Rein Book Seller

Rein Book Seller Penjual ebook dan novel 📖 bouquet matang

KOMBO DUDA CUKUP RASA🔥DUDA PERASAN BAGUS - ARENA YIDIN TEASER “Rasanya kau terlupa tengok pesanan yang betul hari ni, Al...
25/07/2025

KOMBO DUDA CUKUP RASA🔥

DUDA PERASAN BAGUS - ARENA YIDIN

TEASER

“Rasanya kau terlupa tengok pesanan yang betul hari ni, Alya. Banyak berangan ke apa?”

Ezra menegur sebaik dia muncul di dapur hari itu. Masih p**ang awal dari tempat kerja juga hari ini. Sempat Alya berfikir yang majikannya ini terlalu ingin memantau skop kerjanya.

“Ada apa, Encik Ezra?”

“Sayur untuk Adam dengan Zara mestilah yang organik tapi jangan lebih daripada 120 kalori.”

Alya telan liur. Seriuslah ada orang yang terlalu cerewet sampai macam ni? Dia kena kira ke?

“Err… untuk next day. Hari ni dimaafkan,” tambah Ezra lagi.
“Okey, Encik Ezra. Saya akan lebih fokus untuk hari seterusnya.”

Perlahan suara Alya. Zara dan Adam di meja makan memandang tanpa faham apa yang daddynya sedang bualkan.

“Pasta apa ni? Saya dah pesan elak gluten pada Zara!” Meninggi p**a suara Ezra kali ini buat Alya terkelu sekali lagi.

“Saya guna pasta bebas gluten dari rak sebelah kiri tu, Encik Ezra. Tapi saya campurkan keju sikit sebab Zara kata dia lapar sangat...”
Membulat sudahnya mata Ezra. Tangan naik bersilang di atas dada.

“Lapar bukan alasan, Alya. Keju tu tinggi sodium. Aku ada tampal jadual nutrisi di peti sejuk. Kenapa kau tak baca? Kenapa tak ikut yang tu?”

Alya garu kepala. Cuba bertenang seboleh mungkin. Sekilas memandang Zara dan Adam yang kelihatan bingung dengan Ezra yang sedang marah.

“Selalunya saya ikut aje, Encik Ezra tapi Zara menangis tadi. Dia kata lapar sangat. Saya takut dia tak makan langsung... sebab tu saya letak keju sikit nak bagi rasa lebih sedap.”

Terus Ezra cebik bibir. Tangan di dada masuk ke dalam kocek seluar p**a.

“Aku cuma perlukan pengasuh, bukannya chef. Pemakanan untuk anak-anak tak boleh main agak-agak. Anak aku bukan eksperimen.” Pedas teguran Ezra kali ini buat Alya mati kata.
Fahamlah dia kini kenapa pengasuh anak-anak Ezra bertukar bersilih ganti. Memang cerewet!

“Maaf, Encik Ezra. Saya akan pastikan ikut jadual betul-betul untuk hari lain.” Alya membalas kemudian tertunduk menahan rasa kecewa.

Kali ini dia rasa seperti tidak dihargai sedangkan niatnya hanya untuk menjaga anak-anak Ezra dengan penuh kasih sayang. Dia tidak faham dengan tingkah dan disiplin yang keterlaluan Ezra dalam soal pemakanan berbanding emosi dan cita rasa anak-anaknya.

“Daddy… kenapa daddy marah-marah? Aunty Alya masak ni sedap! Zara s**a.”

“Betul, daddy. Memang sedap…” Adam p**a tunjuk bukti sambil suap pasta sayur ke dalam mulut. Siap ekspresi wajah yang puas hati.

Ezra tarik senyum. Ubun-ubun Zara dan Adam diusap penuh kasih.

“Okey, sayang. Habiskan makan. Lepas tu masuk bilik masing-masing. Boleh tengok kartun dalam tablet setengah jam saja. Tak boleh lebih.”

https://www.wasap.my/60145898522/nakebookDudacukuprasa
📌0145898522





TEASER EMPAT: BAHAGIA YANG DIRINDUKAN karya DAISY AURORA ✨Langkah Datin Emily sudah mula menjauh apabila Puan Jamilah se...
23/07/2025

TEASER EMPAT: BAHAGIA YANG DIRINDUKAN karya DAISY AURORA ✨

Langkah Datin Emily sudah mula menjauh apabila Puan Jamilah segera bersuara, sedikit gugup.

“Err… Datin, saya ada permintaan sikit…”

Datin Emily menoleh semula.

“Ya?”

“Boleh tak kalau Cempaka bekerja di sini? Dia cuma ada saya seorang di kota ni. Saya bimbang nak lepaskan dia di luar sana. Dunia sekarang macam-macam, Datin…”

Seketika, Datin Emily diam. Anak matanya merenung Cempaka dari atas ke bawah. Gadis itu p**a hanya mampu tunduk, tidak sanggup bertentang mata dengan wanita yang punya status dan pengaruh. Jantungnya bagai mahu pecah.

Datin Emily menggaru dagunya perlahan.

“Boleh saja. Lagipun, bolehlah dia tolong kamu di dapur. Malam ni biar dia berehat dulu. Esok baru kita bincang tugasnya.”

“Terima kasih, Datin. Saya hargai sangat.” Puan Jamilah menghela nafas lega.

“Terima kasih, Datin,” ucap Cempaka p**a perlahan.

Sebaik sahaja kelibat Datin Emily menghilang, Puan Jamilah memimpin Cempaka ke sebuah bilik yang terletak di sebelah biliknya sendiri. Cempaka terpaku di hadapan pintu itu. Hiasan dalamannya begitu menenangkan. Cadar putih bersih, almari tinggi berkaca, dan pendingin hawa membuatkan dia terasa seolah-olah sedang berada di dunia yang asing baginya.

“Cempaka, rehat dulu ya. Esok bangun pukul enam. Bilik air dekat luar, hujung lorong. Kalau ada apa-apa, mak cik ada saja.”

“Baik, mak cik. Terima kasih sebab mak cik dah banyak tolong Cempaka. Hanya Allah saja yang dapat balas kebaikan mak cik.”

Puan Jamilah tersenyum.

“Mak cik cuma bantu setakat yang mampu. Rehatlah ya…” ucapnya sebelum perlahan-lahan menutup pintu.

Cempaka membaringkan diri di atas katil empuk. Bibirnya mengukir senyum. Dia mencubit lengan sendiri, masih tidak percaya semua ini nyata. Buat pertama kalinya dalam hidup, dia punya ruang selesa untuk berlindung. Dia punya pekerjaan. Dan tidak lama lagi, dia akan memiliki simpanan hasil titik peluhnya sendiri.

"Alhamdulillah… Ibu, Cempaka dah mula kerja. Lepas ni Cempaka nak simpan duit. Cempaka janji, ibu akan ada batu nisan paling cantik… Ibu tunggu ya..."

Dengan senyuman yang masih tersisa di bibir, dia terlelap. Namun, lena itu tidak lama.

https://www.wasap.my/60145898522/nakebookKomboNeraka
📌0145898522





“No one can love you like I do...”🔥KOMBO NERAKA 8 EBOOKS RM40🔥E-BOOK: STALKER FROM HELLBLURB:Solomon, seorang pelajar A-...
21/07/2025

“No one can love you like I do...”

🔥KOMBO NERAKA 8 EBOOKS RM40🔥

E-BOOK: STALKER FROM HELL

BLURB:

Solomon, seorang pelajar A-Level yang polos dan peramah, tidak pernah menyangka senyuman tulusnya kepada seorang wanita yang memerlukan bantuan di stesyen bas akan mengundang mimpi ngeri paling dahsyat dalam hidupnya.

Clarabella Newton tampak pendiam, manis, dan sopan. Siapa sangka di sebalik wajah biasanya itu tersembunyi obsesi yang semakin membuak. Dia tahu setiap pergerakan Solomon—setiap rutin, setiap kenalan, setiap tempat yang dikunjunginya. Dan bagi Clarabella, mereka sudah ditakdirkan bersama.

Apabila seorang demi seorang teman Solomon ditimpa kecelakaan, dan rumahnya juga tidak lagi selamat, Solomon mula menyedari...

Rupanya bagi stalker itu, cinta mereka bukan sekadar khayalan.

Kerana bagi Clarabella, jika dunia cuba memisahkan mereka, dia sanggup mencipta dunia lain. Dunia yang hanya ada dia dan Solomon.

Sebuah thriller psikologi yang menghantui, menyakitkan jiwa, dan memaksa anda bertanya pada diri sendiri... "What if? What if...?"

https://www.wasap.my/60145898522/nakebookKomboneraka
📌0145898522





Buy 2 free 1 😍[SINOPSIS]Bangun saja dari lena yang panjang, orang pertama yang dia lihat adalah lelaki yang berada di si...
15/07/2025

Buy 2 free 1 😍

[SINOPSIS]

Bangun saja dari lena yang panjang, orang pertama yang dia lihat adalah lelaki yang berada di sisinya tapi sayang, tiada satu pun ingatannya tentang lelaki itu.

"Kita sangat mengenali hingga s**ar untuk aku percaya yang kau hilang ingatan.- Enrique Haqeem.

Kerana peristiwa yang pernah berlaku dulu, Enrique galas tanggungjawab yang bukan miliknya. Tapi benarkah kerana tanggungjawab semata-mata atau kerana luka yang pernah ditinggalkan gadis itu?

"Kenapa awak takut sangat saya keluar dari sini? Apa sebenarnya yang awak sembunyikan dari saya?"- Nayra Irdina.

Nayra Irdina yakin yang Enrique Haqeem ada menyembunyikan sesuatu darinya apatah lagi bila satu per satu ingatannya mulai pulih.

"There's no remedy for memories, Nayra. Kau beruntung sebab kau lupa apa yang sepatutnya kau ingat sampai kau mati tapi aku terseksa sebab aku perlu ingat apa yang kau buat sampai hari ni."- Enrique Haqeem.

Nayra Irdina buntu. Ingatan apa yang sebenarnya dah hilang dari dia? Apa yang sebenarnya berlaku sebelum dia hilang ingatan? Andai Enrique bencikan dia, kenapa lelaki itu melindungi dia?



✨✨✨

[SINOPSIS]

Dia, Mejar Fahd Ghazi. Lelaki yang sibuk mengejar cita-cita dan selesa dengan gelaran bujang terlajak yang disandang. Trauma dan tak ada hati hendak menikah bila dia tengok pengalaman pahit salah seorang temannya yang gagal di dalam rumahtangga. Dalam dia bertegas dengan pendiriannya, tetap muncul seorang wanita yang begitu sibuk mahu masuk ke dalam hidupnya.

“Mak boleh tak halau perempuan tu balik? Fahd ni nak dapat cuti dahlah payah. Asal nampak muka dia aje, ketenteraman Fahd rasa terganggu.” - Mejar Fahd Ghazi

Seringkali dibenci, Anggerik Lanura sendiri buntu di mana salah dan silapnya.

“Abang ni apasal benci sangat dengan Nura?” - Anggerik Lanura

“Aku tak benci.” - Mejar Fahd Ghazi.

“Habis tu yang abang suruh Aunty Fat halau Nura tu kenapa?” - Anggerik Lanura

“Aku memang tak benci, tapi aku rimas.” - Mejar Fahd Ghazi

“Sebab abang tahu Nura s**akan abang?” - Anggerik Lanura

Pantang bersua, pasti akan bertekak. Namun takdir tetap satukan mereka berdua. Fahd kata Fahd bencikan Lanura, tapi Lanura kata Fahd tetap pujaan hati dia.

“Aku tak balik 2-3 bulan. Ada misi. Aku dah cakap tak ada untungnya kahwin dengan tentera macam aku. Asyik kena tinggal adalah. Kau tu yang sibuk sangat terkejar-kejarkan aku. Sekarang, menyesal tak?” - Mejar Fahd Ghazi

“Nura tak pernah menyesal jadi isteri abang. Nura hormat kerjaya abang sebagai tentera.” - Anggerik Lanura

Lanura tetap mencintai, walaupun hati Fahd sekeras kerikil. Berbagai teknik dia cuba untuk melembutkan hati seorang suami.

“Kalau ditakdirkan kita ada anak, Nura nak empat orang. Dua lelaki, dua perempuan. Abang p**a nak berapa orang?” - Anggerik Lanura

“Anak tu takkan wujud selagi kita belum buat proses persenyawaan. Berhenti berangan, boleh?” - Mejar Fahd Ghazi

Punyalah tak mahu sebumbung, kerap kali Fahd cari jalan untuk mengelak bertembung dengan Lanura. Lanura ditipu hidup-hidup kononnya lelaki itu tidak p**ang lama ke rumah kerana bertugas. Lanura p**a seperti pungguk rindukan bulan. Setia menunggu sang suami p**ang ke sisi. Sehinggalah segala penipuan Fahd terbongkar.

“Benci sangat abang dekat Nura sampai sanggup menipu. Meluat sangat nak pandang muka Nura, sampaikan abang biarkan Nura macam tunggul dekat dalam rumah ni. Abang tak nak tengok muka Nura kan? Nura balik kampung. Abang tak payahlah jadi pelarian sedangkan ni rumah abang. Nura cuma menumpang.” - Anggerik Lanura

Bawa diri. Rawat hati. Dan ketika ketiadaan Lanura, entah kenapa buat hati Fahd mula terasa kosong.

“Kau nak ikut aku balik tak? Aku datang nak jemput kau balik ke rumah kita ni.” - Mejar Fahd Ghazi

Semudah itu ke Lanura hendak menuruti? Sedangkan hati masih merajuk. Agak-agak ke mana hala tuju perkahwinan mereka berdua? Berpisah atau masih bersama? Sama-sama kita nantikan pengakhiran kisah mereka berdua di dalam nukilan berbentuk digital ini.



https://www.wasap.my/60145898522/nakebookKombospecialHE
📌0145898522





Semasa berada di tingkatan 6, Nuha secara terang-terangan melancarkan misi pikat hati Cikgu Hazreq. Dia tak peduli tenta...
13/07/2025

Semasa berada di tingkatan 6, Nuha secara terang-terangan melancarkan misi pikat hati Cikgu Hazreq. Dia tak peduli tentang pelajarannya sebab target dia adalah menjadi isteri cikgu itu.

"Tapi cikgu... Hati saya ni tak ada topik yang mampu buat saya hafal macam saya hafal nama cikgu." - Nuha

Tapi bagi Cikgu Hazreq, dia cuma menganggap Nuha cukup sebagai seorang pelajar STPM.

"Antara kita ada jurang, Nuha. Saya tak mampu anggap awak lebih dari seorang pelajar." -Cikgu Hazreq

Tapi Nuha tidak berputus-asa terlalu awal. Dia lakukan macam-macam untuk curi hati Cikgu Hazreq sehingga lah dia dapat berita yang cikgu itu sedang berhubungan dengan cikgu praktikal di sekolah mereka.

Habis sahaja STPM, Nuha semakin gusar apabila Cikgu Hazreq semakin rapat dengan cikgu praktikal itu. Ini mendorong Nuha untuk buat kerja gila dengan memerangkap cikgu dia sendiri.

Saat semuanya berjalan sesuai seperti yang dia rancang, Nuha terkejut apabila muncul seorang lagi 'Cikgu Hazreq' yang membuatkan dia keliru.

"Nuha, tu kembar cikgu. Apa awak dah buat ni?" Cikgu Hazreq

Dunia terasa gelap. Rupanya dia tersalah perangkap. Lelaki yang ada serumah dengannya ketika itu adalah Hazrel, kembar seiras Cikgu Hazreq.

"Kau hadir dalam hidup aku sebagai beban. Kau perangkap aku dan rosakkan hubungan aku dengan Sofea. Kau buat aku terjebak dalam perkahwinan ni sedangkan bukan aku yang kau nak!" -Hazrel

Ya, dia bencikan Nuha sebab keputusan bodoh gadis itu akhirnya menjebakkan dia dalam perkahwinan yang dia sendiri tak pernah bayangkan seawal ini.

"Saya minta maaf. Sumpah saya tak tahu yang cikgu ada kembar. Saya ingatkan malam tu awak adalah dia."- Nuha

"Kalau kata maaf kau dapat pulihkan maruah aku, aku akan terima."- Hazrel

Cikgu Hazreq dia tak dapat, sekarang disatukan p**a dengan Hazrel. Lelaki yang sangat bencikan dia dan menganggap kehadiran dia hanyalah beban.

Dapatkah Nuha lembutkan sekeping hati milik Hazrel atau dia Hazreq akan kembali menyambut cinta Nuha yang dia pernah sia-siakan?



✨✨✨

Alina Zahrani baru sahaja dikhianati oleh lelaki yang dia sangka akan menjadi suami. Dan lebih pedih, dia dikhianati oleh sahabat baiknya sendiri. Ketika hatinya masih luka, dia diberi satu lagi tamparan takdir: Papa mahu dia kahwin. Dengan siapa? Rayyan Iskandar. CEO muda, ego tinggi, pl***oy penuh skandal — dan lelaki yang dia tak pernah sangka akan jadi suaminya.

Rayyan p**a, terpaksa menerima cadangan gila ayahnya demi warisan syarikat. Bagi dia, cinta tak wujud. Tapi bila syarat warisan ialah "kahwin atau hilang segalanya", dia setuju — dengan satu syarat: jangan jatuh cinta.

Mereka pun berkahwin. Bukan kerana cinta. Tapi kerana perjanjian.

"Kita kahwin hanya di atas kertas. Tak akan ganggu hidup masing-masing. Dan tak akan jatuh cinta."

Namun, hidup sebumbung bukan mudah. Terutama bila ada kucing bernama Robert, yang lebih setia daripada mana-mana manusia yang pernah wujud dalam hidup Alina.

Dari sindiran pedas...

"Kalau saya tidur sekatil dengan awak, saya akan letakkan bantal peluk, kawat duri, dan Robert sebagai pengawal peribadi."

Kepada detik tak dijangka...

“Awak peluk saya dalam tidur!”
"Saya... mimpi awak."

Dan ketika hati mula lembut, satu rahsia mengubah segalanya. Suara perempuan lain di telefon Rayyan menghancurkan kepercayaan yang baru saja dibina.

“Terima kasih malam tadi. Saya akan sesat tanpa awak.” – Hani

Alina pergi. Tanpa pesan panjang. Hanya satu nota:

“Bunga ni cantik. Tapi kata-kata kau semalam… lebih cantik. Malangnya, semuanya hanya sementara. Jangan cari aku.”

Adakah Rayyan akan biarkan Alina pergi? Atau adakah dia akhirnya sedar — cinta itu bukan kelemahan… tetapi satu-satunya kekuatan yang dia perlukan untuk menebus segalanya?



https://www.wasap.my/60145898522/nakebookKombobenci
📌0145898522





DUDA TERHANGAT DI PASARAN TERGILA-GILAKAN AKU...? by IZZY ISABELLE JONES BLURB:(Aku ni pengasuh anak-anak bos ke... peng...
13/07/2025

DUDA TERHANGAT DI PASARAN TERGILA-GILAKAN AKU...? by IZZY ISABELLE JONES

BLURB:

(Aku ni pengasuh anak-anak bos ke... pengasuh bos?)

Meloure, gadis kampung biasa yang polos dan ceria, tak pernah menyangka hidupnya akan berubah hanya kerana satu permohonan kerja part-time. Saat diterima bekerja sebagai pengasuh kepada sepasang anak kembar, dia terkejut besar bila mendapati majikannya adalah Jibrael Malik—duda tampan, CEO kaya dan garang, yang juga bosnya di pejabat!

Daripada seorang sekretari biasa, Meloure mula menjadi perhatian, bukan saja kerana kecuaiannya yang sering mengundang tawa, tetapi juga kerana hatinya yang tulus dan masakannya yang menawan selera.

Dalam diam, Tuan Jibrael mula membuka hatinya… tapi hubungan mereka diuji dengan kehadiran bekas mertua yang membenci Meloure, bekas tunang yang datang merayu kembali, serta gosip liar yang menggegarkan media sosial.

Antara cinta, maruah, dan cabaran dua dunia berbeza, mampukah Meloure bertahan dan menjadi ‘mama’ yang sebenar dalam hidup anak-anak Jibrael?

https://www.wasap.my/60145898522/nakebookDudaterhangatdipasaran
📌0145898522





Trio Sweet Love ❤️BLURBTERSUKA ABANG MONTELARENA YIDINLumrah baginya gadis yang cantik dan sempurna, mengimpikan lelaki ...
30/06/2025

Trio Sweet Love ❤️

BLURB
TERSUKA ABANG MONTEL
ARENA YIDIN

Lumrah baginya gadis yang cantik dan sempurna, mengimpikan lelaki yang level serupa. Handsome dan bergaya. Namun apa daya jika suratan takdir tidak memihak padanya.

Tanpa dipinta, aturan keluarga menjadi titik dalam soal jodohnya. Figura montel pilihan utama. Apa daya, dalam berusaha menolak, dia terperangkap dalam situasi s**ar apabila kesihatan orang tua menjadi taruhan.

“Kat tak naklah, daddy. Kat dah ada pilihan sendiri. Kenapa kena kahwin dengan dia? Dia gemuklah. Kat tak s**a!” LILY KATRINA

Dalam pada menolak dan terpaksa akur, Lily tetapkan pendirian agar pilihan hatinya bangkit berjuang. Namun apa daya kerana tidak nampak jalan bahagia yang akan dia tuju. Si hero pujaan lebih dulu mengundur diri.

Sudahnya dia pasrah setelah tidak ada jalan yang terbaik demi mommy dan daddy. Kata mereka, lelaki montel yang menjadi pilihan bukan hanya demi memulangkan hak, tapi lebih daripada satu amanah yang harus ditunaikan demi mengecap kebahagiaan yang sudah lama hilang.

“Ada sebab daddy pilih Ejad jadi pasangan kamu, Kat. Jangan pandang fizikal dia. Pandanglah hati dia. Daddy yakin kamu akan bahagia.” DATO’ RAZAK

Lily rasakan dunianya sudah berakhir. Hingga dia sah bergelar isteri si abang montel, bermacam cara dia lakukan demi kata perpisahan.

“Saya nak mintak satu aje daripada awak, Cik Lily. Dalam masa tujuh hari, ikut saya balik ke rumah ayah dan ibu. Biar dia orang rasa ada menantu. Layan saya selayaknya seorang suami dekat depan dia orang. Dekat belakang dia orang, terp**anglah kalau awak nak benci saya.” EJAD FAHMI

Lily berasa teruja. Apalah sangat tempoh tujuh hari jika nak dibandingkan dengan masa yang dia minta untuk dilepaskan.

Namun sesuatu telah terbongkar dalam tempoh tujuh hari yang dia tunggu. Dalam tak sedar Lily sudah jatuh cinta. Mampukah dia menafikan lagi segala rasa yang sudah ada?

Siapa sebenarnya si abang montel yang dia cuma kenal sebagai lelaki penghancur bahagianya? Kenapa juga di hujungnya lelaki itulah figura yang buat dia jatuh cinta?

🌹🌹🌹🌹🌹

BLURB
CINTA DALAM TEH TARIK
AQ CYNDERELLA

Ratu teh tarik gagal, tapi tetap percaya setiap buih ada harapan.
“Kalau buih teh tarik kau tak naik, jangan harap jodoh pun nak datang.” - Nurin Aira

Nurin Aira adalah penganggur terhormat. Sementara menunggu panggilan kerja, dia memilih untuk menjadi s**arelawan di rumah orang-orang tua.

Tapi semuanya berubah bila datang seorang lelaki misteri, pendiam, dan berwajah ketat macam baru keluar dari kilang ais. Dia muncul dengan beg galas, aura dingin, dan dada yang... pernah kena tumpah teh tarik Nurin. Adam Luthfi.

Nurin sangka Adam s**arelawan baru. Yang sombong. Yang beku. Yang selalu buat dia naik angin dan naik pelamin dalam angan. Semuanya berubah kerana satu senyuman. Senyuman maut sehingga membuat seorang Nurin Aira jatuh pengsan.

Cinta Dalam Teh Tarik, kisah lawak, sengal dan manis tahap diabetes.

“Kalau awak tak reti tarik teh, mungkin Tuhan tengah ajar awak... tarik hati orang.” - Adam Luthfi.

🌹🌹🌹🌹🌹

BLURB
DIA BUKAN CINDERELLA
PENA MERAH

INI bukan kisah dongeng seperti Cinderella.
Ini kisah gadis Melayu bernama Luna Adreena atau Reena yang menyimpan cita-cita besar demi masa depan yang lebih baik. Namun, hidup tidak selalunya indah.

Segalanya berubah apabila wang peninggalan arwah Opah Kalsom, satu-satunya harapan untuk Reena melanjutkan pelajaran, dirampas rakus oleh ayah kandungnya sendiri, Tuan Sham, lelaki yang tak punya sekelumit rasa belas.

Malam pertama kehilangan opah tercinta, Reena dibiarkan bersendirian. Malam itu juga, dia nyaris menjadi mangsa rogol abang tiri sendiri. Dalam ketakutan, Reena nekad melarikan diri.
Takdir menemukan Reena dengan Zairel Haqeem, lelaki yang menjadi penyelamat saat dunia memusuhinya. Kerana tiada tempat bergantung, Reena dibawa p**ang ke rumah nenek Zairel, Nek Khalida, seorang wanita berhati emas yang membuka pintu dan hatinya untuk Reena.

Keakraban antara dua jiwa wanita itu menumbuhkan benih rasa dalam hati Zairel. Tanpa sedar, perasaan itu mekar dan Nek Khalida lebih awal menghidu cinta yang terselit di balik pandangan Zairel terhadap Reena.

Zairel nekad ingin menghalalkan hubungan itu. Namun, saat restu ingin diraih, Tuan Sham dan Puan Maryam, manusia berhati dingin dan berdiri menghalang restu dari si ayah kandung!

Apakah cinta mampu mengubah takdir yang pedih? Atau Reena harus kembali merangkak dalam luka silamnya?

https://www.wasap.my/60145898522/nakebookTrioSweetLove
📌0145898522





Kasih sayang seorang ibu tidak pernah luntur dan Mary beranggapan semua ini ada hikmahnya. Tidak lama itu, datang Lasti,...
08/06/2025

Kasih sayang seorang ibu tidak pernah luntur dan Mary beranggapan semua ini ada hikmahnya. Tidak lama itu, datang Lasti, mendekati ibunya sendiri di wad sedang menunggu Joe sedar.

“Lasti, kamu okay?”Kata Mary.

“Ya ibu, saya akan kembali ke rumah ibu mulai hari ni..Ryan..”

“Apa dia anakku?”

“Dia menghalau saya,”Kata Lasti, lalu menangis. Mary mendapatkan Lasti, memeluk erat dengan membiarkan bahunya tempat sandaran Lasti.

Mary tidak dapat berbuat apa-apa kecuali berdoa dan berharap segalanya akan berlalu pergi lalu memberi mereka kekuatan dan kesegaran minda untuk lepas dari trauma masa lalu.

“Tabahlah anakku,”Kata Mary, sedih sangat melihat keadaan anaknya.

Selama dua hari menjaga Joe yang lemah di katil hospital, akhirnya pagi Isnin, bangunlah dia dari tidur berpanjangan. Angel, Mary dan Lasti menghampiri Joe, riang seketika dan masing-masing mengucap syukur.

“Ibu, maafkan Joe sebab merisaukan kamu,”Kata Joe, dengan bibir keringnya, bersama wajah yang pucat sekali tetapi tidak diambil kisah oleh tiga orang wanita itu.

“Tiada apa-apa perlu kamu minta maaf…kami terbuka hati menjaga kamu, kerana kami sayangkan kamu,”Kata Mary.

https://www.wasap.my/60145898522/nakebookWanitadisebaliktabir
📌0145898522





LELAKI PALING DIA BENCI “Ayah, adik minta maaf. Adik minta maaf. Adik terleka. Adik terlalai dengan kepalsuan dia. Adik ...
01/06/2025

LELAKI PALING DIA BENCI

“Ayah, adik minta maaf. Adik minta maaf. Adik terleka. Adik terlalai dengan kepalsuan dia. Adik minta maaf ayah. Minta maaf...” pinta Tihani teresak-esak.

Dia kembali mengetuk kepalanya berkali-kali dengan tangan yang sama. Hukuman atas kelalaiannya sejak akhir-akhir ini.

“Ka...”

“Tihani! Apa yang kau buat ni?” Meluru laju Nuh mendekati Tihani. Kemudian tangan isterinya itu dicapai dan dipegang kuat. Tak mahu Tihani terus mencederakan diri sendiri.

“Lepas. Lepaskan aku. Lepaslah!” jerit Tihani kuat.

Terus Nuh tarik Tihani ke dalam pelukannya bila isterinya itu terus meronta-ronta. Dipeluk erat-erat tubuh itu. Tak mahu Tihani terus-menerus menghukum diri. Dalam masa yang sama, dia mahu menenangkan Tihani yang nampak seperti tak boleh dikawal.

“Lepas. Lepas. Aku benci kau. Aku sangat bencikan kau Nuh!”

Nuh tak mengendahkan permintaan Tihani. Bimbang kalau-kalau isterinya itu bertindak lebih ganas.

“Tenanglah. Tenanglah Tihani. Aku ada dengan kau. Aku selalu ada dengan kau,” bisik Nuh ke telinga Tihani.

Dalam hati dia sungguh-sungguh berdoa biar Tihani lebih tenang. Namun andaiannya silap. Makin disuruh Tihani bertenang, makin kuat isterinya itu meronta-ronta.

“Lepas. Lepas. Kau jangan sentuh aku dengan tangan kotor kau tu. Jangan berani dekat dengan aku,” marah Tihani sambil memukul-mukul belakang Nuh yang enggan melepaskan tubuhnya.

“Tihani Qadeja...”

“Lepas. Lepas. Aku haramkan kau sentuh aku walaupun di hujung rambut sekali pun. Aku haramkan!”

Masih menjujuh-jujuh air mata di p**i Tihani. Tanda hatinya di dalam rabak. Dia tak sepatutnya berkahwin dengan Nuh. Terasa dia seperti pengkhianat pada keluarganya yang telah tiada.

“Maaf... aku minta maaf pada kau Tihani. Pada seluruh ahli keluarga kau. Aku minta maaf.”

Terus pukulan Tihani pada Nuh terhenti, dia mengangkat wajah. Tajam matanya menerobos anak mata Nuh yang nampak memerah. Sayangnya suram di wajah suaminya itu hanya membuatkan darahnya bertambah-tambah menggelegak.

“Aku nak cerai!” pinta Tihani kuat menggamatkan suasana yang menyelubungi mereka.

Nuh lepaskan pelukan pada Tihani. Kemudian dia memegang kedua-dua tangan isterinya itu. Permintaan tiba-tiba Tihani di luar dugaannya. Padahal bukan ini yang dia harap ketika membuat keputusan mengambil Tihani menjadi isterinya.

“Aku tak nak jadi isteri kau lagi. Aku nak cerai!”

“Tihani...”

“Aku kata aku nak cerai tu aku nak cerailah. Kau ceraikanlah aku sekarang. Aku tak nak jadi isteri kau lagi. Ceraikan aku. Ceraikan akulah Nuh!”

Tihani nampak benar-benar diamuk amarah tapi dalam amarah itu dia melihat betapa terlukanya sekeping hati isterinya itu. Betapa berat beban perasaan yang terpaksa digalas selama berbelas-belas tahun lamanya.

Diam-diam, hati Nuh di dalam terasa seperti disiat-siat kejam. Dia kesal! Kalaulah dia tak memandang mudah semua perkara. Kalaulah dia tak bersikap mementingkan diri sendiri. Kalaulah dia lebih peduli.

Tapi kini segala-galanya hanya tinggal kalau, sedangkan yang paling menderita antara semua yang terlibat, Tihani.

“Aku nak cerai. Aku nak cerai!”

Kepala Nuh menggeleng lemah dengan riak sebak.

“Pukul aku. Pukullah sebanyak mana dan sekeras mana pun kau nak. Pukullah aku sepuas hati kau. Tapi tolong... tolonglah jangan sesekali kau pukul diri sendiri macam tadi. Tolonglah Tihani, tolonglah...” Tenang Nuh berkata sambil mata menikam dalam mata Tihani.

Bengkak mata Tihani kerana banyak menangis. Merah matanya sendiri menahan tangis.

Dan bila pukulan pertama Tihani tepat mengena dada, Nuh memejamkan matanya rapat-rapat. Terasa sakit, dia mengetap bibirnya rapat.

Pukullah Tihani, pukullah... desis hati kecil Nuh tanpa Tihani tahu.

https://www.wasap.my/60145898522/nakebookAidiladhaAleyaAneesa
📌0145898522





“Saya minta maaf, Miss Icha kalau semua yang berlaku ni berpunca daripada saya. Saya akan bertanggungjawab.”“Apa yang yo...
28/05/2025

“Saya minta maaf, Miss Icha kalau semua yang berlaku ni berpunca daripada saya. Saya akan bertanggungjawab.”

“Apa yang you nak buat, Rezza? You balik ajelah. Siapkan your assignment. Jangan hantar selagi tak lengkap. Jangan salahkan I kalau markah you rendah, Rezza. I tahu you pelajar yang ada potensi untuk berjaya. You cemerlang dalam banyak subjek dan I nak you cemerlang dalam subjek yang I ajar jugak.”

Tersenyum Rezza kali ini. Bagai mendapat seribu sokongan, hatinya berbunga riang.

Dia tahu soal assignment yang menjadi kurang lengkap di mata Batrisya. Dia tahu siapa puncanya yang sabotaj tugasannya itu.

Soal itu biarlah dia bersemuka dengan empunya gerangan yang berhati busuk itu setelah urusannya dengan Batrisya selesai.

“Okey, Miss Icha. Saya cuma nak Miss Icha tahu yang saya selalu ada kalau Miss Icha perlukan seseorang.”

Belum sempat Batrisya membalas, pintu bilik terkuak semula dan muncul Prof. Izzu dari sana.

“Baby… err… Miss Icha… sorry…”

Terpanar kedua figura itu dengan kedatangan mengejut itu. Lebih terkejut Prof. Izzu yang sudah terlanjur memanggil Batrisya dengan panggilan manja. Dia pusing belakang seketika dan kemudian berpaling ke arah Batrisya dan Rezza semula.

“Sorry, I tak tahu you ada pelawat.”

Batrisya cebik bibir. Jujur masih kurang senang dengan kedatangan Prof. Izzu.

Tanpa diduga, Batrisya mengambil jambangan bunga dari tangan Rezza. Dicium hingga terpejam matanya. Segera dia melirik kepada Prof. Izzu hingga hampir keluar jantung lelaki itu dengan tingkah Batrisya.

Rezza yang sedikit terkelu dengan tindakan reflek Batrisya, hanya statik berdiri. Menjadi penonton pada drama sebabak yang dilakonkan Batrisya sebentar tadi.

“Student I nak I cepat sembuh. Sebab tu dia bagi I bunga. I kan s**a bunga. Jadi mungkin besok I dah boleh discharge dan I akan masuk mengajar semula. Bosan tau duduk dalam bilik ni.”

Sekali lagi Batrisya menjeling Prof. Izzu. Memang dia berniat nak menyakitkan hati lelaki itu.

“By the way, terima kasih dah bawak I ke sini. Rezza kata, you yang tolong I. Sayang jugak you pada rakan pensyarah you ni kan, prof? Thank you sangat-sangat! Kalau you tak keberatan, boleh tak you tinggalkan I berdua dengan best student I ni, prof? I ada benda nak bincang dengan dia. Privacy sikitlah.”

“Err… tak boleh bincang dekat kolej ke, Miss Icha? I pun sebenarnya ada hal nak bincang dengan you.”

Ragu-ragu Prof. Izzu bersuara. Mengatur kata-kata agar tidak menimbulkan curiga pelajar di hadapannya.

“Kita bincang dekat pejabat kolej ajelah nanti, prof. Biar selesa sikit. Kesian p**ak student I ni dah lama tunggu dekat luar. Boleh ya, prof?”

Prof. Izzu yang dilanda sakit hati mundar-mandir di situ. Lebih tidak tahan pada rasa cemburu yang hinggap di relung hati.

Memang Batrisya mahu mencari pasal dengannya.

Boleh p**a dia lebih memilih student berbanding dirinya seorang professor.

Terasa jatuh air mukanya di depan pelajar ini.

https://www.wasap.my/60145898522/nakebookTerpalingLecturer
📌0145898522








“Kenapa awak diam?”Teguran isterinya mematikan lamunan Qazryll. Terukir senyuman kecil pada ulas bibirnya.“Dah isteri ab...
24/05/2025

“Kenapa awak diam?”

Teguran isterinya mematikan lamunan Qazryll. Terukir senyuman kecil pada ulas bibirnya.

“Dah isteri abang diam, abang pun diam jugalah.” Pelukan dieratkan lagi.

“Awak nak saya cakap apa?”

Qazryll tersenyum lagi. Kemudian, kepalanya dialihkan daripada bahu isterinya. Wajah itu ditatap lama. “Abang nak Faa cakap yang Faa sayangkan abang.”

Terhambur ketawa kecil daripada ulas bibir Asyfaa.

“Kenapa ketawa?”

“Lain! Yang itu simpan dulu.”

“Kenapa nak simpan? Faa tak sayangkan abang ke?” Qazryll tarik muncung.

“Isteri mana yang tak sayangkan suami dia?”

“Jadi, Faa sayangkan abanglah, ya?”

Hanya anggukkan kecil yang diberikan sebagai balasan.

“Habis tu, kenapa susah sangat nak lafazkan? Satu perkataan saja pun.”

“Kalau saya tanya awak soalan tu, apa jawapan yang awak akan berikan?”

“Soalan apa?” Sengaja Qazryll mengusik.

“Err… awak sayang saya tak?” Teragak-agak Asyfaa mahu bertanya. Cepat sahaja bebola matanya dilarikan. Seganlah nak pandang wajah suaminya.

“Mestilah sayang. Suami mana yang tak sayangkan isterinya?” Qazryll mengulangi semula baris ayat yang Asyfaa sebut sebentar tadi.

“Iyalah tu!”

“Yalah! Tak percaya ke?”

“Ya, percaya!”

“Kalau percaya, pusing ke sini sekejap.” Qazryll melonggarkan pelukannya. Kemudian, perlahan tubuh isterinya dipusingkan supaya menghadap ke arahnya.

Asyfaa menjungkitkan kening sebagai pertanyaan senyap. Ada debaran yang berirama halus di dalam dada tatkala melihat renungan sepasang mata suaminya.

Beberapa saat berlalu, Qazryll tetap merenung wajah itu. Semakin direnung, semakin dia sedar. Dia sudah jatuh cinta berkali-kali! Jatuh cinta pada isterinya!

KOMBO CINTA 💞
RM50 (7 E-BOOK 7 Penulis)

- Ikatan Hati ( )
- Dalia Aamina Bidadari Depan Rumah ( )
- Kuasa Cinta ( )
- Garisan Buruj Jiwa ( )
- Ecah ( )
- Drama Cinta Qazryll & Asyfaa ( )
- Si Cantik Mardiha ( )


https://www.wasap.my/60145898522/nakebookKomboCinta
📌0145898522





Address

Matang

Opening Hours

Monday 09:00 - 13:45
Tuesday 09:00 - 13:00
Wednesday 09:00 - 13:00
Thursday 09:00 - 13:00
Friday 09:00 - 13:00
Saturday 09:00 - 13:00
Sunday 09:00 - 13:00

Telephone

+60145898522

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Rein Book Seller posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Rein Book Seller:

Share