Festival Y15 Y16ZR 135LC

  • Home
  • Festival Y15 Y16ZR 135LC

Festival Y15 Y16ZR 135LC Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Festival Y15 Y16ZR 135LC, Performance & Event Venue, FT Garage Bertam, .
(2)

05/10/2025

Kami di sini amat berbesar hati dan berasa penuh penghargaan atas kesudian YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah hadir bagi merasmikan serta menyerikan Festival Y15, Y16ZR & 135LC 2025 pada tahun ini. Kehadiran Datuk Seri bukan sahaja menzahirkan sokongan padu terhadap usaha penganjur dalam memperkukuhkan semangat komuniti permotoran tempatan, malah turut menjadi simbol komitmen kerajaan dalam menyokong aktiviti belia, inovasi serta pembangunan industri automotif negara.

Sesungguhnya, kehadiran Datuk Seri amat bermakna dan memberikan inspirasi serta dorongan kepada seluruh warga kerja penganjur untuk terus berusaha memastikan kejayaan penganjuran Festival Y15, Y16ZR & 135LC 2025 ini mencapai matlamatnya sebagai platform penyatuan peminat permotoran di seluruh negara. Terima kasih.

01/10/2025

Dentuman semangat permotoran kembali menggegarkan Pulau Pinang apabila edisi keenam festival Y15/Y16ZR/135LC 2025 berjaya menarik lebih 70,000 pengunjung dari seluruh

Alhamdulillah, Segala Puji Bagi Allah.Dengan izin dan limpah kurnia-Nya Penganjuran Festival Y15 Y16ZR 135LC yang memasu...
30/09/2025

Alhamdulillah, Segala Puji Bagi Allah.

Dengan izin dan limpah kurnia-Nya Penganjuran Festival Y15 Y16ZR 135LC yang memasuki tahun keenam ternyata terus mendapat tempat di hati peminat motosikal serta penduduk setempat apabila berjaya menarik kehadiran lebih 70,000 pengunjung dari seluruh pelusuk tanah air.

Jutaan terima kasih kepada penaja utama RCB Malaysia dan dikuasakan oleh Petronas Sprinta PH, Espada Parts & Accessories, dan Magic Boy. Juga sekalung perhargaan kepada pihak Perda Ventures sebagai tuan rumah, vendor-vendor, crew yang bertungkus lumus selama berbulan bulan bagi menjayakan festival ini.

Kejayaan penganjuran kali ini bukan sahaja menjadi medan himpunan komuniti peminat motosikal tetapi turut memperlihatkan bagaimana generasi muda mampu menjana pelbagai peluang ekonomi dan aktiviti bermanfaat melalui dunia permotoran. Malah memberi limpahan rezeki kepada masyarakat setempat apabila penginapan homestay penuh ditempah, premis makanan sentiasa dipenuhi pelanggan, dan stesen minyak turut merasai peningkatan jumlah pengguna sepanjang festival berlangsung. Sesungguhnya kejayaan ini adalah hasil usaha bersama serta rahmat daripada-Nya.

Majlis perasmian festival telah disempurnakan oleh
YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN), yang hadir memberikan sokongan padu kepada penganjuran acara permotoran berskala besar ini. Kehadiran YB Datuk Seri amat bermakna dan memberi suntikan semangat kepada seluruh komuniti peminat motorsport di Malaysia.

Selain pelbagai aktiviti yang dijalankan, festival kali ini turut mencatat detik manis apabila pemenang cabutan bertuah berjaya membawa p**ang hadiah utama iaitu sebuah Mercedes Benz A250 dimenangi pengunjung dari Puncak Alam, Selangor. Manakala motosikal Yamaha LC135 p**a menjadi milik pengunjung bertuah dari Kuala Kangsar, Perak dan Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Bagi pihak penganjur, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PDRM atas kerjasama erat yang diberikan khususnya dari IPD Seberang Perai Utara dan Balai Tasek Gelugor. Penghargaan juga harus diberikan kepada semua pihak yang telah berganding bahu menjayakan festival ini dan mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan berterusan rakyat Malaysia terhadap festival ini.

“Bukan sekadar tunggangan, tapi kenangan.Detik-detik ini akan jadi cerita indah di hari tua nanti.Hanya mereka yang bera...
30/09/2025

“Bukan sekadar tunggangan, tapi kenangan.
Detik-detik ini akan jadi cerita indah di hari tua nanti.
Hanya mereka yang berada dalam ‘CERITA’ ini akan benar-benar mengerti semangat motorsport….

Festival Y15 Y16ZR 135LC 6.0 2025
Penaja Utama : RCB

“𝙀𝙫𝙚𝙣𝙩 𝙥𝙚𝙧𝙢𝙤𝙩𝙤𝙧𝙖𝙣 𝙩𝙚𝙧𝙗𝙚𝙨𝙖𝙧 𝙙𝙞𝙐𝙩𝙖𝙧𝙖”

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pemenang DYNO BATTLE PETRONAS SPRINTAKejayaan ini adalah hasil ketelitian ...
28/09/2025

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para pemenang DYNO BATTLE PETRONAS SPRINTA
Kejayaan ini adalah hasil ketelitian penyelarasan jentera, kemahiran teknikal, dan semangat kompetitif yang tinggi.
Teruskan menjadi inspirasi kepada komuniti peminat permotoran di seluruh negara.

PEMENANG DYNO BATTLE PETRONAS SPRINTA DAN CATATAN HORSE POWER JENTERA PESERTA….

PEMENANG DYNO BATTLE PETRONAS SPRINTA 2025 :

EXHAUST CUTTING STANDARD (OPEN KATEGORI)
1.ADY ZAYDEE (GTZ) 50.43 hp
2.CHIA DYNO PROJECT 49.79 hp
3.CHIA DYNO PROJECT 47.20 hp

EXHAUST OPEN (OPEN KATEGORI)
1.ESR REDLEO 58.22hp
2.ESR REDLEO 57.60hp
3.IPAN SPEED 54.39 hp

“𝙃𝙖𝙣𝙜 𝙋𝙖𝙙𝙪 𝙃𝙖𝙣𝙜 𝙈𝙖𝙞”
“𝙀𝙫𝙚𝙣𝙩 𝙥𝙚𝙧𝙢𝙤𝙩𝙤𝙧𝙖𝙣 𝙩𝙚𝙧𝙗𝙚𝙨𝙖𝙧 𝙙𝙞𝙐𝙩𝙖𝙧𝙖”

🎉 TAHNIAH PARA PEMENANG MOTORSHOW 🎉Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Motorshow Festival Y15 Y16ZR 135LC 6.0 2025!K...
28/09/2025

🎉 TAHNIAH PARA PEMENANG MOTORSHOW 🎉
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Motorshow Festival Y15 Y16ZR 135LC 6.0 2025!
Kreativiti, ketelitian dan semangat anda dalam menghasilkan jentera yang luar biasa benar-benar memukau para juri dan penonton.

Terima kasih juga kepada semua peserta yang turut serta memeriahkan pertandingan kali ini – anda semua adalah pahlawan dunia permotoran yang sebenar. 🚀🔥

Teruskan berkarya dan jadikan kejayaan ini sebagai pembakar semangat untuk edisi akan datang! 🏆💪

“𝙃𝙖𝙣𝙜 𝙋𝙖𝙙𝙪 𝙃𝙖𝙣𝙜 𝙈𝙖𝙞”
“𝙀𝙫𝙚𝙣𝙩 𝙥𝙚𝙧𝙢𝙤𝙩𝙤𝙧𝙖𝙣 𝙩𝙚𝙧𝙗𝙚𝙨𝙖𝙧 𝙙𝙞𝙐𝙩𝙖𝙧𝙖”

Address

FT Garage Bertam

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Festival Y15 Y16ZR 135LC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

  • Want your business to be the top-listed Event Planning Service?

Share