01/06/2026
Selamat datang.
Taklimat kepada Ibu Bapa dan anak-anak peserta Sekolah Alam di Kebun Puisi, Bangi.
Sepanjang tiga hari ini anak-anak akan menjelajah pengalaman pembelajaran yang menghidupkan dengan gabungan pendidikan alami dan aktiviti mengujakan.
Apa yg kami tawarkan? Belajar daripada alam sebagai kitab terbentang (al-Kitab al-Maftuh).
Falsafah di sebalik idea Sekolah Alam seperti berikut ;
1. Sekolah Alam adalah model pendidikan alternatif.
2. Ia membawa sains tawhidik melalui perenungan gejala alam tabii.
3. Mengangkat tema kearifan peribumi (local wisdom) sebagai silibus.
4. Lapangan terbuka atau alam terbentang adalah bilik darjah.
5. Peribahasa daripada fenomena alam sebagai subjek - contoh ; aur dengan tebing, padi semakin berisi, semakin menunduk.
5. Menggabungkan elemen ; keriangan (excitement), permainan (gamefication).
6. Sekolah Alam mengajarkan peserta sebagai al-Insan al-Kamil, insan adabi, insan budiman, bukan sekadar economic animal.
7. Kegiatannya banyak bersifat ‘hands on’
Sertai kami untuk memberi anak kita pengalaman segar semasa cuti sekolah mereka.