Persatuan Pengacara Perkhidmatan Awam - PPPA

  • Home
  • Persatuan Pengacara Perkhidmatan Awam - PPPA

Persatuan Pengacara Perkhidmatan Awam - PPPA page Rasmi Persatuan Pengacara Perkhidmatan Awam

25/09/2026
25/09/2026

๐ŸŽ™๏ธ JEPSA SABAH 2026 | DI SEBALIK PENTAS

Setiap suara membawa cerita. Setiap pengalaman meninggalkan makna. โœจ
Daripada perkongsian dan maklum balas peserta, momen-momen yang tercipta, hinggalah insan-insan yang bekerja di sebalik tabir โ€” inilah sebahagian daripada perjalanan JEPSA Sabah 2026.

Di sebalik sebuah program yang berlangsung, ada komitmen, kerjasama dan dedikasi sebuah pasukan yang bekerja bersama untuk menjayakannya. โค๏ธ
Terima kasih kepada semua peserta, penceramah, panel, rakan kerjasama serta seluruh jawatankuasa yang menjadi sebahagian daripada perjalanan ini.
Kita datang dengan satu tujuan, pulang membawa ilmu, keyakinan, persahabatan dan kenangan. ๐ŸŽ™๏ธโœจ

Satu Pentas. Satu Suara. Sejuta Inspirasi.

21/09/2026

๐ŸŽ™๏ธ JEPSA SABAH 2026 | BERSAMA KHAIRUL ANUAR AZMI

Bila suara diberi ruang, keyakinan mula tumbuh. โœจ
Slot bersama Tuan Khairul Anuar Azmi bukan sekadar tentang teknik suara dan voice-over, tetapi tentang keberanian untuk mencuba.
Ada yang bermula dengan rasa kurang yakin, namun dengan bimbingan dan sokongan rakan-rakan, akhirnya berani tampil. Ada yang mencuit hati, ada yang mencuri perhatian โ€” dan ada juga yang tanpa disangka menyerlahkan bakat luar biasa! ๐ŸŽ™๏ธ๐Ÿ”ฅ
Inilah indahnya sebuah ruang pembelajaran โ€” kita mencuba, kita saling menyokong dan kita menemukan potensi yang mungkin selama ini tersembunyi.
Kerana setiap suara punya karakter. Setiap suara punya cerita.
Satu Pentas. Satu Suara. Sejuta Inspirasi.

ALUMNI UMS

21/09/2026

๐ŸŽ™๏ธ JEPSA SABAH 2026 | PENDAFTARAN PESERTA

Di sinilah segalanya bermula. โœจ
Seawal pendaftaran, kemeriahan Jerayawara Pengacara Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JEPSA) Tahun 2026 sudah terasa apabila para peserta mula hadir dan memenuhi ruang program di Universiti Malaysia Sabah. bukan setakat dalam negeri Sabah, peserta dari Sarawak juga sanggup turun ke Sabah! ONSOI!!

Senyuman, sapaan dan pertemuan membuka tirai sebuah perjalanan yang menghimpunkan mereka yang berkongsi minat dan semangat dalam dunia komunikasi serta pengacaraan. ๐ŸŽค

Selamat datang ke JEPSA Sabah 2026!
๐Ÿ“… 19 September 2026
๐Ÿ“ Galeri Majlis, Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Satu Pentas. Satu Suara. Sejuta Inspirasi.

14/09/2026

๐Ÿ“ข JERAYAWARA PENGACARAAN ZON UTARA KINI DI PULAU PINANG! ๐Ÿ“ข

Bersama barisan Emsi yang hebat

โ™จ๏ธ Tuan Shahril Sarafuddin,
โ™จ๏ธ Tuan Ahmad Fedtri Yahya
โ™จ๏ธ Cikgu AA!
โ™จ๏ธ Emsi Safura dan Emsi Hafifi

Belajar teknik pengacaraan + showcase

๐Ÿ—“๏ธ 4 Oktober 2026, Ahad
โฐ 9 pagi - 5 petang
๐Ÿ“ Dewan Refflesia Midtown Perda Kubang Menerong

๐ŸŽŸ๏ธ MASUK PERCUMA
๐Ÿ’ข Terhad 200 orang sahaja!

Cabutan bertuah menanti anda.

๐Ÿ‘‰ KLIK DI SINI UNTUK MENDAFTAR

https://docs.google.com/forms/u/1/d/e/1FAIpQLSe5MbvBZlCDwWxupnFqLnDasVBsdNXbcrSefrg7EiiQpbcIZA/viewform

Tarikh Tutup: 21 September 2026


10/09/2026

๐Ÿ“ข JOM SERTAI PROGRAM JERAYAWARA PENGACARAAN ZON UTARA 2026!

PENDAFTARAN ADALAH PERCUMA!

Tempat adalah terhad kepada 200 orang peserta terawal!

Daftar segera sebelum pendaftaran ditutup pada 21 September 2026.

๐Ÿ‘‰ [KLIK DI SINI UNTUK MENDAFTAR]
https://docs.google.com/forms/u/1/d/e/1FAIpQLSe5MbvBZlCDwWxupnFqLnDasVBsdNXbcrSefrg7EiiQpbcIZA/viewform
(Tarikh Tutup: 21 September 2026)

Asah bakat dan pelajari teknik pengacaraan majlis secara langsung daripada personaliti terkenal tanah air serta barisan pakar industri!

Tarikh: 4 Oktober 2026 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi โ€“ 5.00 petang
Tempat: Dewan Rafflesia, Midtown PERDA, Kubang Menerong

๐ŸŽ Cabutan bertuah istimewa untuk peserta yang hadir!

Untuk maklumat lanjut mengenai atur cara, sila rujuk poster hebahan rasmi yang dilampirkan.

Kongsikan hebahan ini bersama rakan-rakan anda. Jumpa di sana! ๐ŸŽคโœจ

Debaran semakin terasa! Sesi persiapan Jerayawara Pengacaraan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JEPSA) 2026 kini giat dija...
09/09/2026

Debaran semakin terasa! Sesi persiapan Jerayawara Pengacaraan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JEPSA) 2026 kini giat dijalankan.

Pasukan urusetia sedang bertungkus-lumus menyusun atur setiap perincian bagi memastikan kelancaran program. Lensa kamera kami sempat merakam suasana 'behind the scenes' dan komitmen padu semua pihak yang terlibat dilapangan.

Peringatan Mesra Butiran Program:

Tarikh:19 September 2026 (Sabtu)
Lokasi:Galeri Majlis, Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Kami sudah tidak sabar untuk menyambut kehadiran anda semua. Siapa yang bakal turun ke UMS nanti? Cuba tinggalkan komen di bawah dan kongsikan keterujaan anda!

๐™Ž๐™Š๐™๐™Š๐™๐˜ผ๐™‰ ๐˜ฝ๐™€๐™‰๐™‚๐™†๐™€๐™‡: ๐™๐™€๐™๐™๐™„๐˜ฝ ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‡๐˜ผ๐™ˆ ๐™‹๐™€๐™‰๐™‚๐˜ผ๐˜พ๐˜ผ๐™๐˜ผ๐˜ผ๐™‰ ๐™ˆ๐˜ผ๐™…๐™‡๐™„๐™Ž ๐™๐˜ผ๐™Ž๐™ˆ๐™„ (๐™Ž๐™‡๐™Š๐™ 2)Selepas sesi pagi yang bertenaga, slot petang (2.30 petan...
04/09/2026

๐™Ž๐™Š๐™๐™Š๐™๐˜ผ๐™‰ ๐˜ฝ๐™€๐™‰๐™‚๐™†๐™€๐™‡: ๐™๐™€๐™๐™๐™„๐˜ฝ ๐˜ฟ๐˜ผ๐™‡๐˜ผ๐™ˆ ๐™‹๐™€๐™‰๐™‚๐˜ผ๐˜พ๐˜ผ๐™๐˜ผ๐˜ผ๐™‰ ๐™ˆ๐˜ผ๐™…๐™‡๐™„๐™Ž ๐™๐˜ผ๐™Ž๐™ˆ๐™„ (๐™Ž๐™‡๐™Š๐™ 2)

Selepas sesi pagi yang bertenaga, slot petang (2.30 petang - 4.30 petang) semalam diteruskan lagi dengan pengisian yang sangat kritikal bagi seorang penjawat awam, iaitu ketertiban dan protokol majlis rasmi kerajaan.
Slot 2 telah dikemudikan dengan begitu cemerlang oleh ๐™๐™ช๐™–๐™ฃ ๐™ƒ๐™–๐™Ÿ๐™ž ๐™Ž๐™–๐™ž๐™›๐™ช๐™ก๐™ ๐™๐™–๐™ž๐™ง๐™ž ๐˜ผ๐™๐™ข๐™–๐™™ (๐™‹๐™š๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ง๐™–๐™ ๐˜ฝ๐™–๐™๐™–๐™œ๐™ž๐™–๐™ฃ ๐™‹๐™š๐™ฃ๐™œ๐™ช๐™ ๐™ช๐™๐™–๐™ฃ ๐™Ž๐™š๐™ฃ๐™ž & ๐˜ฝ๐™ช๐™™๐™–๐™ฎ๐™–, ๐™…๐™–๐™—๐™–๐™ฉ๐™–๐™ฃ ๐™†๐™š๐™—๐™ช๐™™๐™–๐™ฎ๐™–๐™–๐™ฃ ๐™™๐™–๐™ฃ ๐™†๐™š๐™จ๐™š๐™ฃ๐™ž๐™–๐™ฃ ๐™‰๐™š๐™œ๐™–๐™ง๐™– - ๐™…๐™†๐™†๐™‰).

Melalui tajuk "Tertib Dalam Pengacaraan Majlis Rasmi", beliau telah memperincikan aspek-aspek penting seperti:

โœ… Tata-tertib, adab, dan etika seorang pengacara majlis profesional.
โœ… Pengurusan protokol ketat termasuk sistem panggilan hormat (salutation) yang tepat.
โœ… Cara menangani situasi luar jangka (contingency plan) di atas pentas rasmi.Kupasan yang sangat mendalam dan penuh dengan ilmu berasaskan pengalaman sebenar.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Haji Saifulkhairi Ahmad atas kesudian mencurahkan ilmu berharga ini kepada semua peserta bengkel semalam!

Semoga martabat dan kualiti pengacaraan majlis rasmi perkhidmatan awam kita terus berada pada tahap yang tertinggi.

Address


Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Pengacara Perkhidmatan Awam - PPPA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your business to be the top-listed Event Planning Service?

Share