Irfanqsn

Irfanqsn Video Creator

Stage 3 PETRONAS Le Tour de Langkawi 2025
30/09/2025

Stage 3 PETRONAS Le Tour de Langkawi 2025

📸 Sulaim & AqilaSenyuman, debaran, dan momen penuh rasa. Semuanya terakam pada hari yang cukup bermakna buat pasangan du...
13/09/2025

📸 Sulaim & Aqila
Senyuman, debaran, dan momen penuh rasa. Semuanya terakam pada hari yang cukup bermakna buat pasangan dua sejoli ni 💍✨

Kalau korang tengah cari photographer untuk wedding, event atau sukan, boleh roger je terus!

📱 Irfan – 019-595 9955

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-68. Hasil tangkapan hari ini.
31/08/2025

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-68. Hasil tangkapan hari ini.

7 JULAI 2025 | ISNIN - PROGRAM ONE STOP CENTRE (OSC) SEJAHTERA SOSIAL – MUKIM GERIKProgram One Stop Centre (OSC) Sejahte...
08/07/2025

7 JULAI 2025 | ISNIN - PROGRAM ONE STOP CENTRE (OSC) SEJAHTERA SOSIAL – MUKIM GERIK

Program One Stop Centre (OSC) Sejahtera Sosial anjuran kerajaan telah diadakan di Mukim Gerik sebagai inisiatif memperkasa ibu bapa dan anak-anak melalui ilmu, kemahiran dan peluang bersesuaian ke arah membina masa depan yang lebih cerah.

Antara pengisian utama termasuk padanan pekerjaan, demonstrasi kemahiran, kursus keusahawanan, reruai bantuan, serta sesi inspirasi bersama ikon Program Anak Kita (KPM). Program ini dirangka untuk membina keyakinan, menyuntik semangat dan memberi ruang kepada peserta meneroka potensi diri.

Inisiatif ini selari dengan aspirasi Perak Sejahtera 2030 dalam menyediakan akses yang lebih inklusif kepada sokongan sosioekonomi untuk semua lapisan masyarakat.

6 JULAI 2025 | AHAD - UMNO BAHAGIAN GOPENG 2025: MENYAMBUNG LEGASI, MEMBINA SOLUSIMajlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan ...
08/07/2025

6 JULAI 2025 | AHAD - UMNO BAHAGIAN GOPENG 2025: MENYAMBUNG LEGASI, MEMBINA SOLUSI
Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Gopeng 2025 berlangsung dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Saarani Mohamad, Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, serta Presiden UMNO, YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Mesyuarat turut dihadiri kepimpinan UMNO Bahagian termasuk Ketua UMNO Gopeng, Dato’ Hang Tuah bin Din bersama para perwakilan dari seluruh cawangan. Pelbagai perkara melibatkan hala tuju parti, pembangunan negeri dan aspirasi Perak Sejahtera 2030 turut disentuh dalam sesi pertemuan dan amanat.

5 JULAI 2025 | SABTU - Perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Ipoh Barat oleh YB Dato’ Salbiah Mohamed, Ket...
08/07/2025

5 JULAI 2025 | SABTU - Perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Ipoh Barat oleh YB Dato’ Salbiah Mohamed, Ketua Wanita UMNO Negeri Perak merangkap EXCO Kerajaan Negeri Perak

5 JULAI 2025 | SABTU - AKADEMI RAGBI IPOH KIDS (ARAI KIDS): LANGKAH KECIL UNTUK BINA MASA DEPANLebih 50 peserta berusia ...
08/07/2025

5 JULAI 2025 | SABTU - AKADEMI RAGBI IPOH KIDS (ARAI KIDS): LANGKAH KECIL UNTUK BINA MASA DEPAN

Lebih 50 peserta berusia seawal 9 tahun menyertai sesi pertama Akademi Ragbi Ipoh Kids (ARAI KIDS) yang diperkenalkan sebagai inisiatif awal membina minat dan asas dalam sukan ragbi sejak peringkat sekolah rendah.

Program ini muncul sebagai respon kepada jurang kesinambungan pembangunan ragbi antara sekolah rendah dan menengah di kawasan Kinta Utara, dengan hanya beberapa buah sekolah menengah harian yang kekal aktif dalam sukan ini.

ARAI KIDS digerakkan oleh Persatuan Ragbi Daerah Kinta (PRDK) sebagai usaha membentuk ekosistem pembangunan ragbi akar umbi yang lebih inklusif dan mampan di Ipoh dan Perak.

26 JUN 2025 | KHAMIS - Kunjungan hormat kepada YB Dato Seri Setia Dr. Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, Menteri Sumber...
08/07/2025

26 JUN 2025 | KHAMIS - Kunjungan hormat kepada YB Dato Seri Setia Dr. Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin, Menteri Sumber Utama dan Pelancongan Brunei Darussalam.

Pertemuan ini membuka ruang perbincangan berkaitan potensi kerjasama strategik dalam pembangunan usahawan, khususnya dalam usaha memperluas akses pasaran luar bagi produk dan perkhidmatan dari Negeri Perak.

Masjid Jamek Hasanil Bolkiah Brunei Darussalam
08/07/2025

Masjid Jamek Hasanil Bolkiah Brunei Darussalam

26 JUN 2025 | KHAMIS  - Kunjungan hormat kepada TYT Datuk Mohd Aini Atan, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Bandar Seri Beg...
08/07/2025

26 JUN 2025 | KHAMIS - Kunjungan hormat kepada TYT Datuk Mohd Aini Atan, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Bandar Seri Begawan ,Brunei Darussalam.

25 JUN 2025 | RABU - Majlis Perasmian Consumer Fair & Trade Expo Ke-31 (CFTE31) dan Persidangan CONFAC Ke-2 di Brunei, m...
08/07/2025

25 JUN 2025 | RABU - Majlis Perasmian Consumer Fair & Trade Expo Ke-31 (CFTE31) dan Persidangan CONFAC Ke-2 di Brunei, menghimpunkan pelbagai delegasi dari serata Asia bagi membincangkan hala tuju ekonomi serantau dalam landskap global yang mencabar.

CFTE31 merupakan antara ekspo perdagangan terbesar di Brunei, dengan penyertaan lebih 13 negara termasuk Malaysia dan kehadiran melebihi 100,000 pengunjung setiap tahun. Penyertaan usahawan dari Perak dilihat sebagai langkah penting dalam meluaskan pasaran serta mengetengahkan jenama tempatan di peringkat serantau.
Ucapan pembukaan disampaikan oleh wakil D’Sunlit Sdn Bhd dan Presiden NCCIBD, diikuti dua ucaptama oleh Dr Diana Cheong (CSPS) dan Khairy Jamaluddin yang menyentuh isu transformasi ekonomi, kerjasama serantau dan ketahanan dalam ekonomi global masa kini.

Majlis turut dihadiri pegawai kanan Kerajaan Negeri Perak sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh kerjasama dua hala.

22 JUN 2025 | AHAD - YB Datuk Seri Johari Bin Abdul Ghani, Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi...
08/07/2025

22 JUN 2025 | AHAD - YB Datuk Seri Johari Bin Abdul Ghani, Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi hadir merasmikan Mesyuarat Perwakilan Serentak UMNO Bahagian Gerik 2025 melibatkan sayap Wanita, Pemuda dan Puteri.

Majlis berlangsung di Dewan Serbaguna Gerik dengan penyertaan perwakilan dari seluruh cawangan UMNO Bahagian Gerik.

Address

Lahat
31500

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Irfanqsn posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share