
04/10/2024
Alhamdulillah, the promise that has been fulfilled.
Sebuah janji, pada tahun 2022..
Saat di mana saya hilang segalanya.
Nikmat sihat..
Segala wang simpanan..
Hala tujuan..
Semuanya hilang sirna seketika..
Sehinggalah akhirnya, sebuah "janji" diungkapkan.
"Tuhan.. If YOU spare me another life, I will help everyone, as much as I can"
Janji yang dipegang 2 tahun lamanya..
Pelbagai s**a duka, ceritera yang dirasai..
Umpama kain putih yang dicorakkan dengan warna-warni, penuh dengan emosi..
Sungguh, ia bukanlah jalan yang mudah..
Namun sekiranya Dia berkehendak dan mengizinkan, pasti segalanya dimudahkan. Tiada yang mustahil bagiNya.
Alhamdulillah.. setelah 2 tahun menanti..
Akhirnya, Dia menghantar insan-insan ini, untuk menunaikan segala janji yang telah dipateri.
Bukan untuk bertanding tara siapa yang lebih agung di puncak jagatraya.
Namun untuk saling mengenali, saling memberi dan saling membantu sesama insani.
Kerana itulah sebaik-baik sifat manusia, yang paling bermanfaat buat umat sejagat.
Syukurlah..
Sebuah janji yang dulunya dianggap hanyalah mimpi,
kini telah pun menjadi sebuah realiti.
Magis Pengacara Workshop, tempat berhimpun, rakan-rakan Emcee.
Terima kasih semua 100 orang rakan-rakan Emcee untuk kenangan dan perkenalan.
Selamat berjuang dalam menyampaikan kebaikan dan kebahagiaan.
Moga kita akan terus, saling menguatkan.
Doa kami di , pasti mengiringi.
Sampai jumpa lagi, dan terbang lebih tinggi yaaa
Nota kaki : Insya Allah, Mega Seminar Emcee coming soon. Doakan ya 🧡