Dansa Fusion Kuala Lumpur

Dansa Fusion Kuala Lumpur Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Dansa Fusion Kuala Lumpur, Performance & Event Venue, Taman Midah, Cheras, Kuala Lumpur.

Performing Arts Company �
�+60 14 3588 108 ( Call/Whatsapp )
[email protected]
For more videos visit our Youtube Channel �
https://www.youtube.com/channel/UCJ17ofvPXbYaGlzt8XC2XIw

Persembahan Majlis Resepsi Perkhawinan di The MET, Mont Kiara . Terima kasih atas jemputan 💙🤍
16/06/2025

Persembahan Majlis Resepsi Perkhawinan di The MET, Mont Kiara . Terima kasih atas jemputan 💙🤍

Persembahan Pembukaan sempena Majlis Perasmian Penutupan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 yang dirasmikan oleh ...
10/06/2025

Persembahan Pembukaan sempena Majlis Perasmian Penutupan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 yang dirasmikan oleh PMX .

Terima kasih Dewan Bahasa dan Pustaka atas jemputan berharga ini.

20/05/2025

Festival of Colours of the World (FESCO) is finally returning this JUNE with even greater energy and amazing line-ups! ✨

Get ready for a day full of talented dancers from young primary school dancers all the way to university-level 🤩 Don't miss out on these captivating showcases that celebrate the distinctiveness of our traditions and cultural roots!

📆 DATE: 21st June 2025
📍 Venue: Chancellor Hall, UTP
🕑 Preliminary Round: 2:00PM | Final Round: 8:30PM

Stay tuned for more exciting announcements, previews and more about FESCO 2025! 🌟


Jom sertai Kelas Asas Tari Tradisi bersama DANSAFUSION untuk batch yang ketiga sesi Jun - Ogos 2025 !🕺🏻💃🏻Dengan penuh ra...
13/05/2025

Jom sertai Kelas Asas Tari Tradisi bersama DANSAFUSION untuk batch yang ketiga sesi Jun - Ogos 2025 !🕺🏻💃🏻

Dengan penuh rasa teruja dan semangat , kami kembali dengan sesi terbaru Kelas Asas Tari Tradisional . Jangan lupa dapatkan slot anda sekarang ‼️

Sebarang makluman lanjut boleh WhatsApp ke 📱📱01129684368 ( Iqlash )

Alhamdullilah, percaya dengan takdir dan rezeki dari-Nya,Dansa Fusion Kuala Lumpur memperoleh Anugerah Koreografi Kreati...
28/04/2025

Alhamdullilah, percaya dengan takdir dan rezeki dari-Nya,
Dansa Fusion Kuala Lumpur memperoleh Anugerah Koreografi Kreatif Terbaik dan Juara Keseluruhan Festival Tari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2025 yang bertempat di Dewan Tunku Abdul Rahman, MATIC.

Tahniah juga buat semua pemenang 😚

Naib Juara :

Ketiga :

Anugerah Koreografi Rampaian Terbaik :

Anugerah Kostum Kreatif Terbaik :

Anugerah Kostum Rampaian Terbaik :

Setiap usaha yang tidak mengenal erti penat lelah pasti akan diberi ganjaran. Percayalah dengan usaha itu, ia bakal tiba sama ada sekarang atau kemudian.

Tuhan menjawab doa kita dalam tiga cara iaitu
1. Tuhan kata “YES” dan berikan apa yang kita mahu.
2. Tuhan kata “NO” dan berikan sesuatu yang lebih istimewa dari kemahuan kita.
3. Tuhan kata “WAIT” dan berikan yang lebih baik di masa akan datang.

Tahniah buat semua penari-penari yang telah menterjemahkan idea / masterpiece dari seorang insan bergelar koreografer . Semua adalah pemenang 🙏🏼

-Gaduh ❤️AnakSeni

FESTIVAL TARI MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2025 Kini telah tiba hari yang ditunggu-tunggu. Segala penat lelah dalam pro...
19/04/2025

FESTIVAL TARI MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN 2025

Kini telah tiba hari yang ditunggu-tunggu. Segala penat lelah dalam proses akan diterjemahkan pada malam ini dan esok . Semoga usaha kumpulan ini diberkati dan diredhai .

Buat semua kenalan-kenalan kami di luar sana, maafkan segala salah dan silap kami, halalkan makan dan minum kami . Andai kata ada yang tersinggung atas perbuatan dan percakapan kami, kami menyusun 10 jari memohon kemaafan seikhlasnya .

Doa anda semua menjadi senjata kami, sorakan anda semua menjadi dorongan kepada semangat kami.

Kepada semua individu-individu yang telah menaja kami, kami ucapkan jutaan terima kasih atas sumbangan yang telah diberi. Semoga Allah membalas jasa anda semua 🙏🏼

Doakan DANSA FUSION KUALA LUMPUR 💙🤍

|| COUNTDOWN FESTIVAL TARI MALAYSIA KEBANGSAAN 2025 - 1 hari lagi ||💙🤍KOREOGRAFER TARIAN RAMPAIAN TRADISIONAL (Pengarah ...
17/04/2025

|| COUNTDOWN FESTIVAL TARI MALAYSIA KEBANGSAAN 2025 - 1 hari lagi ||
💙🤍

KOREOGRAFER TARIAN RAMPAIAN TRADISIONAL (Pengarah Artistik dan Koreografer Dansa Fusion Kuala Lumpur)

Muhamad Zakwan Hafizie bin Zakaria atau lebih dikenali sebagai Izzie Islam. Anak kelahiran Banting, Selangor. Mula berkecimpung dalam dunia seni sejak di bangku sekolah rendah atas galakan dan minat dari ahli keluarga.

Izzie merupakan graduan Diploma Teater dari Fakulti Filem Teater dan Animasi, UITM dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Tari (Koreografi) dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan, ASWARA.

Kata-Kata :
Allah menjawab setiap doa kita dalam tiga cara :
1. Allah kata “YES” dan berikan apa yang kita mahu
2. Allah kata “NO” dan berikan sesuatu yang lebih istimewa dari kemahuan kita
3. Allah kata “WAIT” dan berikan yang lebih baik di masa akan datang

📸 : .studio

|| COUNTDOWN FESTIVAL TARI MALAYSIA KEBANGSAAN 2025 - 7 hari lagi ||💙🤍KOREOGRAFER TARIAN KREATIF MALAYSIA (Pengarah Arti...
11/04/2025

|| COUNTDOWN FESTIVAL TARI MALAYSIA KEBANGSAAN 2025 - 7 hari lagi ||
💙🤍

KOREOGRAFER TARIAN KREATIF MALAYSIA (Pengarah Artistik dan Koreografer Dansa Fusion Kuala Lumpur)

Muhamad Zakwan Hafizie bin Zakaria atau lebih dikenali sebagai Izzie Islam. Anak kelahiran Banting, Selangor. Mula berkecimpung dalam dunia seni sejak di bangku sekolah rendah atas galakan dan minat dari ahli keluarga.

Izzie merupakan graduan Diploma Teater dari Fakulti Filem Teater dan Animasi, UITM dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Tari (Koreografi) dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan, ASWARA.

Kata-Kata :
Allah menjawab setiap doa kita dalam tiga cara :
1. Allah kata “YES” dan berikan apa yang kita mahu
2. Allah kata “NO” dan berikan sesuatu yang lebih istimewa dari kemahuan kita
3. Allah kata “WAIT” dan berikan yang lebih baik di masa akan datang

📸 : .studio

|| COUNTDOWN FESTIVAL TARI MALAYSIA KEBANGSAAN 2025 - 9 hari lagi ||💙🤍PENOLONG KOREOGRAFER / PENARI LELAKI DANSA FUSION ...
09/04/2025

|| COUNTDOWN FESTIVAL TARI MALAYSIA KEBANGSAAN 2025 - 9 hari lagi ||
💙🤍

PENOLONG KOREOGRAFER / PENARI LELAKI DANSA FUSION KUALA LUMPUR

JAWATAN
Penolong Koreografer dan Penari

Willibrord Abinus, 23 tahun, berasal dari Tambunan, Sabah. Kecintaannya terhadap seni tari bukan sesuatu yang lahir secara kebetulan, tetapi sebuah warisan yang mengalir dalam darah keluarganya. Sejak kecil, langkah tari bukan sekadar gerakan, tetapi menjadi sebahagian daripada kehidupannya—sebuah bahasa ekspresi yang penuh makna dan jiwa.

Sebagai graduan Diploma Tari dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), beliau kini meneruskan pencarian ilmu di peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang sama. Berbekalkan asas akademik yang kukuh serta pengalaman dalam pelbagai produksi seni, beliau terus mengasah bakat dan kepakarannya, menjadikan setiap pentas sebagai medan ekspresi dan manifestasi seni yang bernyawa.

Kata-Kata:
“Seni tari bukan sekadar pergerakan, tetapi denyut nadi budaya, gema ekspresi, dan percikan inovasi yang tidak pernah padam.”

📸 : .studio

|| COUNTDOWN FESTIVAL TARI MALAYSIA KEBANGSAAN 2025 - 13 hari lagi ||💙🤍JURULATIH KECERGASAN (Fitness Coach) / PENARI WAN...
05/04/2025

|| COUNTDOWN FESTIVAL TARI MALAYSIA KEBANGSAAN 2025 - 13 hari lagi ||
💙🤍

JURULATIH KECERGASAN (Fitness Coach) / PENARI WANITA DANSA FUSION KUALA LUMPUR

Siti Nadhziehah Bt Mohd Sukarno atau Nad Sukarno merupakan anak perempuan di dalam sebuah keluarga yang sangat cinta akan kesenian dan kebudayaan. Nad memulakan langkah tarinya yang pertama dengan tarian Tradisional Melayu dan tarian Klasik Melayu sejak umur 5 tahun. Merupakan anak jati Kuala Lumpur, minatnya dalam dunia seni semakin berkembang atas sokongan dan kepercayaan ahli keluarga.

Selepas digelar alumni di Permata Seni Tari, Nad turut memegang Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Tari (Persembahan) di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan, ASWARA. Aliran menggali ilmu belum mencapai titik noktah baginya, Nad turut mencuba bentuk tari yang baharu bersama sebuah kumpulan anak muda yang berbakat di Malaysia - Zeppo Sestra (The Zeppo Youngsterz Crew) untuk memberi ruang kepada dirinya supaya menjadi lebih versatile. Bagi Nad, setiap saat ketika berguru untuk menimba ilmu adalah sesuatu perkara yang mulia bak kata pepatah “belakang parang pun kalau diasah nescaya tajam”. Nad Sukarno sayang akan seni budaya dan gemar berkongsi berjuta cerita yang berbeza melalui jiwa seninya.

Kata-Kata:
“wherever you go, go with all your heart. yang penting ikhlas dan jujur. always have a great moment and make it a great moment.”

📸 : .studio

|| COUNTDOWN FESTIVAL TARI MALAYSIA KEBANGSAAN 2025 - 15 hari lagi ||💙🤍DANCE CAPTAIN TARIAN RAMPAIAN TRADISIONAL (WANITA...
03/04/2025

|| COUNTDOWN FESTIVAL TARI MALAYSIA KEBANGSAAN 2025 - 15 hari lagi ||
💙🤍

DANCE CAPTAIN TARIAN RAMPAIAN TRADISIONAL (WANITA) / PENARI WANITA DANSA FUSION KUALA LUMPUR

Danish Aida mula aktif dalam tarian sejak tahun 2006 hingga kini. Beliau merupakan alumni Sekolah Seni Malaysia Johor dan telah terlibat dalam pelbagai persembahan tarian seperti International Reimagine and Reconnect: Indo-Pacific Synergies through the Lens of Culture, Kolkata, India 2022, yang dikoreografikan oleh Raziman Sarbini, Muara Festival Era Dance Theatre, Singapura 2022, Persembahan Teater Tari “Si Tanggang” di bawah JKKN 2023, Konsert Diraja 2019, Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2019, Persembahan Tarian Amal untuk Cheonan World Dance Festival 2019, 4th Let’s Dance 2019 anjuran Damansara Performing Arts Centre (DPAC), serta Teater Di Sawah Padi Muzika Uda & Dara 2019, karya Usman Awang yang diarahkan oleh Dinsman dan dianjurkan oleh Seni Paksi Rakyat serta KL International Art Festival.

Antara pencapaiannya, beliau pernah menjuarai Short+Sweet Dance Malaysia 2019 anjuran Kuala Lumpur Performing Arts Centre serta menerima anugerah Mercedes-Benz Malaysia Creative Excellence Award, Best Overall Production, dan dinobatkan sebagai penerima Festival Director’s Award (kategori solo) atas persembahan cemerlangnya.

Kata-kata:
“Great dancers are not great because better than anyone else. I only try to dance better than myself.” Love yourself first than anyone else.

📸 : .studio

|| COUNTDOWN FESTIVAL TARI MALAYSIA KEBANGSAAN 2025 - 21 hari lagi ||💙🤍DANCE CAPTAIN TARIAN RAMPAIAN TRADISIONAL (LELAKI...
28/03/2025

|| COUNTDOWN FESTIVAL TARI MALAYSIA KEBANGSAAN 2025 - 21 hari lagi ||
💙🤍

DANCE CAPTAIN TARIAN RAMPAIAN TRADISIONAL (LELAKI) / PENARI LELAKI DANSA FUSION KUALA LUMPUR

Muhammad Khairullah bin Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Khai berumur 27 tahun merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur. Membesar dan menetap dari kecil di Seremban, Negeri Sembilan dan memulakan pendidikan awalnya juga di sini. Mula berkecimpung dan bergiat aktif dalam dunia seni sejak di awal bangku sekolah rendah lagi sehingga kini. Memulakan aktiviti seninya sebagai seorang pemuzik tradisional dan kemudian beralih bidang dengan menggiatkan diri dalam aktiviti seni tari juga kerana minatnya yang terlalu dalam terhadap seni tradisional.

Merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Ukur dan Geomatik (kepujian) dari Universiti Teknologi Mara, Shah Alam dan kini masih bergiat aktif dalam bidang seni tari dengan menyertai pelbagai pertandingan, persembahan dan produksi oleh beberapa kumpulan di sekitar Kuala Lumpur.

Kata-Kata :
“We always have a choice, but making the right one is never easy”

📸 : .studio

Address

Taman Midah, Cheras
Kuala Lumpur
56000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dansa Fusion Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Dansa Fusion Kuala Lumpur:

Share