20/10/2021
TIPS SIMPAN DUIT UNTUK KAHWIN
(Tips keempat tu paling power)
Tips kali ini melibatkan kaedah simpan duit untuk kahwin tanpa menggunakan personal loan atau credit card bagi menampung kos majlis kahwin anda.
Tips 1: Kenalpasti berapa budget majlis kahwin anda
Sebelum menyimpan, anda perlu tahu berapa budget yang diperlukan untuk majlis kahwin anda. Menyimpan kena ada matlamat. Anda kena tahu dulu berapa kos yang diperlukan untuk menjayakan majlis anda.
Contohnya kos sewa dewan/canopy, kos catering, sewa pelamin, pakaian, makeup artist, hantaran, jurufoto, PA System, kump**an hadrah/kompang dan sebagainya.
Anda perlu mula dapatkan quotation untuk membuat anggaran perbelanjaan seterusnya dapat mengenalpasti keseluruhan budget majlis kahwin anda.
Contohnya jika keseluruhan kos anda dalam RM30,000. Perkara paling penting dilakukan ialah anda perlu kekalkan dengan budget tersebut. Stick to the plan. Jangan tambah perbelanjaan dengan perkara-perkara lain yang tak perlu.
Tips 2: Berapa lama nak capai AMAUN itu?
Setelah kenal pasti budget, anda perlu tahu berapa lama tempoh anda untuk menyimpan? Setahun? Tiga tahun? 5 tahun?
Perkara ini penting supaya anda dapat rancang berapa anda nak simpan setiap bulan.
Contohnya anda baru tamat pengajian di university dan merancang untuk kahwin 5 tahun lagi.
Tips 3: Berapa perlu simpan setiap bulan/tahun?
Contohnya budget kahwin RM30,000 dibahagikan dengan 5 tahun, maka anda perlu simpan sekurang-kurangnya RM6,000 setahun.
Target simpanan RM6,000 setahun ini p**a dibahagikan kepada 12 bulan, jadi simpanan bulanan untuk majlis kahwin anda perlu mencecah RM500.
Tidak dinafikan, memang sukar bagi yang baru bekerja lebih-lebih lagi jika anda masih belajar di university untuk menyimpan RM500 sebulan. Persoalannya, bagaimana anda ingin mencapai target simpanan tersebut?
Tips 4: Jangan bergantung kepada simpanan semata-mata.
Never rely on your saving alone. Ini kerana jika anda bergantung kepada simpanan sahaja, anda akan rasa beban menyimpan terlalu besar.
Jadi, anda perlu juga top up simpanan anda dengan dua perkara ini iaitu pelaburan dan side income.
Anda kena mula belajar tentang pelaburan contohnya pelaburan pasaran saham atau pelaburan hartanah.
Anda juga perlu tambah pendapatan dengan buat side income/pendapatan sampingan seperti business kecil kecilan atau hustle income untuk top up duit agar dapat menyimpan sekurang-kurangnya RM500 setiap bulan selama 5 tahun supaya dapat capai matlamat anda.
Jika anda ingin belajar mengenai pelaburan hartanah dan ilmu kewangan untuk membuat pendapatan sampingan atau hustle income, anda boleh join Webinar PERCUMA Ahad ini jam 9.00 malam melalui aplikasi Zoom. Sila rujuk komen pertama untuk mendaftar.
Excerpt from Dr Adam Zubir.