Persatuan Perfileman Rungus Sabah -Rusafa

Persatuan Perfileman Rungus Sabah -Rusafa "Meraikan Budaya Rungus Melalui lensa Filem"

31/12/2024

๐Ÿฏ๐Ÿญ ๐——๐—ฒ๐—ฐ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ || UCAPAN
๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐˜ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐˜ ๐—ง๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป ๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

Kami dari Persatuan Perfileman Rungus mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baharu 2025!

Semoga dengan tahun baharu ini kita semua akan lebih berjaya, bersemangat dengan kerjaya masing-masing."

Meraihkan Budaya Rungus melalui Lensa perfileman"

SELAMAT TAHUN BARU 2025!
cc @ Oyongheart Beat
Ikhlas daripada,
Persatuan Perfileman Rungus sabah
Rungus Sabah film Association( RUSAFA)

26/12/2024

๐ŸŽ„โœจ Mengucapkan Selamat Krismas dan Tahun Baru 2025 yang penuh kegembiraan, cinta, dan kehangatan! ๐ŸŽ Dari kami semua Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Perfileman Rungus Sabah (RUSAFA), semoga musim cuti anda ceria dan bersinar. ๐ŸŒŸ..............................................................................
๐ŸŽ„โœจ Wishing you a Merry Christmas and a Happy New Year 2025 filled with joy, love, and warmth! ๐ŸŽ From all of us, the Board Members of the Rungus Sabah Film Association (RUSAFA), may your holiday season be merry and bright. ๐ŸŒŸ
Oyongheart Beat Patricia Grace Rejos Omsaja Mo Zaidi Umin Alfrenly U-toe Jamri Palafell Sopidi MD MuAz H Musa Tuni Stark Sheron Tan









KENYATAAN MEDIA | RUSAFA ยฉยฎRUSAFA, PEMANGKIN PEMBAGUNAN  YANG MENGANGKAT SENI DAN BUDAYA RUNGUS MELALUI MEDIUM LENSA PER...
17/11/2024

KENYATAAN MEDIA | RUSAFA ยฉยฎ

RUSAFA, PEMANGKIN PEMBAGUNAN YANG MENGANGKAT SENI DAN BUDAYA RUNGUS MELALUI MEDIUM LENSA PERFILEMAN

HOBUT,MATUNGGONG,11.11.24 :
Persatuan Perfileman Rungus Sabah yang juga dikenali sebagai Rungus Sabah Film Association, (RUSAFA) telah menjayakan pada pertama kali Mesyauarat Majlis Pelancaran Penaja apabila sebulat suara selesai membuat keputusan dalam pembentukan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) yang akan bertanggungjawap mentahbir dan mengurus persatuan tersebut , yang baru- baru ini dilaksanakan bertempat di bilik VIP ,De Norma cafรฉ Pada jam 2 petang hari yang sama dijadualkan .

Dalam kata-kata aluan ucapan beliau , iaitu Tuan Pengerusi Encik Davis Dickson , menyatakan hasratnya dengan penuh rasa hormat , kesyukuran dan merakamkan ribuan ucapan terima kasih kepada timbalan
pengerusinya ;Encik Denis Pius Mongunjin,
bendahari RUSAFA , iaitu Encik Zaides bin Umin dan rakan-rakan ahli RUSAFA yang hadir turut serta dalam menjayakan perjumpaan mesyuarat tersebut.Sebagai Pengerusi Persatuan perfileman Rungus Sabah (RUSAFA), Tuan Davis Dickson telah berkata โ€œ Kehadiran dan sokongan anda semua amatlah bermakna dalam usaha kita membangunkan industri filem Rungus di Sabah.RUSAFA ditubuhkan ini dengan matlamat untuk mengangkat seni dan budaya Rungus melalui medium filem. Kita berusaha untuk memaparkan keindahan budaya dan identiti kita kepada dunia luar, dan ini hanya akan dapat dicapai dengan kerjasama padu daripada semua pihak di dalam persatuan yang kita asaskan ini โ€™ Katanya.

Sementara beliau berkata kepada Timbalan Pengerusinya ,iaitu Encik Dennis Pius Mongunjin, menyatakan โ€œsaya merasa terima kasih atas usaha timbalannya itu dalam menyokong dan menggerakkan aktiviti-aktiviti RUSAFAโ€. Tambahnya lagi ,โ€ saya juga ingin berterima kasih kepada Bendahari kita, Encik Zaides kerana menguruskan kewangan persatuan dengan penuh tanggungjawab dan dedikasiโ€.Sekaligus beliau mengucapkan terima kasih kepada semua ahli RUSAFA yang telah bekerja keras dan menyumbang tenaga serta idea dalam setiap projek kita. โ€ katanya dalam mesyuarat tersebut .

Maka dengan itu , sebagai ajakan beliau berkata โ€œKepada rakan-rakan sekalian, marilah kita teruskan komitmen ini untuk memajukan RUSAFA. Semoga setiap langkah yang kita ambil akan membawa kita lebih dekat kepada impian kita untuk melihat karya-karya filem Rungus diiktiraf di peringkat yang lebih tinggi. Berikut adalah tiga point utama yang ingin di tekankan pada mesyuarat itu iaitu ;

1. PENTINGNYA KONTEN DALAM BAHASA RUNGUS. Penutur bahasa Rungus semakin berkurangan kerana kekurangan video, alat bantu mengajar, dan konten-konten dalam bahasa Rungus sejak era televisyen, radio, sehingga kini di era media sosial. Salah satu tujuan utama penubuhan RUSAFA adalah untuk memperbanyakkan konten dalam bahasa Rungus, bagi menarik minat generasi baru mempelajari dan mencintai bahasa serta budaya kita.

2.KEPELBAGAIAN BAKAT YANG BELUM DIKENALI. Sejak dahulu, kita telah mempunyai ramai penggiat seni Rungus seperti pengarah, penulis skrip, dan pembuat konten, namun kita tidak begitu mengenali antara satu sama lain kerana ketiadaan kesatuan dan pendedahan. RUSAFA berperanan penting sebagai platform untuk menghimpunkan dan mengenalkan semua penggiat seni Rungus agar kita dapat berkongsi kepakaran dan visi bersama.

3.MEMPERKENALKAN BAKAT LAKONAN DARIPADA KOMUNITI BANGSA RUNGUS.
Sebagai organisasi โ€œApexโ€ kita, RUSAFA juga harus berusaha untuk melahirkan lebih ramai pelakon handalan yang mampu menyaingi pelakon antarabangsa, khususnya di kalangan bangsa Rungus sendiri. Ini bukan sahaja akan membawa bakat kita ke tahap yang lebih tinggi, malah dapat mengharumkan nama Rungus di persada dunia.

Terdahulu, Sebagai Bendahari RUSAFA โ€œ Adalah satu penghargaan kepada pegerusi, timbalan pengerusi dan kepada semua ahli yang sudi meluangkan masa pada hari ini. Kehadiran ahli pada masa ini adalah satu penghormatan yang besar buat kita semua dan saya amat menghargainya.Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam mesyuarat ini. Kehadiran dan komitmen anda amat penting untuk memastikan operasi dan kejayaan persatuan.

Semoga kita semua sudah memberikan pendapat yang membina dan membuat keputusan yang terbaik untuk kebaikan bersama .Adalah hal yang penting apabila ia melibatkan pengurusan kewangan dan perjalanan persatuan . Kemudian Bendahari telah siap membentangkan laporan atau maklumat terkini mengenai keadaan kewangan semasa serta perancangan kewangan masa hadapan termasuk selesai berbincang tentang pembukaan akaun persatuan RUSAFA untuk tujuan memudahkan urusan kewangan secara rasmiโ€ kata Encik Zaidi Bin Umin,bendahari RUSAFA.

Turut hadir memberi ucapan semasa mesyuarat iaitu Timbalan Pengerusi Enick Dennis Pius Mongunjin juga berkata โ€œ Mesyuarat hari ini amat penting kerana RUSAFA telah diluluskan dan disahkan oleh ROS atau Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) pada 9 setember 2024 untuk itu ini sebagi laporan pengisian . Walapun pada hakikatnya persatuan ini sudah lama wujud sejak tahun 2017 .Sebagai langkah awal untuk menyusun halatujuhnya yang untuk memantapkan lagi Persatuan Perfileman Rungus di negeri sabah ini. Dalam mesyurat tersebut Pengerusi membawa dua agenda penting dimasukkan dalam perbicangan sebagai pengenalan cadangan aktiviti atau program sepajang tahun ini dan bagimana untuk mendapatkan dana untuk persatuan ini untuk dibincangan di masa mendatang termasuk sebagai promosi Persatuan ini telah menyediakan borang terbuka kepada siapa โ€“siapa aje yang berminat untuk menyertai atau menjadi ahli persatuan ini boleh juga terus berhubung terus dengan persatuan ini .

Akhir dari upcara Majlis itu, telah diselitkan ruang untuk pemberian Sijil Pelantikan jawatan sebagai AMT kepada peserta yang hadir dan telah disempurnakan oleh pengerusi dan diakhiri dengan sajian jamuan makan minum petang bersama.

, Official pages Facebook Statement publishing*
News Media & Broadcasting Live TV Show*

Address

Https://alamatpenting. Com/pos-malaysia-pos-mini-outlet-matunggong-sabah/
Kudat
89058

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Perfileman Rungus Sabah -Rusafa posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share