31/12/2025
2025 bakal melabuhkan tirainya.. izinkan hari ini Kakak munge utk membuat sedikit coretan yang lahir dari hati yang tulus ikhlas… Sis ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga buat semua pelanggan Sis yg sangat2 Sis hormati & kasihi.. terima kasih atas sokongan yang tak pernah berbelah bagi.. dari mula2 Sis mula berniaga di Bangi Sentral pada tahun 2015 hinggalah pada saat & hari ini 31/12/2025.. 10 tahun s**a duka, jatuh bangun, pahit & manis.. tanpa sokongan dan kepercayaan & doa dari anda semua tidak mungkin Sis masih berada disini untuk terus memberikan khidmat Sis selagi mana diperlukan… Alhamdulillah.. syukur kepada Allah yang masih memberikan kekuatan buat Sis walau apa saja ribut badai melanda…
Terima Kasih buat semua.. terima kasih.. tak terbalas rasanya kecuali hanya dengan doa yang baik2 utk kita semua bagi menempuh tahun yang akan datang.. segala kepercayaan yang kalian semua berikan, Sis &
team akan sentiasa berikan yang terbaik dalam setiap hasil kreativiti yang Allah pinjamkan ..
Last but not least, Setinggi2 rasa Syukur Sis panjatkan kepada ALLAH SWT kerana Allah masih meminjamkan DOA dari seorang IBU yang dikasihi, Bonda Norhana ( ni ramai yang tanya, Hanna tu siapa? ) hehe.. kerana sentiasa mendoakan Sis.. mungkin kerana doanya, Sis masih kuat menempuh segala dugaan .. MasyaAllah Tabarakallah.. 🥹🥹 Tak lupa juga buat seluruh keluarga dan sahabat handai atas segala doa dan sokongan… Jazakallah… 🤍🤍
Akhir kata..2026 sekali lagi bakal memberikan pembaharuan kami di Hanna Petals …Studio kami akan berpindah ke lokasi yang baru .. masih di BBB kerana di sinilah tempat kami mencari rezeki & tidak mungkin Sis meninggalkan orang2 Bangi yang sangat2 supportive.. doakan Sis & Team Hanna Petals ya? InsyaAllah, bila semua da ready Sis akan share!!
Akhir kata, mohon maaf sekiranya ada salah dan silap, secara sengaja atau tidak, mohon halal atas segalanya & InsyaAllah, 2026 bakal memberikan yang TERBAIK BUAT KITA SEMUA..AMIN YA RABBAL ALAMIN.. 🌹🌷💐🌼🌻🤲🤲
**aduka
🙏🙏🙏