
19/05/2025
• PECAHAN ETNIK KADAZANDUSUN •
Suku KadazanDusun yang berada di Sabah telah terbagi kepada 27 sub-Suku/etnik,dimana setiap Sub Suku mewakili satu daerah mahupun adat tertentu di sesebuah kawasan.
Di bawah ini adalah pecahan oleh Suku kaum KadazanDusun ;
1. Dusun Bundu - mendiami Tamparuli, Tuaran,RanauKeningau, Daerah Kecil Sook, Tambunan, Kota Belud,Penampang.
2. Dusun Liwan - Ranau, Tambunan, Keningau, Daerah Kecil Sook, Tuaran, Kota Belud, dan Tamparuli
3. Dusun Tindal - Kota Belud, dan Kota Marudu
4. Dusun Tobilung - Kota Belud, Kota Marudu, Kudat dan ada sebahagian yang berpindah dan berkahwin campur di daerah Inanam.
5. Dusun Lotud - Tuaran, dan Tampasuk Kota Belud
6. Dusun Kuijou - Bingkor di daerah Keningau
7. Dusun Talantang - Kg.Mindohuon Lama,Kg.Ponulangan, Kg.Tubau, Kg.Pudau, Kg.Kodop,Kg.Piasau, Kg.Nimabali, dan Kawiyan di daerah Ranau,Kg. Bunga Raya Keningau, Sugut dan Kota Marudu(Ranau, Keningau, Sugut dan Kota Marudu)
8. Momogun Rungus - Kudat, pitas
9. Kadazan Labuk - Beluran dan telupid
10. Kadazan / Tangaa - Penampang, papar, Membakut
11. Dusun Mukin Kaingaran di daerah Ranau dan Kota Marudu
12. Dusun Kimaragang - Kota Marudu dan Pitas
13. Dusun Minokok - Kinabatangan, telupid, tongod,Sook,keningau
14. Dusun Sonsogon » daerah Pedalaman Kota Marudu dan beberapa area lain(berkahwin campur dengan etnik dusun lain).
15. Dusun Dumpas - kinabatangan,sugut dan sandakan
16. Dusun Sukang - tongod,dan kinabatangan
17. Dusun mangkaak - kuamut, keramuak
18. Dusun Sungai - bukit garam, keramuak
19. Dusun malapi - tongod
20. Dusun tindakon - balat kawasan hilir kinabatangan
21. Dusun Tompulung - tongod
22. Dusun sogoliton - telupid
23. Dusun Paitan » Paitan
24. Dusun tilau-ilau - tongod n beluran
25. Dusun Garo - Kota Marudu
26. Dusun Tinagas - Kundasang dan Ranau ( terdapat maklumat bahawa suku ini adalah pecahan dari suku Dusun Liwan)
27. Dusun Tagahas - Boleh di dapati di Daerah Tambunan.
Terdapat juga Suku yang dimana Bahasa-nya lebih mirip kepada bahasa murut tetapi Etnik ini juga mengKlaim suku. mereka dalam etnik Dusun iaitu;
28). Dusun Gana - apin-apin,dan Bingkor keningau
29). Dusun tatana - Kuala Penyu.
Di samping senarai di atas masih terdapat sub-etnik Dusun yang masih tinggal 'menyebar' di daerah Sabah diantaranya,
• Dusun Pahu
• Dusun Magahak
• Dusun Tangara
• Dusun Tambanuo
• Dusun Bonggi - Kudat
• Dusun Topokan - terdapat sumber yang mengatakan bahawa Etnik Dusun topokan adalah 'pecahan' dari Suku Kaum Dusun Lotud.
Senarai suku KadazanDusun di atas adalah mempunyai struktur bahasa dan tatabahasa yang boleh difahami oleh semua rumpun etnik Dusun,walaupun ianya terdapat perbezaan namun bahasa seharian yang di pergunakan tidak lari dari segi struktur(asas) bahasa ibunda mereka iaitu bahasa Dusun.
Ada pendapat yang menyatakan bahawa adanya 'Perkahwinan Campur' antara satu etnik Dusun dengan Etnik Dusun yang lain yang 'Melahirkan' satu Etnik Dusun yang Baru,
Sehingga mengakibatkan kekeliruan di kalangan bangsa Dusun itu sendiri,Walau Bagaimana pun perpaduan dan persatuan perlu di galang lebih kukuh agar Bangsa KadazanDusun tidak tenggelam oleh Bangsa lain,dan menjadi Warganegara Kelas 'Pertama' dan Bukan hanya jadi pemerhati,dan menagih simpati di bumi sendiri.
'...Bersama memartabatkan Budaya serta tradisi Bangsa Borneo.."