29/08/2021
Hari ni kakak nak kongsi cerita tentang rezeki yang mencari tuannya
Tentang rezeki yang takkan tersalah alamat.
Minggu lepas kakak mendapat khabar gembira dari seorang sahabat lama yang akan menamatkan zaman solo nya.
Overwhelmed with the good news, kakak being kakak, offering her a hand bouquet.
I loveee fresh flowers and of course I would only give fresh flowers to my friends.
Memandang kan majlis akad nikah sepatutnya berjalan hari ini, tempahan bunga dibuat 2 hari sebelum majlis.
Takdirnya, selepas tempahan dibuat, kakak di maklumkan oleh kawan yang bakal diijabkabulkan bahawa majlisnya terpaksa di tangguh kerana menjadi close contact kepada seorang rakan kerja yang positif covid.
Kawan kakak perlu di swab dan di kuarantin selama 14 hari. Please doakan majlis kawan kakak yang tertangguh dipermudahkan.
Memandang kan tempahan bunga telah dibuat, tidak mahu juga mengecewakan vendor bunga dengan membatalkan tempahan, kakak meneruskan tempahan tapi terfikir kepada siapa nak diberi jambangan bunga tangan tersebut.
Kakak ambil inisiatif untuk bertanya rakan2 terdekat andai ada mengenali bakal2 pengantin yang sudi menerima jambangan bunga tersebut.
Dengan musim PKP,dengan SOP ketat yang perlu di ikut, pengantin yang ada pun sangat terhad, kalau yang ada sudah tentu yang Special Edition.
Kakak tanya beberapa MUA yang kakak kenal andai ada pengantin yang perlu di mekap yang sudi terima jambangan bunga kakak.
Faras, salah seorang MUA berkongsi nombor telefon seorang lagi MUA yang kakak tidak kenal secara personal. Hanya mengenali beliau pada nama dan hasil kerja beliau yang sangat2 cantik.
Setelah berurusan serba sedikit alhamdulillah Anna Cj ada pengantin yang perlu di mekap pada hari ini dan sudi terima jambangan bunga kakak.
Terima kasih buat Anna kerana sudi menjadi orang pengantara dan anna juga dengan senang hati nya tolong mempromosikan page Hantaran by Aliaa walau tidak perna dipinta oleh kakak.
Kakak berbesar hati mengenali susuk baik seperti anna
Ironiknya, jambangan bunga ditempah untuk pengantin lain, tapi di guna pakai oleh pengantin lain.
Kerana sudah tertulis rezeki jambangan bunga ini untuk siapa.
Kakak malah tidak mengenali lansung pengantin cantik pada hari ini yang sudi menerima jambangan bunga kakak. Pengantin juga tidak mengenali kakak malah tidak pernah berurusan dengan kakak. Tapi Takdirnya, dengan jalan yang Allah susun jambangan bunga ini sampai ke tangan nya menyerikan majlis pernikahannya.
Mungkin pengantin pernah berdoa, pernah terdetik menginginkan jambangan bunga segar untuk majlis akad nikah nya, lalu Allah aturkan majlis kawan kakak di tangguh dan redirect bunga ini kepada nya.
Allah itu hebat bukan?
Kadang memberi kita sesuatu yang kita tak pernah terfikir bagaimana jalannya untuk sampai ke tangan kita.
Ayuh kita teruskan berdoa kepadaNya tentang apa yg kita inginkan. Walau nampak tidak logik dimata manusia, Usah risau bagaimana ianya akan sampai pada kita, kerana ianya kerja tuhan yg esa mengaturkan segalanya.
'Trying to understand God through the mind is like trying to find the sun with a flashlight' ~
A. Helwa