05/12/2025
PELUANG CINTA QARISHA
🔥🔥🔥
“HISH, rimaslah!” Dengusan kasar keluar dari mulut Qarisha. Tudung yang tersarung kemas di kepalanya terus terlepas lalu dicampak ke atas katil.
Qarisha memandang wajahnya di cermin. Melihat solekan di wajahnya membuatkan hatinya semakin panas. Tisu dicapai, lalu dengan kasar dia mengesat semua solekan yang ada di wajahnya.
“Bencilah!” Segera dicampak tisu ke dalam tong sampah. Mendengar pintu dikuak dari luar, Qarisha terus berpaling memandang ke arah pintu.
Melihat wajah lelaki yang tidak ingin dilihatnya, Qarisha mendengus. “Kenapa masuk bilik aku?”
Zahril, yang baru sahaja melangkah masuk ke bilik itu, terdiam seketika. Dia memandang wajah Qarisha yang dipenuhi amarah. “Kau dah lupa aku ni suami kau?”
Mendengar perkataan ‘suami’ keluar dari mulut Zahril, Qarisha mengetap kuat bibirnya. Dia takkan lupa baru sebentar tadi mereka diijabkabulkan. Bila memikirkan semua itu, hatinya semakin mendidih.
“Aku tak peduli!” balas Qarisha dengan nada tinggi. “Kau tak ada hak nak masuk bilik aku ses**a hati!”
Zahril menarik nafas panjang. Dia tahu Qarisha masih marah dan tidak s**a dengan perkahwinan ini. Nak buat macam mana, jodoh mereka berdua sudah tertulis. Dan Qarisha tidak boleh menidakkan hakikat itu.
“Qarisha, aku faham kau marah. Tapi tolonglah, kita baru berkahwin. Kita perlu belajar untuk saling memahami dan menghormati antara satu sama lain.”
“Hormat kau?” Qarisha tertawa mengejek.
“Kau ingat aku akan hormat kau? Hei Zahril, aku berkahwin dengan kau sebab atuk, tau. Kalau bukan sebab atuk yang paksa aku, aku takkan berkahwin dengan kau!”
Zahril diam seketika. Dia tahu Qarisha terpaksa berkahwin dengannya kerana dipaksa oleh atuknya. Nafas dihela, “Kau boleh je tolak. Kenapa kau setuju?”
Qarisha mendengus geram. “Kau ingat aku nak kahwin dengan kau? Aku tak nak! Tapi atuk ugut nak tarik balik semua harta yang dia berikan kalau aku tak setuju kahwin dengan kau. Jadi, aku terpaksa setuju!”
“Aku faham. Tapi, kita boleh cuba untuk bina hubungan yang baik. Aku tak nak kita terus bergaduh macam ni.” Zahril cuba meredakan keadaan. Dia faham situasi Qarisha. Dia sendiri tidak s**a dengan perkahwinan ini. Di saat yang sama, dia juga tidak ingin menghampakan Dato' Talib dan terpaksa menerima kenyataan ini.
Qarisha mencebik. “Bina hubungan yang baik? Dengan kau? Jangan harap!”
Zahril menghela nafas. Dia tahu Qarisha bukan gadis yang dapat dibawa berbincang. Malas hendak memanjangkan perbualan, dia memilih untuk berdiam diri.
“Kau s**a aku?” Qarisha bertanya dengan nada sinis.
“Sorry?” Zahril bertanya kembali, keningnya terjongket tanda keliru.
“Kau s**a aku, kan?” Qarisha mengulang pertanyaannya, kali ini dengan lebih tegas.
Zahril tercengang. Tidak menyangka Qarisha akan bertanya begitu.
“Aku...” Baru sepatah ayat keluar dari mulut Zahril, Qarisha terus memotong.
“Aku faham. Kau tak perlu cakap apa-apa. Kau tak s**a aku. Kau kahwin dengan aku sebab harta. Aku hanya alat untuk kau dapatkan harta atuk.” Qarisha senyum mengejek.
https://www.wasap.my/60145898522/naKebookNoorAsikin
📲 0145898522