26/06/2023
Makluman Pembatalan Konsert Ramli Sarip Blues Untuk Rakyat
Assalamualaikum.
Sila di maklumkan bahawa Konsert Ramli Sarip Blues Untuk Rakyat, 5 Ogos 2023, di Stadium SUKPA Kuantan, telah di batalkan.
Kepada semua pembeli tiket Konsert, pengembalian penuh - Full Refund akan di proseskan ke akaun bank anda. Kami sebagai pihak penganjur telah memaklumkan kepada pihak tiket rasmi Ticket2U atas keputusan pembatalan acara. Tiket2U akan memulakan proses full refund ke akaun bank anda yang akan mengambil masa 30 hari berkerja.
Pembatalan Konsert tersebut adalah keputusan bersama antara ADA Events Asia sebagai pihak penganjur, dan Rasa Karya Sdn Bhd selaku syarikat pengurusan Datuk Ramli Sarip. Keputusan ini adalah kerana sambutan kurang hangat dari para peminat Kuantan.
Kami dengan rasa rendah diri memohon maaf atas segala kerumitan.