01/01/2026
Bismillah
01-01-26
Selamat jalan 2025, terima kasih atas pelajaran.
Selamat bertemu 2026, semoga hadir dengan keberkatan.
π Selamat Menyambut Tahun Baru 2026 π
Patah galah dalam perahu,
Hasrat di hati moga bertemu,
Tok Su berdoa setulus kalbu,
Agar yang terbaik tercapai dan diberkati-Nya selalu.
Dengan izin Allah,
Tok Su Young Roasters akan mula beroperasi pada 2 Januari 2026.
Waktu operasi p**a akan disesuaikan.
Agar setiap langkah diambil dengan tertib,tenang dan berlandaskan kemampuan sebenar.
Masuknya tahun 2026 ini,
Tok Su menadah doa setulus hati β
Semoga apa yang diimpikan menjadi yang terbaik buat cucu cicit semua.
Bukan hanya untuk hari ini,bahkan hingga ke sepanjang hayat.
Agar hidup dalam rezeki yang berkat dan diredai Ilahi.
Tok Su juga berazam untuk menambah baik kualiti β
dari rasa, hidangan hingga khidmat,
Kerana di sebalik harga baharu yang bakal diperkenalkan,ada tanggungjawab untuk memberi yang sepadan.
Jujur dan berintegriti.
Menjelang Ramadan yang mulia nanti,Izinkan Tok Su berkongsi dengan rendah hati, kami hanya buka untuk tempahan :
β‘οΈ Moreh & Iftar : Delivery/Own Pickup
β‘οΈ Dine in : Iftar Fusion Feast | Iftar Puspa Rasa
Ini bukan sekadar aturan operasi,
Tetapi satu azam βagar keluarga besar Tok Su Young Roasters , diberi ruang dan peluang untuk bersama keluarga, menunaikan solat terawih berjemaah.
Kerana di situlah punca kekuatan jiwa dan keberkatan usaha.
Sirih p**ang ke gagang,
Pinang p**ang ke tampuknya,
Bisnes mencari keuntungan,
Namun iman tetap jadi tunjangnya.
Terima kasih atas doa, sokongan dan kepercayaan sepanjang 2025.
Semoga tahun 2026 membawa ketenangan, keberkatan dan kemajuan untuk kita semua.
β Tok Su Young Roasters
Traders Villa Rider Misi Melaka Tengah Founder Misi