De' Auby Wedding Signature - Dias, Dowry Arrangment, Boutique

De' Auby Wedding Signature - Dias, Dowry Arrangment, Boutique Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from De' Auby Wedding Signature - Dias, Dowry Arrangment, Boutique, Bridal shop, No:86 stkrj rumah kembar rimba, Bandar Seri Begawan.

31/05/2023

Air Asam Kerang

Rebus dulu kerang letak serai dan bawang garam sikit..
Air asam
Bawang merah hiris
Tomatao hiris
Cili padi hiris
Asam jawa pakai air rebusan kerang tadi
Belacan
Buh gula
Daun ketumbar
Siappp

Kredit: Sarah Zsazsarina Johari

31/05/2023

Resipi Pizza Roti Mudah Tanpa Bakar🍕🧀

Bahan-bahan🍕
1. 3 keping roti Gardenia
2. 4 keping keju Cheddar (Boleh tambah/ganti dengan keju Mozzarella)
3. Sos Cili
4. Sos Bolognese
5. Mayonis
6. 2 biji telur
7. Mentega
8. Sosej & Filamen Ketam (boleh ditukar dengan bahan lain)

Cara penyediaan🫕
1. Celur sosej & filamen ketam seketika
2. Potong kepada bahagian kecil
3. Pecahkan 2 biji telur ke dalam mangkuk
4. Carikkan 3 keping roti kepada bahagian kecil
5. Masukkan roti ke dalam telur
6. Panaskan pan bersama mentega
7. Susun roti yang telah dicelup telur ke dalam pan
8. Sapukan sos cili & sos bolognese
9. Taburkan sosej & filamen ketam
10. Letakkan kepingan keju di atas
11. Tutup pizza dengan tudung periuk selama 5 minit (api kecil)
12. Hiaskan dengan mayonis

Sedia dinikmati😋 Selamat mencuba,

Sumber : Halal foodie

31/05/2023

KEK COKLAT MOIST LEMAK BERKRIM

Bahan :
1. 5 telur B
2. 1cawan gula halus
3. 1sudu besar ovelete
4. 1sudu kecil esen vanila
5.1 sudu besar emolco coklat

Mix semua bahan hingga gebu.
Kemudian masukkan 1/2 cawan susu pekat 1/2 cawan santan pekat
Diikuti dengan 1 cawan butter cair...
Baru mix semula adunan telur speed perlahan. Sampai sebati.

Bahan Ayak
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
sedikit garam halus
Masukkan campuran tepung ke dalam adunan telur.
Mix sebati. Kaup balik je pn boleh.Dah sebati masukkan 1/2 cawan air panas. Kacau sebati.
Panaskan kukusan hingga air gelegak.
Masukkan adunan ke dalam loyang yang disapu minyak dan dialas baking paper atau bekas yang sesuai.
Kukus dengan api besar sehingga masak..ade gambar mak tunjuk tutup plastik permukaan loyang camana ya.. masa kukus 40-45minit. Keluarkan dari kukusan. Sisip tepi loyang dan terbalikkannya untuk keluarkan kek sejukkan di redai.
udah siap senang je kan😂😂😂kalau tak jadi mandi bawah jembatan.😒
gambar credit pd yg dah cuba resepi mak ari tu
lieza idris ade yg gambar kek mak juga😂

kredit : Azlina Ina Fans

31/05/2023

TAUHU BERGEDIL & SAMBAL KICAP BERAPI

Bahan inti :
Kentang - potong nipis
Bawang merah - hiris
Bawang putih - hiris
Daging cincang secukupnya - ditumis berasingan hingga masak
Tauhu pok
Garam dan perasa secukupnya
Daun bawang/daun sup
Lada sulah secukupnya
Minyak masak
3-4 biji telur

1. Panaskan minyak dan goreng kentang, bawang merah dan bawang putih hingga layu kekuningan. Angkat dan toskan minyak.

2. Masukkan bahan2 yang digoreng tadi ke dalam bekas kemudian tumbuk halus.

3. Tumis daging cincang yang telah ditumis, garam, sedikit perasa, lada sulah, daun sup @ daun bawang. Tumbuk sekali lagi sehingga sedikit lumat.

4. Ambil tauhu pok, potong sedikit permukaan atas dan sumbat inti tadi ke dalam tauhu sehingga padat.

5. Pecahkan telur (ikut berapa banyak tauhu yang mahu digoreng) pukul dengan sedikit garam ketepikan.

6. Celup tauhu pok ke dalam bancuhan telur. Gaul mesra dan goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan.

7. Angkat dan toskan, siap untuk dihidangkan bersama sambal kicap.

Bahan sambal kicap :
Cili padi hijau
Cili padi merah
Bawang putih
Kicap manis
Garam dan gula secukup rasa

1. Satukan semua bahan dan kisar halus.

2. Masukkan ke dalam kuali dan masak seketika.

3. Angkat dan sedia dihidangkan bersama tauhu bergedil.

Resepi & foto : Naddy's Kitchen

31/05/2023

Kek Coklat Kukus sukatan cawan ❤❤

Bahan2 :
1 cwn serbuk koko
1cwn susu pekat
1 cwn susu cair
1 cwn gula
1 cwn minyak
3 biji telur
-semua bahan kat atas masukkan semua dalam blender dan kisar selama kurang 5 minit. Panaskan air dalan periuk kukusan.

Bahan2 ayak:
1 1/4 cwn tepung gandum
1 sudu kecil sodabbikarbonat
1 sudu kecil baking powder
-adunan yang telah dikisar dimasukkan dalam bekas dan masukkan tepung. Kaup balikkan. Tapis dan letak dalam loyang. Kukus 45 minit dengan api sederhana. Nak tau masak cucuk dengan garfu. Kalau tak melekat dah masak.
Kredit Resepi Nor Juliana Isa via Buku Resepi

Resepi mudah dan sedap di t.me/MasakKeHariNi

Allah swt is enough for Me. 💖🌹
04/11/2019

Allah swt is enough for Me. 💖🌹

26/02/2019

every time we get great response in business? If someone thinks about profits in business, he will not get what he wants. He always searching for something endl

26/02/2019

HOME WEDDING DIAS 10ft x 10ft
Code: SR1112-01

INTERESTED????
pm us, or direct call at +6738804245

Or click our website link below, to see our package offer.
www.theaubyweddings.com

PRICE: $700/- (PROMO PRICE)

Address

No:86 Stkrj Rumah Kembar Rimba
Bandar Seri Begawan
BE3119

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when De' Auby Wedding Signature - Dias, Dowry Arrangment, Boutique posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to De' Auby Wedding Signature - Dias, Dowry Arrangment, Boutique:

Share

Category