Tip Persiapan Kahwin Cikja

Tip Persiapan Kahwin Cikja Berkongsi tip urus majlis, cara urus bajet, dan pelbagai inspirasi berkaitan majlis kahwin tanpa membazir.

31/12/2024

Lama tak buka FB. Sibuk kenduri. 😅
Nanti Cikja sambung kongsi Tip Majlis Kahwin. Yang kat group slow2 ye Cikja respon 🥹💖

13/12/2024

Mekap cuma boleh cover tona kulit tak sekata.

Bintik-bintik, skintag atau parut bekas jerawat batu, ni tetap ada. Even awak dah pakai foundation tebal.☝️

Mekap tak boleh hilangkan tekstur kulit.

So yang ada masalah kulit tu, cepat² jumpa dermatologist. Jangan nak cuba² produk baru. Tambah kalau majlis lagi 3 bulan.

Takut kulit makin teruk. 🤧

"Macam mana persiapan kahwin?"Me:
06/12/2024

"Macam mana persiapan kahwin?"

Me:

Check link kat komen tauuu 😍✨✨
04/12/2024

Check link kat komen tauuu 😍✨✨

"3 tahun tunggu nak menjayakan perkahwinan ni?"Hahaha. Cikja tak tahu nak cakap apa. Dan... "Kewangan bukan isu utama, t...
04/12/2024

"3 tahun tunggu nak menjayakan perkahwinan ni?"

Hahaha. Cikja tak tahu nak cakap apa. Dan... "Kewangan bukan isu utama, tapi ilmu dan hati?"


Bagi Cikja, kewangan kukuh sangat penting ye nak poligami zaman ni. Kalau masih tong² dengan isteri, nafkah berkongsi -- lupakan je niat nak tambah cawangan.

Mungkin isteri yang ihsan-nya tinggi, sudi berkongsi ni yang dimaksudkan isu 'hati' tu??


Anak² kalau tak masuk sekolah tak terasa lagi beban tu. Nanti dah masuk sekolah, botak kepala oiiii

Ya, memang anak² ada rezekinya sendiri. Tapi planning setiap anak tu buatlah sampai dia habis belajar. Cikja cakap berdasarkan logik dan apa situasi yg banyak jadi.


Zaman ni susah. Tahun depan OPR naik lagi 25 mata haaa.Nak sedia rumah untuk 3 isteri?

Hmm. Bukan cakap pasal beli rumah tau. Ni sewa rumah. Semua darab 3. Tak masuk barang rumah lagi. 😂

Saja la bagi contoh rumah dah ni nafkah wajib. ☝️ Suami kena sediakan tempat tinggal yg selamat untuk isteri.


Tentang berkasih sayang -- bukan setakat dengan isteri je. Dengan anak2 pun. Keluarga mertua sekali.💞

Cikja pernah terbaca luahan hati anak hasil poligami.

Dulu ceritanya waktu kecik -- ayah serabut mak ni anak kecik² lagi. Jadi ayah lari ke rumah isteri kedua.

Bila dah besar, ayah lari p**a ke rumah mak. Serabut dgn anak² isteri kedua p**ak.

Last² si ayah walau ramai anak, takde seorang pun yang rapat. 🥲


PS: Ketiga-tiga isteri pakai serba putih. Tak tahu siapa pengantin. Tetamu pakai putih jugak ke? Ala² Neelofa gitu. 😂


PSS: Nak tengok muka, carilah sendiri yer. Cikja tak sudi nak promote link contest apa entah tuan posting ni buat. 😂


PSSS: Siapa suami kerja offshore, kerap outstation, siasat la ye. Betul ke tuuuuuu outstation 👀👀

Banyak suami cerita macam mana kawan² poligami ni boleh simpan rahsia bertahun-tahun. Licik! 🤭

Amboi dikkk 😍
02/12/2024

Amboi dikkk 😍

Cara nak elak scammer beli barang kat group. 🤞Paling penting, minta video barang yang awak nak tu. Jangan puas hati deng...
02/12/2024

Cara nak elak scammer beli barang kat group. 🤞

Paling penting, minta video barang yang awak nak tu. Jangan puas hati dengan gambar je.


Minta seller buat video sikit, Tunjuk condition barang. Kalau betul nak let go, dia tak kisah pun nak rekod bagi awak.


Kalau dia cakap tak sempat, bagi masa. Tapi kalau dah tunggu berhari-hari... cuba tanya diri sendiri – kalau dia nak record video pun tak sempat, nak post nanti sempat ke?


Dalam group pre💕 ni, seller tunjuk gambar waktu dia pakai je. Pakai hari kahwin, memang la lawa. Tapi bila baju sampai kat kita, tak macam yang diiklan.

Baju kotor kena gulai.
Manik tercabut-cabut.
Baju kalau putih, dah bertompok kuning sebab lama sangat simpan dalam wardrobe. 🤦‍♀️

So awak tak payah takut kena cop demanding ke apa nak minta video. Kita nak membeli. Seller yang jujur mesti faham.


PS: Awak pun, jangan la minta rekod macam2. Minta part penting je -- contoh part manik baju, kaki kain dan close-up material baju.

Kalau tudung, minta nak tengok bahagian tengah tudung. Kadang tu kesan foundation melekat susah hilang. Siap bau kepam. 😅


PSS: Bride kat bawah ni dah minta video. Seller bagi. Lepastu kantoi barang tak sama.

Seller post barang. Tapi yang sampai baju lain dari video. 😞 Awak kalau ada instinct tak bagus dgn seller, baik jangan teruskan. Sayang duit kumpul penat² nak cantik hari bahagia.

Link cerita asal kat komen.

Majlis awak, tanggungjawab awak! 💸Elak Kena Scam Masa Buat Persiapan Majlis! 🛑🕒 Buat keputusan bijak, jangan terburu-bur...
02/12/2024

Majlis awak, tanggungjawab awak! 💸

Elak Kena Scam Masa Buat Persiapan Majlis! 🛑


🕒 Buat keputusan bijak, jangan terburu-buru.
Jangan sebab nak cepat, kita terlepas pandang red flags seller!

💰 Hati-hati dengan tawaran terlalu murah.
Kadang-kadang, murah inilah perangkap.

📜 Semak vendor betul-betul.
Pastikan vendor dah ada testimoni, akaun FB/IG/Tiktok yang established.

🔍 Bandingkan harga & servis dulu. Jangan terus pilih tanpa survey

📝 Simpan rekod perbincangan & pembayaran.
Kalau putus tunang pun boleh minta gantirugi melalui mahkamah tau! Kalau kena scam, senang nak buat report polis.

💡 Plan dengan tenang.


Ingat, majlis lancar lagi sempurna, lebih penting dari semuanya nak siap cepat. Happy planning!

Baju keluarga warna apa untuk majlis tema klasik? 👀👀Ni sedikit tip untuk tema klasik rustik. 🌸 Tema ni ada auranya sendi...
01/12/2024

Baju keluarga warna apa untuk majlis tema klasik? 👀👀

Ni sedikit tip untuk tema klasik rustik. 🌸
Tema ni ada auranya sendiri.
Mewah tapi tak over.
Simple tapi berkelas. ✨


Biasanya untuk pelamin, vendor akan guna warna² bold. Contohnya maroon, oren, atau coklat. Bila pelamin disiram lampu kuning, terus naik vibes classy tu.✨

Ni tema yang main dengan lighting. ☝️


So untuk baju keluarga atau bridesmaid, seeloknya awak pilih warna yang *lembut tapi malap.*


Contohnya kuning cair, dusty purple, dusty pink, dusty blue, atau sage green. 🌿💫 Warna-warna ni lebih harmoni dgn warna bold tadi.

Bila bergambar, semua nampak serasi. 📸 ✨

Paling penting, warna² ni sesuai dengan semua tona kulit. Cerah ke, sawo matang ke, gelap ke semua ok. Nanti takdelah pengantin je berseri, kan?? 😁

Kalau ahli keluarga awak majoriti berkulit cerah atau kuning² langsat, nak ambil navy blue atau emerald green pun boleh.


Kat gambar Cikja share pelamin tema klasik-rustik. Hasil tangan .

Berkelas kan? Sekali pandang terus rasa wowww

Boleh cari kat IG nanti. Cover area Johor.

Gambar belakang² tu contoh warna baju keluarga yang sesuai. 🫶🫶🦋

.

Ingat, tema klasik ni simple, tapi elegan. Ada kelas. Jangan lari konsep!

30/11/2024

Satu family confirm boleh sedondon hari kenduri 😍🎉

Link kat komen

💓
30/11/2024

💓

Nak buat majlis kahwin, jangan sampai terbeban hutang ye.Sekarang ni tunang dah busy buat OT kumpul duit kahwin. Kita pu...
30/11/2024

Nak buat majlis kahwin, jangan sampai terbeban hutang ye.

Sekarang ni tunang dah busy buat OT kumpul duit kahwin. Kita pun bising² bila dia dah tak ada masa nak layan kita.

Nak ke lepas kahwin dia busy lagi? Terpaksa kerja siang malam semata nak setel hutang p**ak. 😃

Lagi Cikja sedih, bila hutang tak habis lagi bayar, isteri dah tawar hati sebab suami busy. Tak dapat attention.

Padahal kita yang gagal nak kawtim dengan mak ayah sampai rompak tunang sendiri. 🤦

Address

Shah Alam

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tip Persiapan Kahwin Cikja posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share