23/08/2025
COMBO SAVIOUR
Hana Efriena 💕 Suci Hidayat
H4rga KOMBO Special LIMA HARI sahaja.
Jom layan Sinopsis.
Leftenan Zareed: Pelindung Seorang Isteri
Hana Efriena
Dia dibenci kerana ‘kesilapan’ yang dia lakukan tanpa sengaja. Tiada seorang anak pun mahu melihat ibunya sendiri hidup menderita. Namun dia bukanlah penentu setiap takdir. Dia hanya manusia biasa.
“Saya akan pinangkan abang untuk Zahirah. Saya nak abang sambung bahagia abang yang pernah terhenti disebabkan kecacatan saya. Abang berhak hidup normal macam lelaki lain.” - Datin Dahlia
Dan kerana kemahuan Datin Dahlia, dia dibenci oleh ayah kandungnya sendiri. Dilayan seperti dia adalah seorang pesalah yang wajar dihukum dengan hukuman berat.
“Leia pun nak sambung belajar macam Kirana, papa.” - Leia Danissa
“Tak payah membazir duit. Belajar tinggi-tinggi pun, nanti dekat syarikat papa juga Leia akan kerja. Biar Kirana aje yang sambung belajar. Leia duduk rumah, jaga mama. Lagipun Leia lupa ke mama jadi macam tu disebabkan siapa?” - Datuk Daim
Bermula sebagai ‘tea lady’ di syarikat kenalan Datuk Daim. Sedangkan Kirana, diberi jawatan tinggi di syarikat Datuk Daim sendiri. Namun pilihan apa yang Leia ada? Dia akur, kerana dia tahu ‘dosanya’ begitu besar terhadap Datin Dahlia. Dan di situ, dia dipertemukan dengan seorang lelaki bernama Zareed Jazuan.
“Tuan Zareed, anak Tan Sri Zahir kan? Jadi kenapa tuan tak jadi CEO? Bukan ke lagi mudah kalau tuan uruskan saja bisnes papa tuan? Tak perlu bersusah-payah jadi tentera.” - Leia Danissa
“Mungkin saya ditakdirkan untuk jadi pelindung awak. Saya kena jadi kuat untuk jaga awak. Otot dekat lengan ni pun mungkin takkan ada kalau saya bukan seorang tentera.” - Leftenan Zareed Jazuan
Leia fikirkan Zareed sekadar s**a menyakat dia. Namun setiap kali lelaki itu muncul, pasti tepat pada waktunya. Mempertahankan Leia seperti Leia itu milik lelaki itu.
“Slap me.” - Leftenan Zareed Jazuan
“Huh? Kenapa nak saya tampar Tuan Zareed? Tuan Zareed tak ada buat salah dekat saya.” - Leia Danissa
“Sebab hari ni saya nak ajar awak cara-cara gunakan tangan awak tu bila ada yang sakitkan awak. Dia tampar awak, Leia. Kenapa awak tak melawan? Zaman sekarang, perempuan tak sesuai jadi lembik dan bodoh.” - Leftenan Zareed Jazuan
“Sebab dia adik saya, saya rela jadi lembik dan bodoh. Tuan Zareed takkan faham..” - Leia Danissa
Pertemuan demi pertemuan, sehingga menerbitkan cinta di hati Zareed. Namun ketika itu, Leia masih takut mahu memberi cinta. Kerana sepanjang hidupnya, dia hanya tahu erti terluka. Sehinggalah rombongan meminang lelaki itu tiba di banglo mewah milik Datuk Daim. Malangnya ujian terus muncul dalam hidup Leia.
“Papa, boleh tak cakap dekat Kak Leia yang Kirana dah lama s**akan Abang Zareed? Kirana nak kahwin dengan Abang Zareed. Kalau boleh, papa minta Kak Leia tolak pinangan Abang Zareed ya?” - Iris Kirana
Leia terpaksa mengalah. Pabila seorang ayah sendiri sanggup merampas bahagianya.
“Cukup-cukuplah rampas kebahagiaan orang lain, Leia. Dulu Leia jadi punca mama Leia cacat. Takkan sekarang Leia nak rampas lelaki yang Kirana cinta p**a? Stop being selfish, Leia. Kirana tu adik Leia juga.” - Datuk Daim
Kemarahan Datuk Daim. Tanpa Leia mampu tebak, ternyata kemarahan Zareed lebih luar biasa.
“Awak tahu tak dekat kem tu, ramai perempuan berebut-rebut mahukan saya? Saya pinang Leia Danissa untuk dijadikan isteri saya. Jadi saya akan pastikan pengantin perempuan saya cuma pemilik nama tersebut. Bukan Iris Kirana. Kalau buat keputusan, tolong berbincang dengan saya dulu. Jangan tendang saya macam bola, Leia. Sekurang-kurangnya, hormatlah saya yang jauh lebih tua berbanding awak ni!” - Leftenan Zareed Jazuan
“I’m not doing this to disrepect you, Tuan Zareed. Cuma saya tak faham, kenapa Tuan Zareed nak sangat jadi suami saya??” - Leia Danissa
“Supaya saya ada lebih banyak masa untuk ajar awak bagaimana jadi perempuan yang kuat.” - Leftenan Zareed Jazuan
Agak-agak terus bersatu tak mereka berdua? Atau Datuk Daim tetap akan meminta Leia berkorban demi Iris meskipun Leia sudah sah menjadi isteri Zareed? Dan mungkinkah luka di hati Leia bakal terhenti sehingga semalam sahaja? Sama-sama kita nantikan kisah Leftenan Zareed dan Leia Danissa dalam nukilan berbentuk digital ini nanti.
ENDRA | Isteri Untuk 100 Hari
Suci Hidayat | Asmara Jiwa
Kebiasaannya orang ketiga dalam sebuah rumahtangga datang tanpa diundang. Tapi berbeza bagi seorang Embun Innara. Dia dijemput ‘khas’ untuk menjadi orang ketiga di dalam rumahtangga Endra dan Emelda. Untuk menjadi isteri kedua Syed Endra. Menjadi isteri sementara. Menjadi isteri hanya untuk 100 hari! Malah dia dijemput masuk ke dalam rumahtangga itu oleh isteri Endra sendiri, iaitu Emelda.
“Dah lima tahun kita kahwin. Dan lima tahun juga kita tak habis habis berbincang soal anak. You nak anak. I tak nak anak. You nak. I tak nak. You nak. I tak nak. Berulang ulang. Macam tak berkesudahan. Seriously, Endra. I dah penat!” ujar Emelda dengan riak wajah yang menunjukkan betapa dia terbeban dengan perkara ini.
Baris kata kata itu seakan pisau mengelar jantung Endra. Sakit. Kecewa. Terluka. Untuk seketika Endra tersesat dalam keliru. Salahkah seorang suami mengharapkan isterinya mengandung dan melahirkan zuriat untuknya. Atau permintaan Endra keterlaluan? Satu dosa besar? Lainlah kalau Emelda tidak berkemampuan dari segi kesihatan. Lainlah kalau mengandung itu sahih memudaratkan Emelda. Lainlah kalau melahirkan itu pasti bakal ‘membunuh’ Emelda. Jika benar begitu layaklah Endra dipanggil melampau. Layak dipanggil kejam. Zalim!
Nafas disedut dalam dalam. Cuba bertenang. Mungkin Endra yang terlalu sensitif.
“I dah fikir tentang ni berkali kali. I dah fikir masak masak. Dan I dah pertimbangkan segala solusi yang ada untuk kita selesaikan isu ni. Dan I ada terfikir tentang satu jalan penyelesaian yang I rasa terbaik untuk kita. You akan dapat apa yang you nak. Dan I pun akan dapat apa yang I nak. Seterusnya masalah kita akan selesai. Dan kita tak perlu lagi bercakap tentang ‘anak’ selepas ni.”
Berkerut kerut dahi Endra mendengarkan itu. Dalam kepala ligat meneka apa agaknya solusi itu. Kalau Endra akan dapat apa yang Endra nak dan Emelda juga akan dapat apa yang Emelda nak, jadi anak itu datang dari mana? Dari langit?
“I akan carikan untuk you seorang perempuan untuk you jadikan isteri sementara. 100 hari. Perempuan tu akan jadi isteri you untuk 100 hari. Perempuan tu akan ambil alih tanggungjawab I, mengandung dan melahirkan zuriat untuk you. Untuk kita. Selepas 100 hari you akan ceraikan dia. Kalau dia mengandung, kita akan jaga dia sampai dia selesai lahirkan budak tu. Kalau dia tak mengandung, kita akan cari perempuan lain. Sampailah you berhasil dapat anak you. Once isteri sementara you bersalin, selesai. You dapat apa you nak. Dan I dapat apa yang I nak. Dan kita boleh kembali teruskan hidup yang bahagia tanpa perlu bertekak soal anak lagi. Deal?”
Jatuh rahang Endra mendengarkan buah fikiran ‘terpaling geliga’ yang baru sahaja meluncur keluar dari mulut isterinya. Kelopak mata Endra luas terbuka diasak rasa tak percaya. Perlahan-lahan bibir Endra melengkung senyum. Sinis. Untuk sesaat merasa lucu dengan canda sang isteri. Namun detik demi detik berlalu menyedarkan Endra yang Emelda langsung tidak bergurau. Kala itu serta merta dada Endra membahang. Panas. Ada yang mulai menyala. Detik demi detik semakin membakar. Marak. Rahang bergerak-gerak menahan rasa.
Idea yang baru sahaja Emelda perdengarkan bukan sahaja gila. Malah bagi Endra idea itu satu penghinaan. Penghinaan yang amat berat. Kepada Endra. Kepada perkahwinan mereka. Dan kepada zuriat yang bakal lahir itu.
Endra tak pasti bagaimana idea sehina itu boleh timbul dalam kepala Emelda. Apa yang Endra pasti, idea itu berjaya memalapkan cinta Endra yang selama ini membara untuk Emelda.
“You dah gila ke, Emelda?!”
Bagaimana agaknya perjalanan rancangan gila Emelda ini? Bagaimana agaknya Endra dan Embun menjalani setiap detik sebagai suami dan isteri untuk 100 hari? Bagaimana agaknya kesudahan kisah mereka? Benarkah kisah ini benar benar berakhir selepas 100 hari?
https://www.wasap.my/60145898522/nakebookcombosavior
📌0145898522