MANNAS KITCHEN

MANNAS KITCHEN Perancang Majlis | Pemprosesan Makanan | Katering

Turning beautiful food into delicously, unforgettable moments. mannaskitchen.com.my

Mannas Kitchen menyediakan perkhidmatan katering dan perkhidmatan makanan dan desserts ke pejabat, rumah, kedai, kiosk, restoran, dan hotel. Mannas Kitchen menyajikan makanan yg di masak di rumah, dgn kasih sayang dan kebersihan menjadi keutamaan kami. Semestinya yang terbaik untuk anda dan keluarga. SMS/WA 》0116935031 untuk tempahan, menu dan sebut harga. Terima kasih di atas sokongan anda semua.






03/05/2026

Packed food delivery right to your front door!!

Kami menyediakan servis makanan berbungkus untuk kemudahan pelanggan kami.

Boleh hantar ke rumah, sekolah, pejabat, hospital, pusat terapi dan juga masjid/surau.

Yang mana berminat boleh hubungi kami ya.

02/05/2026

Terima kasih Kak A L L M E T U T Y™ dan team Maybank, serta Terapi ERAT Amanjaya atas tempahan.

Nasi minyak dan nasi tomato berlaukkan ayam masak merah dan acar jelantah, menjadi kegemaran pelanggan MK.

Menu ini merupakan menu paling ramai pelanggan order.
Tak jemu dimakan dan sering menjadi tumpuan dalam majlis.

Wangian nasi penuh aroma dan ayam yang empuk dan juicy menjadikan menu ini sangat pop**ar.

Andainya ada yang ingin tempah atau merasa bolehlah hubungi kami nanti.
#

01/05/2026

Makanan tradisi tak lapuk dek zaman. Nasi lemak MK.

Nasi lemak berbau wangi, berderai dan lembut memang menjadi pujaan sepanjang zaman. Lemak manis dan masin dengan aroma pandan sangat memikat sukma tiap kali pandang.

Dimakan p**a dengan sambal masin, manis dan pedas secukupnya sememangnya bakal buat sesiapa pun angau dengannya.

Resepi yang tak pernah diubah rasanya menjadikannya kes**aan ramai.

Sesuai disajikan dengan pelbagai lauk atau menu sampingan seperti dendeng daging, ayam goreng, sambal udang dengan petai dan bermacam-macam lagi.

Kalau sudi merasa marilah buat tempahan dengan kami. Min order 20 pax. Makan siang ataupun dijadikan santapan malam hari. Sesuai mengubat duka di hati.

26/02/2026

Masak apa tu?

Ada hari, kita cuma perlukan makanan yang ringan untuk badan, dan untuk tenangkan hati.
🍲 Sup fucuk, shiitake mushroom & wakame dalam clear chicken broth.
Mudah & simple, tapi cukup menenangkan.

17/02/2026

Marhaban Ya Ramadhan 🤍

Allahu Rabbi kurniakanlah keampunan kepada kami dari sisi Mu. Sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.

InsyaAllah selamat berpuasa, semoga sihat tubuh badan, dapat beribadah dengan baik, tenang dan gembira.

31/01/2026

Masak apa tu?

Mana team sambal petai udang sila munculkan diri!!

Wangi satu rumah bau udang dan petai fresh. Kena plak sambal padu dan wangi memang boleh bikin angau!!

Korang masak apa hari ni?

25/01/2026

Pelamin yang mana satu pilihan hati dinda kanda?

Minimalist, tradisional, summer garden style? Custom design pun boleh diuruskan.

25/01/2026

Crispy, wangi & sedap!!

Jajan makan dgn nasi or bubur. Tunggu sejuk sikit nnt boleh ramas, sebatikan dan simpan dalam balang.

Halia, bawang putih, ikan bilis & tempe. Tanpa garam, msg or apa2 perisa tambahan.

17/01/2026

Masak apa tu?

Aaahhh hari ni kita share menu Deep fried crispy fish cutlets.
Hirisan isi ikan diperap basah dan kemudian digaul dalam perapan kering dan digoreng dengan minyak yang banyak hingga rangup.

Makan macam tu saja pun boleh, atau dihidang dengan tartar sauce dan salad pun sedap. Tapi hidangan ni kami hidang dengan nasi putih, tomyam sayur putih dan budu uols!! 😆

Acaner, best tak menu kami tu? Aahhaakkss 😁 kecur air liur kan?!

Korang masak apa hari ni?

16/01/2026

Masak apa tu?
Nasi goreng kampung.
Antara menu paling laku baik di rumah dan juga order katering.
Masakan penuh aroma, sangat memikat rasa.
Mudah saja nak masak menu ni. Sedap p**ak tu.
Makan sepinggan mesti nak ulang lagi.
Kena p**ak bila makan dengan kopok goreng. Uuuuiiiii sedapnya!!

Siapa s**a nasi goreng kampung komen SAYA!!
Sharelah korang punya version nanti.

Address

Sungai Petani

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MANNAS KITCHEN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category