai dengan penuh gilang-gemilang pada Sabtu, 2 Mei 2026, menyaksikan N18 Serembu berjaya melaksanakan tanggungjawab sebagai tuan rumah bagi edisi kelima kejohanan berprestij ini.
Majlis penangguhan rasmi yang berlangsung di Dewan Masyarakat Kampung Kandis Baru, Bau itu telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn. Kehadiran kira-kira 2,000 orang pengunjung yang turut meraikan sambutan pra-Gawai telah menyemarakkan lagi suasana majlis penyampaian hadiah tersebut.
Penganjuran yang Cekap
Penganjuran kali ini mendapat pujian ramai sebagai salah satu yang terbaik setakat ini. Kejohanan tersebut telah menggunakan enam venue padang di kampung-kampung sekitar kawasan N18 Serembu bagi peringkat awal.
Peringkat separuh akhir dan perlawanan akhir bagi ketiga-tiga kategori telah berlangsung dengan sengit semalam, di mana Kpg Merembeh menjadi saksi bagi kategori Veteran, Kpg Skio bagi kategori Pemuda, dan Kpg Kandis Baru bagi kategori Wanita.
Keputusan Rasmi Kejohanan:
Kategori Veteran:
Johan: N18 Serembu
Naib Johan: N23 Bukit Semuja
Tempat Ketiga Bersama: N2 Tasik Biru & N21 Tebedu
Kategori Pemuda:
Johan: N1 Opar
Naib Johan: N19 Mambong
Tempat Ketiga Bersama: N23 Bukit Semuja & N20 Tarat
Kategori Wanita:
Johan: N20 Tarat
Naib Johan: N23 Bukit Semuja
Tempat Ketiga Bersama: N21 Tebedu & N2 Tasik Biru
Anugerah Individu:
Pihak penganjur turut mengiktiraf bakat individu melalui anugerah Pemain Terbaik dan Penjaring Terbanyak:
Pemain Terbaik:
Pemuda: Eddy Anak Meranda (No. 12, N1 Opar)
Wanita: Roslinda Anak Bekerie (No. 2, N20 Tarat)
Veteran: Dennis Anak Ana (No. 6, N18 Serembu)
Penjaring Terbanyak (4 Gol):
Pemuda: Ambross Anak Anyan (No. 7, N1 Opar)
Wanita: Roslinda Anak Bekerie (No. 2, N20 Tarat)
Veteran: Dennis Anak Duya (No. 7, N23 Bukit Semuja)
Penyerahan Obor Kejohanan
Kemuncak majlis adalah gimik penyerahan bola kejohanan daripada YB Dato Miro Simuh, selaku tuan rumah edisi kali ini, kepada YB John Ilus. Penyerahan tersebut menandakan mandat penganjuran bagi edisi ke-6 pada tahun 2027 secara rasminya beralih kepada Bukit Semuja.
Dalam ucapannya, YB Dato Miro merakamkan penghargaan tertinggi kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan karnival ini dan mengucapkan syabas kepada semua pemenang.
Turut menyerikan majlis adalah kehadiran tetamu kehormat lain, antaranya YB Datuk Henry Harry Jinep, YB John Ilus, YB Dr. Simon Sinang, dan YB Martin Ben.