Tarmizi Magic

Tarmizi Magic Magician Artist. Love to share magic art, tricks, superpower, illusion and knowledge. mungkin seni saya berbeza namun saya anak seni juga. peace

Saya anak seni juga cuma bidang saya bukanlah lakonan, nyanyian, tarian atau lukisan. Saya cuma mengambil seni dari sudut berbeza yang telah di cipta berkurun lamanya.

“MALAYSIA KEKURANGAN ILMU MAGIC DALAM BAHASA KITA. KITA NOKTAHKAN HARI INI.”Selepas belasan tahun berkecimpung dalam dun...
22/04/2026

“MALAYSIA KEKURANGAN ILMU MAGIC DALAM BAHASA KITA. KITA NOKTAHKAN HARI INI.”

Selepas belasan tahun berkecimpung dalam dunia silap mata, saya menyedari satu kenyataan pahit: Nak belajar teknik yang betul dan mendalam, hampir 90% rujukan adalah dalam Bahasa Inggeris.

Ramai bakat muda kita terkandas bukan sebab tak ada bakat, tapi sebab tembok bahasa. Ilmu yang sepatutnya menjadi milik semua, akhirnya menjadi eksklusif hanya untuk mereka yang fasih berbahasa asing.

Saya, Iqbal Tarmizi, menulis buku ini untuk anda. Saya mahu meruntuhkan tembok tersebut.

Saya persembahkan Ebook sulung saya: “ASAS: PENGENDALIAN KAD”.

Ini bukan sekadar ebook biasa. Ia adalah naskhah perjuangan saya untuk memartabatkan seni magis di tanah air kita.

KENAPA ANDA KENA DAPATKAN SEKARANG?

📖 86 MUKA SURAT PADAT: Tidak ada “filler”. Setiap muka surat diisi dengan teknik, gambar demonstrasi, dan falsafah yang saya praktikkan sendiri secara profesional di cafe, event, dan persembahan korporat.

🃏 20 BAB TERAS MANIPULASI KAD: Dari teknik genggaman (grip), kocokan (shuffle), sehinggalah ke teknik kawalan (control) dan persembahan master routine yang battle-tested. Semuanya dalam Bahasa Melayu yang mudah hadam.

🗣 BUKAN SEKADAR TEKNIK: Kita kupas tentang Psikologi Penonton, Komunikasi, dan bagaimana membina Karakter peribadi anda.

TAWARAN PELANCARAN KHAS (Masa Terhad!):

✅ Harga Asal: ~~RM 30~~
✅ Harga Diskaun 50%: CUMA RM 15!
(Harga sekotak kad pun dah mahal, tapi ilmu ini anda boleh guna seumur hidup).

🔥 BONUS EKSKLUSIF: SERTAI KOMUNITI SAYA!
Pembelian ebook ini melayakkan anda untuk akses percuma ke “Iqbal Tarmizi Magic Circle” (Grup Komuniti Telegram)

✅ Sesi Live Q&A & Coaching terus daripada saya.
✅ Tunjuk Video Latihan anda & saya akan beri feedback.
✅ Bonus Video teknik yang tidak ada dalam ebook.
✅ Sijil Digital tamat latihan bagi yang aktif.

“Jangan jadi replika ahli silap mata lain. Jadilah versi terbaik diri anda.”

Klik link di bio sekarang untuk dapatkan harga diskaun 50% dan join komuniti saya hari ini! 🃏✨

22/04/2026

Tutorial magic Mudah untuk buat dirumah. Jom belajar.

16/04/2026

Tutorial
False Cut 03

13/04/2026

Tutorial false cut 02
Enjoy.

13/04/2026

False Cut 02
Performance

12/04/2026

Tutorial false cut 01

12/04/2026
RICKY JAY: LEGENDA YANG MENJADIKAN KAD SEBAGAI SENJATA DAN SENI TINGGI.Dalam sejarah silap mata, jarang kita jumpa indiv...
30/03/2026

RICKY JAY: LEGENDA YANG MENJADIKAN KAD SEBAGAI SENJATA DAN SENI TINGGI.

Dalam sejarah silap mata, jarang kita jumpa individu yang dihormati oleh ahli akademik dan juga ahli judi profesional pada masa yang sama. Ricky Jay adalah orangnya. Beliau bukan sekadar memegang kad; beliau menguasai setiap inci molekul kertas tersebut.

"Cards as Weapons": Fizik di Hujung Jari

Ramai orang tahu Ricky Jay boleh baling kad ke dalam tembikai (rekod dunia Guiness!), tapi ramai tak tahu kenapa. Beliau mengkaji aerodinamik kad. Dalam bukunya yang sangat rare dan mahal sekarang, "Cards as Weapons" (1977), beliau membuktikan bahawa dengan teknik flick yang betul, sekeping kad boleh mencapai kelajuan sehingga 90 batu sejam! Beliau boleh memotong kulit pisang atau memecahkan rokok di mulut orang dari jarak jauh. Ini bukan magik, ini adalah penguasaan fizik yang ekstrem.

Murid Kesayangan "The Professor"

Walaupun beliau terkenal dengan balingan, kepakaran sebenar Ricky Jay adalah Close-Up Magic. Beliau adalah antara segelintir manusia yang dibenarkan belajar terus di bawah Dai Vernon dan Charlie Miller. Vernon sendiri mengakui bahawa Ricky Jay mempunyai "tangan yang paling jujur" dalam melakukan teknik yang paling kotor. Teknik Bottom Deal dan Middle Deal beliau sangat halus sampaikan kamera berkelajuan tinggi pun susah nak tangkap penipuan tersebut.

Sarjana & Sejarahwan Magik

Ricky Jay adalah seorang polymath. Beliau memiliki perpustakaan peribadi yang mengandungi ribuan kitab magik kuno yang tidak wujud di tempat lain. Beliau menulis buku-buku sejarah seperti "Learned Pigs and Fireproof Women" yang mengkaji penghibur-penghibur aneh zaman dahulu. Inilah yang membuatkan persembahan beliau sangat unik—beliau tidak hanya buat trick, tapi beliau membawa penonton masuk ke dalam sejarah dan naratif yang sangat intelek.

Ikon Filem & Perunding Hollywood

Kehebatan beliau diiktiraf sehingga ke Hollywood. Beliau adalah orang yang melatih Edward Norton dalam filem The Illusionist dan menjadi perunding untuk banyak filem hebat. Malah, watak beliau dalam persembahan pentas sering kali silent atau penuh dengan bahasa Inggeris klasik yang sangat elegan.

Beliau mengajar kita satu prinsip besar: Seni silap mata bukan sekadar untuk menipu mata, tapi untuk menghargai sejarah, fizik, dan disiplin yang tak berbelah bahagi.

RENÉ LAVAND: MAESTRO SATU TANGAN YANG MENGAJAR KITA ERTI KESABARAN.Dalam dunia silap mata kad, kita selalu kagum dengan ...
23/03/2026

RENÉ LAVAND: MAESTRO SATU TANGAN YANG MENGAJAR KITA ERTI KESABARAN.

Dalam dunia silap mata kad, kita selalu kagum dengan kepantasan tangan. Dua tangan yang laju, keliru, dan 'floury'. Tapi, bayangkan seorang magician yang hanya ada satu tangan, dan dia buat magik tu sangat perlahan, tapi masih boleh kelirukan pakar-pakar magik dunia.

Ini ialah kisah Héctor René Lavandera, atau lebih dikenali sebagai René Lavand.

Tragedi yang Menjadi Keajaiban

René dilahirkan di Argentina. Masa berumur sembilan tahun, hidup dia berubah selamanya bila dia terlibat dalam kemalangan kereta yang tragis. Dia kehilangan tangan kanannya. Ramai orang ingat impian dia nak jadi magician dah musnah.

Tapi René tak berputus asa. Dia mula melatih tangan kirinya. Bukan setakat untuk pegang kad, tapi untuk buat teknik-teknik sleight of hand yang paling susah. Dia paksa diri dia untuk cipta cara baru, teknik baru, dan mekanik baru yang hanya boleh buat dengan satu tangan.

"No Se Puede Hacer Más Lento" (Tak Boleh Buat Lagi Perlahan)

Inilah ‘trademark’ René Lavand yang paling ikonik. Bila dia buat persembahan, dia takkan guna kepantasan. Sebaliknya, dia akan cakap, "It cannot be done any slower" (Tak boleh buat lagi perlahan).

Dia akan buat teknik yang mustahil (macam color change atau production) dengan sangat, sangat perlahan. Kehalusan tangan dia sangat ekstrem sampai penonton boleh tengok setiap pergerakan jari dia, tapi masih tak nampak macam mana dia buat! Ini adalah kemuncak teknik naturalism—magik tu nampak macam terjadi secara semula jadi.

"Casual Magic" & Penceritaan Puitis

René Lavand bukan sekadar magician, beliau adalah seorang tukang cerita (storyteller). Gaya persembahan dia dinamakan "Casual Magic"—dia tak nampak macam buat magik, tapi nampak macam dia tengah bersembang santai sambil pegang kad.

Setiap rutin dia diiringi dengan penceritaan yang puitis, mendalam, dan emosi dalam bahasa Sepanyol. Penonton tak rasa macam tengah ditipu, tapi rasa macam tengah dengar satu puisi yang penuh keajaiban.

Pengaruh & Legasi

Dai Vernon dan ramai pakar magik lain sangat menghormati René Lavand. Beliau membuktikan bahawasanya magik bukan tentang kepantasan, tapi tentang kehalusan, penceritaan, dan yang paling penting, tentang jiwa.

Beliau ajar kita: Kekurangan bukan alasan untuk berputus asa. Kadang-kadang, kekurangan itulah yang menjadikan kita unik dan legenda.

CARDINI: DEDIKASI SEORANG ASKAR, KEHALUSAN SEORANG MAESTRO.Dalam dunia silap mata kad, kita ada ramai "pakar" yang boleh...
22/03/2026

CARDINI: DEDIKASI SEORANG ASKAR, KEHALUSAN SEORANG MAESTRO.

Dalam dunia silap mata kad, kita ada ramai "pakar" yang boleh buat teknik susah atas meja makan. Tapi, bila kita cakap pasal manipulasi kad atas pentas—di mana beratus mata memandang, di bawah lampu spotlight yang panas, dan dalam keadaan memakai sarung tangan—hanya ada satu nama yang berdiri paling tinggi:

Cardini.

Beliau bukan sekadar magician, beliau adalah pengasas kepada gaya persembahan manipulasi kad moden yang kita nampak harini.

Kisah Asal-Usul: Berlatih Dalam "Neraka"

Richard Valentine Pitchford (nama asal Cardini) adalah seorang anak muda Wales yang minat gila dengan magik kad. Tapi, hidup dia berubah bila Perang Dunia Pertama meletus. Dia dipanggil jadi askar dan dihantar ke parit-parit perang (trenches) di Perancis.

Bayangkan keadaan tu: Sejuk gila sampai ke tulang, kotor, dan penuh bahaya. Ramai askar jadi gila atau putus asa.
Tapi Cardini? Dia bawa sepasang kad. Untuk pastikan tangan dia tak beku dan untuk tenangkan fikiran, dia mula berlatih back-palm (teknik sembunyi kad di belakang tangan).

Masalahnya, dia terpaksa pakai sarung tangan tebal untuk panaskan tangan.
Bayangkan kesusahan tu. Teknik yang paling susah untuk dibuat dengan tangan kosong, dia paksa diri dia untuk buat dalam keadaan memakai sarung tangan tebal dalam parit perang! Dedikasi inilah yang membentuk kehebatan dia yang impossible tu.

Keunikan Cardini: "The Silent Deceiver"

Selepas tamat perang, Cardini sedar dia ada teknik yang tak ada siapa boleh lawan. Dia muncul di pentas sebagai "The Suave Deceiver." Watak dia adalah seorang English Gentleman yang nampak macam 'blur' atau tengah mabuk sikit, lengkap dengan tuxedo, top hat, dan monocle (cermin mata sebelah).

Gaya dia sangat unik:

• Persembahan Silent: Dia tak cakap sepatah kata pun. Semua persembahan dia adalah silent dengan diiringi muzik orkestra. Ini memaksa penonton fokus 100% pada kehalusan tangan dia.

• Tangan Bersarung Tangan: Dia tak pernah tanggalkan sarung tangan putih dia. Bila dia petik jari, berpuluh keping kad muncul bertali-arus dari hujung jari dia. Penonton jadi gila sebab mereka tahu betapa susahnya nak buat teknik tu pakai sarung tangan.

• Watak 'Terkejut': Dia tak nampak macam dia yang buat magik tu. Dia buat-buat terkejut bila kad tu tiba-tiba muncul di tangan dia, seolah-olah kad tu yang cari dia.

Pengaruh & Legasi

Dai Vernon sendiri, "The Professor" yang kita dah bincang sebelum ni, sangat menghormati Cardini. Vernon pernah cakap, "Cardini adalah manipulasi kad yang paling sempurna pernah aku tengok."

Pengaruh Cardini sangat besar. Kalau korang tengok mana-mana magician manipulasi kad harini (termasuk yang moden macam Yu Ho-Jin), gaya persembahan silent dan teknik production kad mereka semuanya bermula dari Cardini.

Beliau bukan sekadar magician, beliau adalah artis yang membawa silap mata kad dari hiburan jalanan ke pentas-pentas paling berprestij di dunia, termasuk Royal Command Performance untuk Raja England.

Kisah Cardini ajar kita: Dedikasi yang luar biasa dalam keadaan yang paling susah boleh jadikan kita legenda.

MAGICIAN YANG KENA REJECT SEBAB "TERLALU BAGUS" UNTUK JURI.INI KISAH LENNART GREEN.Dalam dunia silap mata kad, kita bias...
21/03/2026

MAGICIAN YANG KENA REJECT SEBAB "TERLALU BAGUS" UNTUK JURI.

INI KISAH LENNART GREEN.

Dalam dunia silap mata kad, kita biasa tengok ahli sihir yang tangan dia nampak laju, kemas, dan sempurna. Tapi, perkenalkan Lennart Green.

Ahli kad dari Sweden ni bawa satu falsafah yang terbalik: Seni dalam Kekacauan.

Beliau bukan sekadar magician, beliau adalah seorang 'pemberontak' yang membuktikan bahawasanya tak perlu nampak "perfect" untuk jadi yang terbaik.

Falsafah "Chaos": Menipu Otak dengan Kekakuan

Lennart Green ni pakar dalam Sleight of Hand, tapi gaya persembahan dia sangat pelik. Tangan dia nampak kaku, clumsy (bersepah), dan kad nampak macam nak terjatuh setiap masa. Ini adalah tujuan.

Dia sengaja buat persembahan macam tu untuk kelirukan otak penonton. Bila penonton tengok tangan dia "bersepah," mereka akan sangka dia tak pandai main kad sangat, jadi mereka takkan suspect dia boleh buat teknik susah.

Sebenarnya, masa tangan dia nampak kaku itulah, dia tengah buat teknik yang paling mustahil depan mata. Ini adalah misdirection psikologi yang paling genius!

The Infamous FISM Story (Kisah Kena Reject)

Ini kisah yang paling legend pasal Lennart. Pada tahun 1988, dia masuk bertanding kat FISM (Macam World Cup untuk Magician) untuk kategori Close-Up Magic.

Bayangkan, juri-juri pakar magik dunia masa tu tengok persembahan dia. Mereka terpukau.

Tapi, FISM ada satu peraturan ketat: "Dilarang Menipu Juri." (Maksudnya, jangan guna kad yang dah disetup atau kad gimmick penipu).
Juri-juri tu tak percaya apa yang Lennart buat.

Teknik dia sangat bersih sampai mereka tuduh dia guna gimmick cards. Juri-juri FISM masa tu tak percaya manusia boleh buat manipulasi kad setahap tu dengan kad biasa. Akhirnya, Lennart kena DISQUALIFIED.

Ini adalah penghinaan paling besar untuk pakar sleight of hand seperti Lennart—tuduhan dia tak berbakat teknik.

Balas Dendam yang Manis: "Beli Kad Sendiri"

Tiga tahun kemudian (1991), Lennart datang balik ke FISM. Kali ni, dia tak bawa deck kad dia sendiri. Dia suruh juri-juri pakar tu sendiri pergi kedai, beli satu deck kad baru yang masih berbungkus plastik, dan koyakkan plastik tu depan mata juri.

Lennart ambil kad tu dan buat persembahan yang SAMA PERSIS macam tiga tahun lepas—malah lagi gempak! Dia buat The Snap Deal (kad lesap dalam sekelip mata dari tangan bersepah) dengan kad baru yang juri pilih tu. Juri-juri FISM terpaksa mengaku kalah dan mereka terus dinobatkan sebagai Juara Dunia (FISM World Champion).

Itulah Lennart Green. Beliau ajar kita satu benda:

Jangan nilai kehebatan seseorang dari gaya luarannya. Kadang-kadang, orang yang nampak paling "bersepah" itulah yang paling tajam senjatanya.

Address

No 1
Batu Pahat
83000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tarmizi Magic posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category